Thursday, April 04, 2013

Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak II


KHAMIS, JULAI 31, 2008

Tolak Seruan UMNO-PAS Bersatu, PAS Lapor Polis
Utusan Malaysia, Khamis, 31 Julai 2008

Pas buat laporan polis terhadap Tajol Rosli

IPOH 30 Julai – Pas Perak hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini berhubung tawaran UMNO untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk kerajaan baru di negeri ini.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Norazli Musa pada pukul 3.15 petang.

Beliau mendakwa tawaran oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali pada Isnin lalu supaya UMNO dan Pas bergabung boleh disifatkan sebagai satu bentuk rasuah.

‘‘Saya minta polis membuat siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan pihak yang menyiarkan laporan itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Ipoh di sini hari ini.

Analisis

Takut? Vurnarable? Bimbang Hilang Kuasa? Itulah teka-teki yang bermain di fikiran rakyat Perak apabila melihat keletah golongan muda-mudi PAS yang lekas-lekas mendakwa jemputan UMNO yang memenangi majoriti kerusi kawasan Melayu yang ditandingi di negeri ini mengajak PAS menubuhkan kerajaan BN Campuran di Jajahan Kesultanan Perak, sebagai bentuk rasuah.

Mereka rela mendampingi DAP yang membenci pertumbuhan masjid-masjid, menentang tulisan-tulisan jawi dan memberi tanah-tanah kerajaan kepada penceroboh bekas komunis yang di tangan mereka ada darah alim ulamak Islam yang mereka bunuh di zaman darurat.

Mereka rela meninggalkan golongan yang percaya keesaan Allah dan mengucap dua kalimah syahadah lalu mendampingi golongan yang tidak pernah menghormati agama Islam malahan mempunyai tekad yang besar untuk menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.

UMNO sekular? Jika UMNO sekular, tidak adalah doa-doa puji-pujian ke atas Allah SWT dan junjungan besar Rasulullah tatkala dipanggil ahlinya berhimpun. Tetapi PAS tetap utuh dengan pendiriannya bahawa UMNO itu sekular dan DAP itu Islamik. Inilah PAS hari ini. Tidak layak baginya menggunakan Islam sebagai mainan duniawi.

Tidak hairanlah seandainya PAS berterus-terusan bermuka-muka dan melanggar tatacara sahsiah Islam dalam penganjuran permuafakatan sesama saudara Islam, kemurkaan Allah akan tiba jua ke atas mereka-mereka yang menggunakan agama Allah untuk memanipulasi rakyat-rakyat demi sebuah tampuk kuasa ihsan yang menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.

Ketahuilah kita semua hari ini bahawa PAS merupakan sebuah parti Islam yang dahulunya bersih dan suci, kini telah dicemari oleh agen-agen dajjal yang keras hati, gelap mata dan membenci perpaduan ummah.

2 comments:

Anonymous said...

depa tak tauu....pas kene beri rasuah tanah berpuluh ribu ekar utk berkuasa di perak...

kesian bdak2 pas yg dibawah yg tak tau apa2...

sorgaa yg dicari akhirnya terjeremuih ke neraka..

Ghazali said...

Saya merasa amat kasihan kepada masyarakat Melayu di Perak. Sepatutnya Perak boleh memberikan sokongan paling bermakna dan kuat kepada UMNO tetapi amat malang ini tidak berlaku. Mengapa....? Berdasarkan analisis tidak rasmi... lebih 85% masyarakat Melayu di Perak adalah penyokong Pembangkang...khasnya PAS dan PKR.