Monday, April 22, 2013

STAR Perjuangkan Sabah Keluar Malaysia

Gerakan separatisme semakin kedengaran di Sabah usai pembubaran parlimen. Semudah apalah pemisahan ini pada pemikiran mereka kita tidak dapat bayangkan. Tetapi, pihak asing tentu sekali mengintai peluang ini memandangkan pihak separatis ini masih belum dipersenjatai meninggalkan vakum untuk negara lengkap beralutsista (alat utama sistem pertahanan)  untuk mengambil peluang. Namun apakah kempen dan manifesto sebegini adalah sah?

PANAS : Parti STAR Tetap "Keluarkan" Sabah Dari Malaysia

Penulis : Tukang Carut on Friday, 12 April 2013 | 09:12


Parti STAR Sabah masih bertekad bahawa mereka tetap akan membawa Sabah keluar dari Malaysia jika menang besar dalam PRU-13 akan datang ini. Pendirian tersebut dijelaskan semula oleh pemimpin parti STAR kepada penyokong mereka. Apa cerita ni Jeffery Kitingan??? Bolehkah itu?
 
Baru-baru ini iaitu pada 10 April yang lepas, parti STAR telah mengadakan perjumpaan dan ceramah di Pekan Telupid Beluran yang dihadiri seramai 80 orang penyokong mereka. Dalam ceramah tersebut, pemimpin parti STAR tetap bersemangat bahawa STAR akan bawa Sabah keluar dari Malaysia kerana ingin bebas daripada ikatan Malaysia.

Pendirian tersebut telah disuarakan oleh En. Ishmar iaitu orang kanan dalam parti STAR Telupid. Beliau merupakan tetamu/VIP dalam program ceramah tersebut. Menurut beliau, kerajaan/negara baru perlu ditubuhkan jika STAR menang dalam PRU-13 akan datang ini sesuai dengan perjuangan STAR untuk membentuk 'Negara Sabah' sendiri.

Wahhhhh.......buli ka tu ging??? Kalau dah keluar nanti, tidak takut ka Kesultanan Sulu akan serang kamurang tu??? Tidak takut ka sama Jamalul Kiram tu? Ketenteraan kamurang ada ka? Silap langkah, merana ging.

Kalau nak berjalan, toleh kiri dan kanan la dulu ging. Ukur baju di badan sendiri. Apapun......STAR tidak mendapat sokongan rakyat.......parti ikan bilis!!!!

2 comments:

Anonymous said...

kalu sabah keluar dari malaysia,keselamatan kita orang terjaminkah?kalu ada anasir luar cuba ceroboh sabah,dapatkan kamurang pertahankan?da kira ka berapa ramai askar dan polis di sabah?ramaikah?kuatkah pertahanan sabah tanpa pasukan keselamatan dari semananjung?sedangkan sekarang anai pn da 10 orang pasukan keselamatan kita gugur.soal duit dan harta terbang orang rampas itu tak kisah tapi kalu nyawa dan kedaulatan kita orang terjejas sampai musnah pa macam?kan sekarang ni kita ada ESSCOM dan ESSZONE ditubuhkan dan sudah pun beroperasi sepenuhnya.kalu pun ada 20 perkara terkandung janganlah SABAH dibawa keluar dari MALAYSIA.kasihankanlah orang sabah.kalu pun orang luar ada IC biru dan kedatangan orang luar masuk sabah secara haram,itu masih boleh ditangani bersama,tapi kalu SABAH dicorobohi...macamana?dapatkah di pertahankan oleh pasukan keselamatan kita orang yang baru berapa banyaknya?kalu pasukan keselamatan dari semananjung disuruh balik ketempatnya kerana perpisahan SABAH dengan SEMANANJUNG tinggal berapa pasukan kita yang tinggal?kan ini mengurangkan kekuatan sedia ada.FIKIR-FIKIRLAH kita bersama...K.

Anonymous said...

Klu pendek akal bgtula geng.gila punya kerja.nenek2 yg d kg & x skolah lagi pintar dari puak2 ni.kadang2 kita ni x bersyukur apa yg kita ada.