Sunday, April 28, 2013

Pakatan Rakyat Ibarat Maharaja Rom, Khalifah Islam, Kafir Quraisy Berkongsi Kuasa

1. Dengan 30 barang keperluan hidup dan makanan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan memerintah selama ini, Malaysia dilihat sebagai negara yang terlalu memanjakan rakyatnya dengan subsidi pada satu pihak, dan satu pihak lagi menyebarkan persepsi yang tidak ada, iaitu pemimpin kaya raya menindas orang miskin.

2. Malah, limpahan subsidi sistem pemerintahan  negara ini selama ini telah membuatkan ia turut dinikmati di segenap negara yang bersempadan dengan negara ini.

3. Selatan Thai, kepulauan Jolo, Kalimantan Timur,  Kalimantan Barat dan Kepulauan Riau adalah wilayah luar Malaysia yang menjadi kawasan bahan keperluan bersubsidi negara ini turut dinikmati rakyatnya.

4. Ada pihak menyebar persepsi bahawa ahli politik di negara ini terlalu korup sehingga memiliki kekayaan yang beratus juta sedangkan mereka tidak pernah mampu untuk membuktikan tuduhan mereka.

5. Segalanya hanyalah persepsi semata-mata sehinggalah sangat mudah cincin berlian pameran di Singapura dituduh milik Rosmah.

6. Apabila tuduhan seperti ini tidak dilayan, mereka berjaya menguatkan pengaruh persepsi mereka terhadap lebih ramai orang lagi sehinggakan penafian tertuduh pun tidak membawa erti.

7. Jika kita menyatakan negara ini menjual petrol yang mahal, kita seharusnya tidak lupa mengingati Kanada yang mempunyai simpanan petroleum yang besar pun masih mengenakan harga minyak yang sama dengan kita jika dinilai KDNK mereka walaupun mempunyai hanya 38 juta penduduk.

8. Malah Venezuela yang mempunyai simpanan minyak ketiga terbesar di dunia pula menjual minyak RON 95 dengan harga 60 sen seliter tetapi mengenakan cas pada perkhidmatan perubatan , pendidikan berbayar dan cukai pendapatan yang agak tinggi.

9. Ramai lembu bercucuk hidung di negara ini teruja dengan kempen 'Ubah' oleh pembangkang sedangkan mereka tidak tahu kepada bentuk apa ia perlu diubah.

10. Sedangkan kerajaan sedia ada telah terlebih dahulu melakukan perubahan dengan program-program Transformasi yang seharusnya diteruskan oleh pihak yang mahu mengambil alih kepimpinan negara.

11. Ada yang mengidolakan Che Guevara dengan kebangkitan sosialnya padahal ia meninggalkan kemunduran yang maha kronik ke atas Cuba sehingga hari ini.

12. Ada yang mahu Arab Spring berlaku di negara ini sedangkan Arab Spring berlaku ke atas pemimpin angkuh dan bukan kerajaan apologetik yang menindas rakyatnya terang-terangan.

13. Kita tahu bahawa kerajaan yang memerintah negara ini bukanlah Gred A. Sekurang-kurangnya mereka Gred B dan yang menyeru reformasi adalah dari kelompok Gred D (melihat cacamarba perkongsian kuasa dan pengendalian pemilihan parti). Adakah Gred D lebih mudah digilap menjadi Gred A berbanding Gred B?

14. Kita juga tidak mahu pemimpin dari spesis Caligula pemimpin Rom yang dipilih para senat yang korup, mendapat tampuk kuasa di negara ini dengan aspirasi kekuasaannya didorong oleh keterlampauan gejolak seksualnya.

15. Mampukah Caligula, Khalifah Umar dan 'Kafir Mekah' mentadbir sebuah negara secara bersama dan aman harmoni?

16. Pakatan Rakyat belum layak mengganti Barisan Nasional. Tolak DAP, PKR, PAS, PSM.



Caligula, nama asalnya Gaius Caesar (12-41), adalah Maharaja Rom (37-41) yang lahir di Antium (sekarang AnzioItali) dan putera bongsu general Rom Germanicus Caesar dan cucu lelaki Maharaja Rom Tiberius. Kehidupan awalnya di kem tentera memberikannya gelaran Caligula (Latin, "But Kecil") kerana kasut tentera yang dipakainya kecil. Tiberius menamakan cucunya, Gemellus Tiberias, dan Caligula sebagai waris bersama kepada takhta baginda, tetapi Senat Rom dan orang ramai memilih Caligula sebagai satu-satunya Maharaja. Caligula mengambil Gemellus sebagai anak angkatnya tapi kemudian membunuh Gemellus. Baginda seorang pemerintah yang berbelas kasihan untuk enam bulan pertama, dan menjadi pemerintah kejam selepas sakit teruk. Para sejarawan percaya bahawa dia mungkin menjadi gila. Caligula membazirkan kekayaannya untuk hiburan dan membina projek-projek; membuang atau membunuh sebahagian besar kaum kerabatnya; menyeksa dan membunuh orang sambil melihatnya ketika baginda makan; menjadikan kuda kesayangannya seorang konsul; mengisytiharkan dirinya sebagai dewa dan membina kuil-kuil dan membuat pengorbanan untuk dirinya sendiri. Pada tahun 41, pegawai dan pengawal baginda bersekongkol untuk menentang dan akhirnya membunuh baginda.


No comments: