Monday, August 26, 2013

Rakyat Sweden Sokong Muslim Bertudung



Serangan ke atas seorang wanita Muslim yang hamil kerana memakai tudung telah menimbulkan bantahan meluas di Sweden. Ahli politik dan para selebriti mula menyuarakan sokongan ke atas mangsa.

Malah, ramai rakyat Sweden, lelaki dan perempuan mengenakan tudung, menangkap gambar masing-masing dan menyebarkan ke laman sosial.

Di Twitter mereka bergandingan di hashtag #hijabuppropet.

Wanita pakai tudung dibela

STOCKHOLM 25 Ogos - Sebuah pergerakan yang memperjuangkan hak wanita untuk memakai tudung sehingga menyebabkan rakyat Sweden berpecah-belah, kini mendapat sokongan daripada ahli politik dan selebriti di negara ini.

Pengkritik, bagaimanapun menyifatkan sokongan tersebut sebagai 'penindasan' terhadap golongan wanita.

Hal ini kerana mereka mendakwa golongan wanita di negara ini, mahupun ditempat lain sebenarnya terpaksa bertudung kerana mengikut adat dan budaya.

Beratus-ratus wanita di negara ini menyiarkan gambar mereka memakai tudung di laman sosial bagi menunjukkan tanda perpaduan selepas seorang wanita beragama Islam yang sarat mengandung diserang kerana memakai tudung.

Polis kini mencari saksi bagi menyiasat insiden tersebut yang disifatkan sebagai jenayah kebencian sehingga mencetuskan 'tunjuk perasaan' secara dalam talian.

Beberapa ahli politik berhaluan kiri dan selebriti turut menyiarkan gambar mereka memakai tudung menerusi akaun Twitter masing-masing sebagai tanda skokongan.

Sehingga Khamis lalu, lebih 2,000 rakyat negara ini menyiarkan gambar mereka bertudung berserta simbol hashtag 'permohonan bertudung'.

Laman sosial Facebook turut dipilih untuk menyebarkan kempen tersebut apabila sekumpulan aktivis berjaya mengumpul kira-kira 10,000 sokongan daripada golongan wanita di negara ini, namun akaun itu terpaksa ditutup ekoran dianggap bersifat rasis.

Seorang daripada penganjur kempen tersebut, Foujan Rouzbeh berkata, isu bertudung dalam kalangan wanita beragama Islam, bukanlah satu penindasan kerana ia merupakan satu tuntutan agama.

"Bertudung merupakan identiti bagi wanita Islam dan itulah yang membuatkan kami istimewa," katanya.

Selasa lalu, individu bertanggungjawab memulakan kempen itu, Fatima Doubakil bertemu Menteri Kehakiman Sweden, Beatrice Ask bagi membincangkan insiden membabitkan wanita bertudung yang diserang. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130826/lu_09/Wanita-pakai-tudung-dibela#ixzz2d3nEsJo3 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: