Monday, May 13, 2013

13 Mei Hari Perpaduan - Selepas 3 Tahun Ditentang Kit Siang, PAS Pula Kemuka Cadangan


11 Mei 2013 :  Masyarakat seharusnya mengangkat tarikh 13 Mei sebagai hari perpaduan dan persaudaraan antara kaum di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata masyrakat yang memperingati rusuhan kaum itu dilihat seolah-olah masih dihantui sentimen perkauman.

Jelas Nasruddin ia secara tidak langsung mengukuhkan perpaduan kaum yang telah lama dibina.

"Jadi saya cadang selepas ini kita mengingati 13 Mei sebagai hari persaudaraan maksudnya ialah kita nak 'swing' nak tukar mimpi ngeri kepada satu realiti yang perlu kita bentuk dalam negara kita," ujarnya.

"Biarlah 13 Mei akan datang merupakan detik harmoni dan juga detik perpaduan dikalangan masyarakat negara kita" katanya sidang media keharmonian dan kedamaian negara pasca pru13.

Turut hadir Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM,  Amidi Abdul Manan, Setiausaha Agong Persatuan Ulama Malaysia, Dr Fauzi Zakaria, Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid, dan Naib Presiden Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, (Haluan) Mohd Sabri Md Yudin.

Nasruddin dalam masa sama turut mengingatkan parti-parti politik agar tidak mengeret rakyat ke dalam kancah politik perkauman yang dibimbangi mencetuskan persengketaan.

Sementara itu, Mohd Azmi berkata parti-parti politik yang masih terikat dengan sentimen perkauman perlu melakukan rombakan.

Jelasnya, rakyat negara ini sudah matang dan saling menghormati antara lain.

"Sudah tiba masanya parti yang berdasarkan kaum ini harus membuat rombakan kerana negara ini sudah matang dan kita mahu mereka mewujudkan satu negara yang saling menghormati antara satu sama lain," katanya. - AWANI


MANAKALA, 3 TAHUN LALU.....



11 Nov 2010: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang  sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia tentang syor 13 Mei Hari Perpaduan yang disifatkannya boleh menimbulkan rasa tidak senang di antara kaum di Malaysia.

Laporan bertajuk "Syor 13 Mei hari perpaduan" dalam akhbar itu katanya hanya mewujudkan kebencian antara kaum.

"Semalam Utusan Malaysia ada mengeluarkan satu laporan yang menyifatkan 13 Mei satu tarikh keramat dan perlu disambut meskipun ianya satu hari hitam dalam sejarah Malaysia di mana nyawa semua kaum terkorban.

"Bukankah ini merupakan satu hasutan dan sangat berbahaya? Apa pandangan Menteri dan adakah ianya satu tajuk berita yang perlu dikaji oleh jawatankuasa sensitiviti kerana Utusan Malaysia dianggap sebagai lidah rasmi Umno.

"Adakah ini pendirian Umno dan Barisan Nasional dan bolehkah ada satu sikap yang serius untuk mengutuk laporan seperti ini," kata beliau.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun mengarahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (BN-Masjid Tanah) tidak menjawab soalan itu kerana menganggap ianya tidak berkaitan dengan kementerian itu.

"Saya nak ingatkan kalau soalan itu bertentangan dengan peraturan mesyuarat 23(1) andaian, spekulasi mengenai soalan ditanya, pendapat seorang Menteri yang ada hubungan dengan politik,saya rasa tak payah jawablah," kata Pandikar.

Persoalan timbul  apabila DAP selalu melenting tak kala bercerita tentang 13 Mei. Adakah benar peranan DAP dalam mencetuskan peristiwa 13 Mei seperti apa yang diceritakan oleh YB. Kulim Bandar Baru seperti dalam post sebelum ini.

No comments: