Tuesday, July 31, 2018

Terbukti 'uneducated', mendidik rakyat Malaysia adalah penggemblengan tenaga bersama, bukan kerajaan semata-mata

Salam Semuslim, Senegara dan Sebangsa.

Tidak ada kekecewaan yang lebih berat melihat gagalnya penyingkiran Najib melalui pemilihan UMNO yang lawannya menubuhkan cucu Pekembar, parti pertama orang Melayu yang dihambat berjuang bersama PKM oleh pemimpin mereka, Soekarno, lalu wujudlah Parti Pribumi Malaysia Bersatu yang membolehkan DAP dan PKR mengisi kabinet pemerintah dan mencampak BN ke medan pembangkang patah riuk.

Penyingkiran pemimpin parti radikal pro Melayu dituntas melalui jalan pilihanraya. Peralihan kuasa yang membawa impak sosial, ekonomi, unjuran-unjuran pertumbuhan, yang mempengaruhi daya beli dan corak pendapatan masyarakat keseluruhannya yang belum dapat ditaksir, sedang berlaku.

Dalam satu post teman, kira-kira 9 bulan sebelum PRU14, teman ingatkan bahawa UMNO dalam bahaya. Di peringkat bahagian, sedang berperang di media sosial secara terbuka, merebut jawatan yang pemilihannya hanya akan berlaku selepas pilihanraya umum.

Suka teman ingatkan bahawa, adalah menjadi kutub negatif bagi diri teman untuk menyantuni kebodohan dan ketidaktahuan akibat malas berfikir. Sebab itulah teman suka berkongsi cerita yang membuka minda.

Tapi sayang, PRU14 adalah peperiksaannya. Keputusan? TOO MANY MALAYSIAN ARE DUMB.

Ini bermakna, YA, jika dilihat dari keluh emosi kesusahan merintih baih, mengharap penyelamat yang menarik mereka keluar dari sudut kehidupan yang dipilih oleh mereka sendiri.

Akhirnya terperanjatlah Dr. Mahathir apabila mereka menang.

Dan tugas teman, setelah ini adalah mendidik rakyat kepada sedikit educated. WALAUPUN TEMAN PANGKAH DACING dalam PRU14, teman yakin sesangat bahawa semakan fakta, bukan sebab Najib, yang buatkan teman nafikan undi teman pada demer. Dan tindakan ini mungkin sahaja adalah educated dan dihormati beliau. Beliau seterusnya tak mengumpat ahli UMNO sedengus pun selepas menang berbanding ketika kempen.

Dr. Mahathir dilihat sengaja kencing masyarakat dan mencipta perlakuan pusingan dasar yang dilihat oleh sesetengah Melayu sebagai memalukan sebagai kayu ukur. Apakah ini tujuannya menyuruh UMNO menang besar?

JIKA DEMIKIAN, malang sekali, percaturan salah. MEREKA YANG MENANG.

Disuguhi dengan filem pendek yang mengundang esak khalayak beberapa hari sebelum pilihanraya yang tersebar di media sosial, beliau menang. Kemenangan tersebut melopongkan puak rebut jawatan tak peduli PRU itu. Kerana DAP yang boleh mengakibatkan sawan itu sudah melangkah ke Putrajaya bersama komponen-komponen Pakatan Harapan, mengalahkan rejim yang memperjuangkan kemerdekaan mengikut acuan British dan memberi kerakyatan kepada migran bergenerasi yang tidak dapat dihantar pulang oleh penjajah.

Jika UMNO hendak ditikam mati, tentulah dasar-dasar yang diperkenalkannya tidak boleh langsung dianut sebagai bawaan. Adakah PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang memperkenalkan pemberian kewarganegaraan. Tentu sekali tidak?

Bagaimanakah jika ahli UMNO sepakat menutup UMNO dan menuntut dasar rundingan kemerdekaan 61 tahun lalu dikaji semula. Ha. Bagaimana?

Bukan Melayu mencerca UMNO bagai penghapusannya semudah kata-kata. Tetapi liatnya UMNO itu terbukti.

Pemimpin mereka ini perlu educate follower mereka. Supaya sahut sahutan provokasi manja tidak membawa ke anjang huru hara.

Tapi harini UMNO ditolak kerana terlalu liat. Mungkin ia empuk semula setelah menjadi United Malaysian National Organization yang mengisi berbagai kaum yang terdiri dari kalangan muda. Sayangnya, Zahid jua yang dipuja.

Akhirnya, negarawan yang disimpan penghormatan di blog ini setelah bertahun di puncak sanjungan, bagi dijamu cerca di ambang PRU, telah kembali penghormatannya ke persada asalnya. Natijah pengamatan isi otak rakyat telah tertunjuk. Mahu ketawa, kasihan pula.

Oleh kerana teman isytihar di meja-meja sidang kampung dan semua media sosial peribadi teman pada 8 Mei, sehari sebelum PRU14, bahawa teman keluar UMNO, maka teman telah memilih untuk menjadi pembangkang aliran ketiga di negara ini.

ALIRAN INI MEMBANTU MENGKRITIK KERAJAAN HANYA DALAM KEKURANGAN TADBIR URUS SERTA PENGABAIAN DALAM MEWUJUDKAN SESUATU YANG MEMBERI KESEJAHTERAAN YANG MENDIDIK KEPADA UNEDUCATED MALAYSIAN.

ALIRAN INI YANG JELAS TIDAK MENYEBELAHI ORANG MELAYU LAGI. INI KERANA ORANG MELAYU ilmunya sangat daif tentang berdirinya negara ini sehingga mendesak campurtangan Agong sewenang-wenang dalam seremeh-remeh perkara tanpa tahu batas kuasa yang ada dan turut mencampuri urusan Agong khasnya semasa pertukaran kerajaan kali pertama yang lalu.

Blog ini akan membawa angin sepoi-sepoi bahasa bagi permulaan ribut revolusi mentaliti yang diharapkan berlaku setelah angkatan pertama dunia politik negara bersara selamanya.

Adalah tidak disangkakan, sebuah perjuangan murni untuk parti, rupanya tidak penting dek para kulop yang memimpin dikemudi kesombongan berakar umbi.

BLOG INI JUGA TIDAK AKAN MEMADAMKAN POS POS TERDAHULU YANG KERAS MENENTANG PENIPUAN KHUSUSNYA TENTANG EKONOMI SEBAGAI BUKTI BAHAWA apa yang sedang di alami dan ditangani hari ini adalah hasil buah pemikiran yang dangkal dan mentah.

Dibela oleh pemanjang kenyataan orang lain tanpa memanggil selera untuk berfikir sehinggakan penyokong kedua dua pihak dilihat bergelumang bertumbuk taji dalam kumbahan kebodohan.

HANYA DENGAN membantu tangan dan kaki pemerintah dapat menyegerakan kegemilangan negara yang mungkin terencat disabotaj pemain ekonomi yang tidak sefahaman dengan dogma Pakatan Harapan. 

Juga hanya dengan mengkritik UMNO sebagai pembangkang paling utama, pembawaannya akan beralih ke sebuah evolusi yang menyenangkan semua.

Kerana pada hari ini, terbukti, mereka yang mampu berfikir tidak mungkin lagi akan bersama-sama kedua belah pihak.

Teman takkan join PAS kerana hudud tidak boleh mendahului dakwah yang meyakinkan sehingga penerimaan berlaku tanpa paksaan.

Kehendak teman telah menyamai kehendak DAP pada prinsipnya. Bukan pada pemikiran pemimpin-pemimpinnya.

Apakah demi mendidik secara radikal, seseorang itu terpaksa menyertai parti yang dihentamnya sepanjang zaman kewujudan blog ini.

Jika itu membawa pembaharuan yang lebih teranjak minda dari Pakatan Sarapan ini, mengapa tidak.

Apapun Sarapannya, biarlah makan tengaharinya kelak lambang kemakmuran.

Apa yang telah didasarkan hendaklah kita membantu menambah baikkan jika sudi. Ini kerana kekayaan negara tidak boleh dibawa lari. Jika hendak diganti Pakatan Harapan dengan Pakatan Sarapan sekalipun, kantong negara biarlah berisi berlebih lagi sebagai bekalan generasi depan yang dijadikan andalan dalam kempen mencari kemenangan.


 Adakah anda fikir Dr. Mahathir bersiap menghadapi situasi ini?  Meme adalah lumrah tetapi yang penting sikap rakyat yang mengambil tanggungjawab tidak mengganggu malah membantu memberi input membina bagi membolehkan kerajaan baharu yang sedang bertatih ini bernafas lega kerana seumur hidupnya dihabiskan dengan memekak dan melaung membangkang di parlimen.

No comments: