Friday, August 04, 2017

Selain tiada media sosial, peti undi hitam bagai penyelamat Mahathir di tahun 1999

Tahukah anda bahawa peti undi lutsinar hanya mula diperkenalkan pada PRU12 tahun 2008 ketika zaman Pak Lah? Ini rentetan desakan dari desakan para NGO yang mahukan pilihanraya lebih telus melalui gerakan BERSIH yang diadakan pada tahun 2005. Mengapakah desakan seperti ini tidak didengari pada zaman Mahathir? Kerana selepas zaman Mahathir, satu dimensi keterbukaan bersuara mula dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Hasil pilihanraya pertama peti undi lutsinar sangat memeranjatkan. Lima negeri jatuh ke tangan pembangkang. BN hilang dua pertiga. Pilihanraya seterusnya juga menyaksikan kehilangan dua pertiga berterusan.

Justru, mari kita lihat PRU10 pada tahun 1999. Ketika itu kebencian terhadap Mahathir sedang mencapai kemuncaknya akibat pemecatan Anwar Ibrahim dan penentangan pemerintah secara offensif ke atas gerakan reformasi. 

Dikatakan pada tahun inilah, hampir 60% orang Melayu tidak menyokong Mahathir dan laungan UMNO = Undur Mahathir Negara OK menjadi zikir pembangkang dan pemaling tadah di medan internet, satu platform baru wujud untuk berekspresi dalam mod halimunan dan terlepas dari dikutip Black Maria dibawa pergi di malam hari.

PRU10 menyaksikan 6.6 juta orang keluar mengundi. BN pimpinan Mahathir memperoleh 3.75 juta undi manakala pembangkang memperoleh 2.67 juta undi.

Bagaimanakah peti undi hitam memberi BN mandat dua pertiga ketika krisis terburuk perpaduan Melayu berlaku dengan pengaruh Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum itu kental mempengaruhi sebahagian besar orang Melayu?

Peti undi ini bagai penjamin mandat BN dua pertiga dalam tangan tak kira krisis apa pun.


Bagaimanakah pula peti undi lutsinar menghilangkan mandat dua pertiga BN ketika krisis yang mempengaruhi hanyalah pentadbiran Pak Lah yang tiba-tiba ditentang Mahathir dengan berkajang-kajang tohmahan. Jika Mahathir faktornya, kempennya untuk BN pada PRU 13 tidak pula menyaksikan mandat dua pertiga itu kembali. Dia bukan faktornya.

Jelas sekali, di zaman Mahathir, ketika peti undi berwarna hitam, apa jua krisis politik ringan atau berat, kemelesetan atau kelembapan ekonomi, krisis perpecahan parti, skandal matawang asing tetap memberikan BN mandat dua pertiga. 

Sama ada anda percayakan aura Mahathir, atau anda percaya ini auta Mahathir, terserah pertimbangan anda. Jika terdapat tuntutan pilihanraya bersih dan adil dari badan-badan tertentu pada tahun 2005, mungkinkah pilihanraya-pilihanraya sebelumnya diketahui telah dinodai dengan permainan kotor rejim Mahathir? 

Oh, bukankah Mahathir menyertai perhimpunan Bersih bulan November kelmarin? Mahathir menuntut pilihanraya yang bersih dan adil? Dan hari ini Mahathir mengepalai pembangkang?

Sungguh menyesal teman menampal poster muka Mahathir demi PRU9 tahun 1995 di belakang kelas sampai ditampar cikgu dek sayangnya teman pada orang tua ini yang di akhir garisannya, menjadi individu paling teman menyampah di negara ini.

Jangan nak sebut 'ko tak suka ko punya pasal' dan 'ramai lagi suka kat dia'. kalo yang ramai tu masyarakat yang tatkala Maharaja Lawak dan Gegar Vaganza muncul, dia melekat depan TV, lepastu kutuk ASTRO itu ini. Penting ke pendapat demer.

No comments: