Monday, July 29, 2013

Jangan tayang The New Village - Khairy

TAPAH 29 Julai - Kebenaran terhadap penayangan filem The New Village perlu ditarik balik sekiranya ia mengagung-agungkan peranan komunis dan mencetuskan provokasi, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, berdasarkan tontonan treler filem itu dilihat seolah-olah ia mengagung-agungkan pejuang komunis dan perkara itu tidak boleh diterima sama sekali.

"Ini satu usaha untuk menulis semula sejarah kita dengan mengagung-agungkan komunis yang kita tahu adalah pengganas yang banyak melakukan keganasan di negara kita.

"Walaupun betul komunis lawan British tetapi keganasan itu tidak boleh dimaafkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Ihya Ramadan Parlimen Tapah di Masjid Al-Mukmin, Batu Tiga di sini malam tadi.

Khairy mahu kerajaan melihat semula keputusan membenarkan tayangan filem itu.

"Kalau ada orang kata kenapa saya buat keputusan dan kenyataan ini sedangkan saya belum tengok (keseluruhan) filem ini. Saya boleh rujuk kepada kes filem Tanda Putera, ramai yang tidak tengok tetapi terus menghukum sampai Tanda Putera ditunda dan ditangguh selama satu tahun," katanya.

Mengenai pemberian kebenaran penayangan filem The New Village yang dilihat begitu mudah oleh pihak berkuasa berbanding Tanda Putera, Khairy berkata, sepatutnya tidak wajar berlaku pilih kasih.

"Itu yang menimbulkan tanda tanya. Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet sebab kita melihat jelas berlaku 'double-standard', trelernya sahaja kita sudah nampak ia mengagung-agungkan pengganas komunis boleh dilepaskan begitu sahaja, sedangkan Tanda Putera kena tunggu satu tahun. Bagi saya ada sesuatu yang tidak kena," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan pendedahan sebuah blog mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera, yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130729/dn_31/Jangan-tayang-The-New-Village---Khairy#ixzz2aPZvMrHn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

Anonymous said...

PEDULIKAN GERTAKAN si Cina SAMSENG RASIS DAPBIAWAK yang asyik MELALAK macam ANJING HUTAN LIAR! Dah cukup BUMIPUTERA Melayu/Islam sengsara kat bumi tercinta kita ini, warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain!

Maka, SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas keberanian pemimipin Melayu/Islam UMNO kita, YB Menteri KDN kita!

Saya syaki tujuan filem Cina ini juga untuk menghasut jenerasi muda Cina/bukan Bumiputera/bukan Islam, untuk terus menjulang DAP-Lim Kit SIBIAWAK kononnya, sebagai 'pejuang Kemerdekaan' Tanah Melayu ini, dan MENGHINA PEJUANG KEMERDEKAAN kita yang SEBENAR, termasuk PERAJURIT-PERAJURIT/penduduk kampung BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain, yang banyak TERKORBAN/MENDERITA sampai kebuluran, di tangan KOMUNIS CINA laknat (mak aku masa kecil, dan ramai orang kampung pun kena makan UBIKAYU saja, sebab si KOMUNIS CINA DAJAL tak bagi orang kampung turun sawah - mereka nak Bumiputera Melayu/Islam mati kebuluran)! Juga disyaki, nak putarbelikan sejarah, kat seluruh dunia terutamnya di Barat, tentang CINA DAP – kononnya merekalah yang memerdekakan TANAH MELAYU ini!

Dahlah si rejim KOMUNIS CHINA Atheist (benci Tuhan) bunuh sampai berjuta BUMIPUTERA TIBET Buddha dan sekarang MENJAJAH Tibet!

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.