Thursday, July 11, 2013

Orang UMNO Dan Media Sosial

Mereka-mereka yang berpengaruh di dalam parti dan ingin menyertai dunia media sosial hendaklah mula bersifat terbuka seiring dengan transformasi yang dianjurkan PM Najib.

Walaupun kelihatan agak terlambat namun persiapan untuk PRU 14 haruslah bermula dari sekarang bagi menyekat kemaraan kumpulan yang dua dari tiga partinya, mahu menjatuhkan keberadaan utama orang Melayu yang mengikut perlembagaan adalah orang Islam, dari kerangka negara.

Orang-orang UMNO yang tidak berubah mengikut cara PM haruslah diketepikan dari perjalanan perjuangan parti dan dinasihatkan untuk menjadi usahawan atau pemain industri sahaja bagi membantu parti dari segi kewangan.

Memang kita tahu bahawa selama ini wang UMNO adalah wang ahli yang berduit namun oleh kerana dana parti yang tidak cukup untuk melawan dakyah kononnya UMNO menggunakan wang kerajaan, tidak ada yang boleh dibanggakan untuk mendedahkan sumbangan-sumbangan peniaga-peniaga dari kalangan orang UMNO.

Di kalangan orang-orang UMNO, mereka yang berpeluang maju dalam dunia perniagaan jugalah mereka-mereka yang cuba untuk menyertai dunia blog dan media sosial. Akibatnya pembawaan mereka adakalanya tidak sesuai langsung.

Bagi kalangan tweetfamous dan facebook figure di negara ini, mereka tidak nampak kemesraan dan kemerakyatan tokoh-tokoh politik UMNO walaupun mereka penyokong UMNO.

Tentu sahaja mereka berasa malu kerana ciri-ciri mesra media sosial yang mereka mahukan hanya ada pada Khairy Jamaluddin manakala selainnya dikuasai kalangan tokoh muda pembangkang.

Justeru, UMNO perlulah mengubah cara perjalanan media sosialnya terutamanya Facebook dengan mendekati orang-orang yang dilihat berpengaruh, mempunyai ramai Friends dan dengan pendekatan berkawan dengan mereka, jentera maya UMNO telah selesai Level 1. 

Rakyat muda sebenarnya telah muak dengan politik. Persoalannya, politik telah menjadi semakin mencabar. Isu perlu diketahui dan sikap mengutuk sesuatu tindakan perlulah dibuat dengan melihat sentimen majoriti. 

Kita tidak mahu orang yang hidup senang dalam UMNO mengeluarkan kenyataan secara rambang yang menyakiti hati orang yang hidup tak berapa nak senang walaupun menyokong UMNO di media-media sosial.

Apatah lagi untuk mengalih kembali sokongan orang yang semakin menjauhi UMNO.

Perlu diingat, di negeri Perak, UMNO mendapat sokongan dari orang Melayu yang sebahagian besarnya benci dengan pemerintahan DAP di Perak. Bukanlah kerana mereka itu orang UMNO. Ada juga yang tidak berapa gemar kepada UMNO.

Jika hendak berjuang di media sosial, bersikaplah cara media sosial yang telah ada kebudayaannya yang tersendiri.

No comments: