Tuesday, June 15, 2010

Siapa Paling Layak Ketuai Pemuda UMNO Tambun?

Walaupun penulis tidak sukakan Muhammad Iqbal Dinzly secara peribadi kerana sisa-sisa kesombongan yang ada pada dirinya, penulis tidak mengganggap rasa menyampah peribadi itu perlu menyekat pendapat penulis bahawa dia merupakan calon yang paling layak untuk menggantikan Shamsul Zairel yang meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Tambun, Sabtu lalu.

Iqbal yang merupakan abang kepada dramatis Iqram Dinzly secara keseluruhannya merupakan seorang yang kuat bekerja dan mampu membuahkan idea-idea serta program-program yang baik walaupun kekuatannya untuk berucap dengan penuh ketokohan belum pun ada. Masih sukar membuahkan ayat tanpa teks. Mungkin kegugupannya belum habis diperangi.

Semasa penulis pertama kali masuk ke mesyuarat perwakilan pada tahun 2000, Iqbal masih belum ada. Kalau ada pun, bukan sebagai Ketua Pemuda Cawangan atau proksi ketua pemuda cawangan.

Pada pendapat penulis, 'kesombongan' Iqbal bukanlah masalah besar kerana sifat itu mungkin terbentuk setelah dia dilantik sebagai exco pada pemilihan yang lalu dan terkhilaf dengan menganggap bahawa adalah menjadi hak mutlak untuk berasa bangga dengan barisan Exco syok sendiri yang penuh dengan rasa eksklusif, yang merupakan penyakit utama penjawat jawatan dalam UMNO akar umbi di seluruh negara.

Dia boleh diacu untuk menjadi seorang pemimpin muda yang dekat kepada golongan muda dan bukannya sebagai pemimpin pemuda yang dijauhi oleh orang muda seperti kalangan sedia ada.

Memang akan ada bunyi yang mengatakan Iqbal terlalu muda dan jalannya masih panjang. Inilah penyakit utama Pemuda UMNO yang tidak berani berhadapan dengan kebenaran dan hakikat bahawa Pemuda memerlukan seorang yang betul-betul muda untuk memimpin. Bukannya seorang ayah beranak empat lima dan berkereta besar.

Yang diperlukan ialah pemimpin yang kuat bekerja. Yang muda tetapi matang. Bukannya yang tua tetapi kebudak-budakan.

Pemuda memerlukan pemimpin yang bebas dari politik tradisi UMNO yang mengakibatkan kekalahan besar pada PRU 12. Pemuda memerlukan pemimpin yang muncul selepas PRU 12 kerana terbukti pemimpin yang wujud sebelum PRU 12 masih lagi selesa dan tidak sedar diri dan hakikat.

Percanggahan idea golongan tua dalam Pemuda dengan golongan yang lebih muda selama ini telah menjadi kudis kepada UMNO. Akibat dari itu, kalangan yang berumur 21 hingga 30 tahun yang bukan dalam lingkungan mereka, menjauhi mereka atas rasa benci dan menyampah dengan ketinggian hidung barisan pemimpin tua yang mengaku muda ini. Ini belum dirujuk kepada jurang pendapatan.

Akibat dari itu, wujudlah barisan exco syok sendiri seperti yang telah disaksikan.

Menjadi Ketua Pemuda Malaysia pun belum ada lesen untuk bebas dari kritikan apatah lagi Ketua Pemuda Bahagian. Jadi, amatlah diperlukan seorang Ketua Pemuda Bahagian, malah, Ketua Bahagian, yang mendengar kehendak rakyat jelata tidak kira bangsa dan pemimpin yang berjalan sambil kedua tangan menutup telinga dengan sombong, harus disingkirkan.

Jika Presiden UMNO berusaha dengan gigih untuk bersifat terbuka demi memantau kehendak rakyat, sanggup berdepan dengan hinaan dan sokongan yang bercampur baur di dalam Facebook, pemimpin bawahan yang berlagak sombong, lari dari kritikan, dan enggan diperbetulkan, seharusnya bungkus dan berambus. Memalukan parti dan merosakkan masa depan parti.

Walaubagaimanapun, penulis hanya mencadang supaya ia menjadi pemangkin untuk Iqbal berubah kerana pada dia, ada ketokohan yang diperlukan, tetapi dilangsiri oleh rasa hormat tidak bertempat kepada senior-senior politiknya yang sedang seronok bermain buih sabun. Selagi dia tidak mampu berubah, jadikanlah pilihan penulis ini sebagai mimpi di siang hari.

7 comments:

Anonymous said...

tak payah lantik org2 sombong & berlagak...

lantik jer azrin kadri jadik ketua pemuda bahagian... dier berkaliber.. semua sukakan dier.

IPOH MALAY said...

boleh... sesiapa saja yang bercirikan PM kita... yang sanggup terima hinaan disebilik pujian... dan menumpukan kepada hinaan dan membelakangkan pujian... demi masyarakat yang lebih baik.. ITULAH YANG LAYAK..

tentang iqbal ni... post ni perli sebenarnya.. hehe... fahami betul2..

Anonymous said...

Kesian SAM.., angkara mainan Naib Ketua Pemuda Sam menjadi mangsa keadaan... Mampus pi la pemuda Tambun.

IPOH MALAY said...

pemuda Tambun takleh mampus bro... kita kena rampas dari 'pihak-pihak' yang sekolah tak tinggi... cita-cita melangit... busuk hati membangkai... baru dirancang... orang dapat bau... itulah natijah dari budak tak sekolah tinggi... tak belajar politik.. tamak kuasa... nyahkan demer dari Pemuda...

iqbal dinzly said...

terima kasih di atas teguran... saya muhammad iqbal dinzly akan berusaha mengatasi kelemahan yang ada... saya hanya manusia biasa...

apa yang saya kecapi dan nikmati sekarang ini adalah kurniaan Allah Swt...

tentang sifat "sombong" yang dikatakan itu, saya pun tak pasti mungkin secara tak sengaja "kesombongon" yang saudara katakan itu , mungkin kita belum kenal, saya minta maaf jika saudara merasakan saya "sombong" tetapi hakikatnya saya tidak pernah berniat untuk sombong kepada sesiapa...

saya berada di dalam perjuangan semata-mata untuk meneruskan warisan tok nenek kita mempertahankan agama bangsa dan tanah air... saya orang yang suka berkhidmat selagi saya mampu...

tentang jawatan ketua pemuda bahagian yang saudara canangkan itu bukan mudah untuk dikecapi , semua ini ketentuan illahi, kita hanya berusaha... Nak jadi ketua memang sedap pada panggilannya, tetapi amanah dan beban yang harus ditanggung itu lebih berat jika hendak dibandingkan dengan kenikmatan yang sesetengah orang canangkan... walaubagaimanapun saya menghargai "PENCALONAN" daripada saudara walaupun ia sekadar "perli" tetapi itu menandakan ada orang menghargai atau nampak usaha penat lelah saya dalam perjuangan.

saudara, pemimpin itu menderita, tidak semestinya kita dapat memuaskan semua pihak tetapi walaubagaimanapun teguran yang saudara katakan saya akan selami dan bermuhasabah.

kita dalam hidup mahupun perjuangan perlu ada matlamat.
tanpa matlamat sia-sia sahaja usaha kita.

Usaha dan Matlamat perlu untuk membuahkan kejayaan...

mari kita sama-sama berbincang, bermusyawarah dan memikul tanggungjawab bersama dalam perjuangan ini.

sekali lagi saya dengan rendah diri memohon maaf jika saudara tersinggung dengan apa sahaja yang saya coretkan mahupun perbuatan saya sebelum dan selepas ini

mungkin kita boleh minum-minum sembang-sembang selepas ini di mana-mana dalam tambun mahupun luar tambun...saudara mengenali saya, tetapi saya tidak tahu identiti saudara... hubungilah saya

Peace...No War...
///
Yang Berjuang
Iqbal Dinzly

Anonymous said...

Bom Tarooo!!!!

Anonymous said...

korang kena contoh pemuda pas tambun.. simple je dan senang di buat bincang..