Friday, February 21, 2014

Ramai lelaki Islam pakai batik sutera yang haram - lupa halal haram?



KUALA LUMPUR 20 Feb. - Golongan lelaki Islam diingatkan supaya lebih berwaspada ketika membeli kain batik sutera kerana kira-kira 90 peratus kain batik jenis itu di pasaran diperbuat daripada batik sutera asli yang haram dipakai di sisi agama Islam.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abdul Kareem S. Khadaied berkata, ia kerana kain batik yang diperbuat daripada 100 peratus kain sutera adalah haram dipakai oleh lelaki Islam berdasarkan kepada hadis Rasullullah SAW.

Katanya, ramai lelaki Islam masih beranggapan mereka tidak memakai kain batik diperbuat daripada kain sutera asli disebabkan harga yang dibeli di pasaran adalah murah.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi mendedahkan perkara tersebut di Kondominium Vila Puteri di sini hari ini.

Sheikh Abdul Kareem yang juga merupakan Ahli Majlis Batik Antarabangsa berkata, terdapat tiga jenis kain sutera asli berkod 14366, 14101, 12102 yang banyak dipakai lelaki Islam di negara ini adalah haram kerana diperbuat daripada 100 peratus sutera. - UTUSAN ONLINE



5 comments:

Anonymous said...

Terlepas pandang, lupa, atau mmg tak tahu, atau tak habis ngaji. Sesetghnya pulak buat buat tak tahu.

Anonymous said...

Baju batik sutera lelaki telah lama ada tapi promosi hebatnya dikembangkan dengan luas pada masa Tun Abdullah Badawi menjadi PM. Ingat tak lagi?? Selepas itu batik sutera lelaki mula dipakai di pejabat kerajaan pada hari Jumaat. Ianya juga banyak dipakai ketika majlis-majlis rasmi.

Sutera adalah haram bagi lelaki. Itu jelas hukumnya dalam Islam, tapi saya tak faham bagaimana perkara sutera itu haram dipakai oleh lelaki boleh "terlepas pandang" oleh mereka yang mempromosikan baju sutera lelaki. Sepatutnya sebelum membuat apa-apa program telitikanlah dulu pro dan kontranya. Tengoklah dulu adakah sesuai dengan hukum atau ada percanggahan.

Sepatutnya perkara halal dan haram ini mestilah diambil berat oleh umat Islam. Halal, haram bukan saja dalam hal-hal makanan, ia merangkumi semua aspek.

Anonymous said...

Kapas dari tumbuhan pokok, sutera ulat makan daun malberi asal dari pokok. Nylon plastik pvc asal dari petroliem. Emas.sutera perak tak haram yang jadi haram akibat kesan pakai emas sutteraperak pada masyarakat.

Anonymous said...

Pak Lah hanya promosikan pemakaian pakaian daripada kain batik BUKAN suruh orang lelaki pakai baju batik yang sutera 100%.

Tambahan pula, bagi orang kebanyakan, nak pakai baju batik yang diperbuat daripada campuran sutera campur kapas atau sutera campur bahan2 lain (bagi jenis2 fabric ini, sutera dicampurkan untuk memberikan effect berkilat pada fabric, dah berfikir 3 - 4 kali sebab harga RM180 -RM300 tu amat mahal bagi orang kebanyakan.

Memakai baju batik sutera campuran diharuskan (boleh baca tentang fatwa berkenaan hal ini diinternet, google aje).

Kalau was-was, pakai aje baju batik daripada kain kapas. Walaupun orang mungkin pandang rendah kepada anda kerana pakai batik murah, tetapi di Malaysia ni, kain kapas laa yang paling sesuai.

Jangan salahkan promosi batik. Baju batik sutera 100% tu untuk orang bukan Islam memakainya. Jangan salahkan sipenjual atau orang yang buat promosi.

Anonymous said...

siapa boleh boleh buktikan sutera haram tanpa sebarang keraguan? mari tunjukkan buktinya..jgn main buat hukum semprono...yg haram buktikan keharamannya..cepat saya tunggu..tuan blog silakan..ko dulu..klu ko x dpt buktikan maknanya ko telah berdosa....