Monday, May 13, 2013

Burukkan Imej Polis Bagi Mengundang Kebencian?

Anak-anak haram didikan Pakatan Rakyat kini sedang mengambil peluang untuk memburukkan imej polis dan imej kerajaan. Antaranya, bagi yang memiliki kedai, mereka akan menaikkan harga barang keperluan asas. Bagi yang memiliki hati binatang pula, mereka akan merompak dengan menyamar sebagai polis. Ini bukan kes baru. Tetapi apabila ia melibatkan golongan terpelajar, ini memang kes baru yang mungkin sahaja berniat busuk rentetan pasca PRU13. Apapun tahniah bagi pihak polis yang menuntaskan kes ini.

Doktor pelatih menyamar polis diberkas

IPOH 13 Mei - Seorang doktor pelatih dan tiga pelajar kolej swasta yang menyamar sebagai anggota polis diberkas selepas menyamun seorang peniaga di Jalan Datuk Onn Jaafar, Pekan Baru di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun sedang memandu seorang diri sebelum keretanya dihalang oleh sebuah kereta Mercedes-Benz dinaiki suspek.

Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Sum Chang Keong berkata, sebaik sahaja mangsa memberhentikan kenderaan, doktor pelatih tersebut membuka pintu kereta sebelum menumbuk dada mangsa dan meminta wang RM350.

Katanya, doktor pelatih berusia 26 tahun dari Semenyih, Selangor yang memakai vest polis itu turut menunjukkan kad kuasa palsu selain menakutkan mangsa dengan mempamerkan sepucuk pistol yang disisip di pinggangnya.

“Doktor pelatih berkenaan meminta wang tunai RM350 daripada peniaga itu jika mahu `selesai’ selain mengugut jika gagal, mangsa akan dibawa ke Balai Polis Sungai Senam.

“Dalam pada itu, salah seorang daripada suspek menaiki kereta mangsa dan mengarahkannya ke sebuah bank di Jalan Sultan Idris Shah untuk mengeluarkan wang yang diminta menerusi mesin ATM (pengeluaran wang automatik)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Jalan Sultan Idris Shah

No comments: