Khamis, September 25, 2008

Nabi Palsu Membisu

16 September telah berlalu, 23 September juga telah berlalu. Apakah salah akan diletakkan pada 30 September juga 7 Oktober atau 14 Oktober dan mungkin juga 21 Oktober selain 28 Oktober ?

Maksud ini menunjukkan berlalunya minggu-minggu propaganda Anwar Ibrahim tanpa memberi kesedaran apa-apa terhadap penyokong totok PR. Tetapi, sokongan puak yang tidak diketahui mana arahnya terhadap rancangan peralihan kuasa Pak Lah - Najib turut menjadi pengimbang terhadap polemik ini.

Namun isu tersebut bolehlah dikupas dalam perspektif lain kerana apa yang ingin dijelaskan kini ialah bagaimana hanyutnya 16 September dan tarikh 23 September yang disaguhatikan sebagai penyelamat sebuah rancangan yang gagal.

Mengapa ia gagal? Ini kerana cakap kosong seorang penyebar propaganda yang memperbodohkan rakyat telah lama diketahui kosong belaka. 16 September dijulang penyokong totok PR seperti Anwar ibrahim itu nabi. Nabi palsu ini berjaya memperbodohkan umat Islam yang jumud mahupun yang warak. Hebatnya dia.

Nasihat paling baik untuk rakyat Malaysia, letaklah otak anda di kedudukan yang telah diciptakan tuhan. Yakni tertinggi dari semua organ badan. JANGAN LETAKKAN OTAK ANDA DI LUTUT. Buatlah kajian, buatlah bacaan dan buatlah penaakulan pada logika yang berdasarkan kepada ketentuan Ilahi. Bukan ketentuan nabi palsu ini.

Selasa, September 23, 2008

Teresa Kok : Ratu Putar Belit?

Semalam Buletin Utama menyiarkan sidang akhbar Teresa Kok si Ratu Putar yang baru ditabalkan. Pada sidang akhbar tersebut, kata-katanya berbunyi begini :

" Saya tak kata makanan tersebut seperti makanan anjing. Saya kata
ianya slightly better than dog food "

Maknanya, dia kononnya berkata, makanan tersebut lebih mulia sedikit dari makanan anjing. Tetapi dia memerbodohkan dirinya. Sebab lepas tu, TV3 terus mengulang siar kenyataannya sebaik sahaja dilepaskan dari tahanan yang berbunyi begini :

" I was given a food that is worse..or similar with dog food "

Nampaknya Teresa Kok yang bodoh, atau rakyat yang bodoh. Nak putar belit tak kena cara. Tetapi tetap mahukan title Ratu Putar Belit. Patutlah kekal status andartunya. Siapa yang sudi berkahwin dengan Pemutar Belit ini?
Slightly better dan similar adalah dua frasa yang membawa dua makna berbeza. Ini Malaysia. Bukan Indonesia atau Thailand yang kadar pemahaman Bahasa Inggeris mereka tak sebaik di Malaysia. Teresa Kok memperbodohkan rakyat di TV kali ini. Tetapi hakikatnya, dia telah memperbodohkan rakyat berkali-kali sebelum ini jika kita sedar.

Isnin, September 22, 2008

Dia Sudah Sasau Maa..

Utusan Online, Isnin, 22.09.2008

Teresa dakwa makanan diberi 'lebih baik sedikit daripada makanan anjing'

22/09/2008 3:07pm

SHAH ALAM 22 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.

Beliau menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan pada 12 hingga 19 September lalu 'seperti makanan anjing'.

Beliau menyalahkan Utusan Malaysia yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia sebelum ini hanya memetik kenyataan Teresa mengenai perkara tersebut daripada laman web Malaysiakini. - Utusan.

Ulasan

Begitulah lagak orang yang suka berpolitik. Habis dituduh sana sini. Balik-balik, Utusan Malaysia yang disalahkan. Padahal berita itu dipetik dari Malaysiakini.

Mengapakah Teresa Kok bagaikan perempuan sasau kali ini? Mungkin kerana tidak dapat menikmati itik gantung atau babi panggang sepanjang 7 hari ditahan ISA.

Perempuan ini pada awal tertubuhnya kerajaan PR di Selangor lantang cuba menguji had orang Melayu sebagai cubaan bagi melihat sejauh mana respon orang Melayu berhubung isu azan. Apabila isu ni diketengahkan, lekas-lekas dia mengeluarkan kenyataan menafikan, malah mengaku tidak mempunyai masalah dengan laungan azan.

Teresa, you tak perlu cakap macam ular. Kita tau you orang politik. Tapi please la. Be responsible and accountable. Bukan dengan prinsip politik yang you pegang. Tapi dengan otak dan lidah you sendiri. Pakai baik-baik la. Lee Lam Thye pun pernah jadi MP DAP. Dia betul-betul ahli politik bermaruah. Cant you learn something from him?

Dasar ular.

Khamis, September 18, 2008

Dari Segambut Ke Tg. Rambutan?

Manusia merancang. Allah jua menentukan. Manusia berbuat tipu daya. Allah mempunyai seperbendaharaan tipu daya jika dibandingkan dengan manusia. Manusia cuba berlagak tuhan, tetapi Allah sememangnya Tuhan Sekelian Alam. Manusia mengatakan ia mampu menukar kerajaan esok atau lusa. Allah mampu mencabut nyawa manusia malam ini bila manusia disalah langkahkan kebudian jatuh terjepuk ditangga di dalam rumah sendiri. Makanya, manusia boleh mengatakan ia pasti sampai ke destinasi yang dituju. Tapi, janganlah lupa bahawa pada Allah jua ketetapan yang pasti, di mana destinasi yang bakal diakhiri.

Jika tempat ini yang ingin dituju, tujulah dengan hati yang rendah diri, tidak bertindak seolah-olah terlalu superb dalam menentukan nasib sendiri dan banyakkanlah berbuat baik sesama manusia, berserah dan berdampinglah dengan tikar sembahyang memohon keredhaan Allah dan sentiasalah meletakkan ketentuan Allah mengatasi segalanya.

Nescaya akan terbentang jalan yang luas baginya laksana Boulevard Putrajaya yang mempunyai takhta pemerintahan negara di hujungnya dan mudahlah baginya untuk tiba ke destinasi yang diidamkan laksana mudahnya tekak menelan air yang telah disuamkan.

Kerana, tanpa semua itu, kita tidak tahu mungkinkah destinasi yang dituju akan berubah dengan ketentuan Allah dek kerana tamaknya, butanya hati, bengisnya dan sikap bongkaknya terhadap Allah dan membelakangkan hakikat bahawa Allah itu penentu segalanya. Sesungguhnya manusia yang sombong terhadap Tuhannya akan berada dalam kerugian.

Maka akan sempitlah laluan yang ditujunya ibarat Station Road, Tanjong Rambutan yang mana terletaknya Hospital Bahagia di penghujung jalannya sehingga perjalanannya akan menjadi laksana meminum air sejuk yang tiba-tiba panas bak air mendidih hingga tersentak kewarasan jiwa yang sedang dahaga dan melecurlah rongga kerongkongnya.

Justeru, apabila kita mengharapkan sesuatu, usahakanlah, dan tawakallah. Tiada gunanya berlagak seperti kita mampu melakukannya hanya dengan kata-kata semata-mata. Sebodoh-bodoh manusia yang kita perbodohkan dengan kata-kata kita, sesungguhnya kita lebih hina disisi Tuhan sekiranya itulah yang kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Teresa Kok Menagih Simpati

Setelah 'dipanggil' untuk 'dikuarantin' dengan ISA, blog Teresa Kok mengeluarkan kenyataan berunsur simpati. Ramai yang membuka mata tentang keperibadian sebenar Teresa Kok.

Umum bagaikan terpana seketika melihat gadis ini menampilkan diri dengan mngenakan kostum orang Melayu. Ayu dan terpinggir ke tepi rasa marah padanya selama ini. Teresa memang baik.

Dia tetap memberi senyuman walau dia tahu gambar tersebut mungkin akan disalah ertikan.

Jauh di sudut hati Hitler sekalipun ( saya tak menyamakan Teresa dengan Hitler )pasti ada rasa belas walaupun sedikit.

Namun, blognya http://teresakok.com terus mencurah artikel berunsur menarik perhatian Muslimin hatta Mukminin supaya ia mendapat perhatian orang Melayu keseluruhannya. Malang sekali, di mana ulasan pihak PAS? Mengapa hanya Sisters In Islam yang memang dikenali sebagai Wanita Penentang Islam Dari Dalam dan ABIM yang tertubuh atas paksi liberalis sosialis diambil kira?

Sisters in Islam call for freedom
September 17th, 2008 by DAP Seputeh

Press statement

12 September 2008

Sisters in Islam (SIS) calls upon the Malaysian government for the immediate release of Raja Petra Kamaruddin, MP Teresa Kok and Ms Tan Hoon Cheng who are currently detained under the draconian Internal Security Act (ISA).

As a member of the Abolish ISA Movement, SIS reiterates our strong opposition against the use of ISA under any circumstances. This draconian law that allows a citizen to be detained without trial not only violates a person’s fundamental rights, but is also against the basic principle of democracy upheld in Malaysia.

As a member of the United Nations Human Rights Council, the Malaysian government should in fact ensure for all its citizens to be able to exercise their basic right to be presumed innocent until proven guilty, the right to legal counsel and for them to exercise their citizens’ basic right for a fair trial in an open court.

Share on Facebook

Posted in Free Teresa!, Human Rights 1 Comment »


ABIM condemns use of ISA
September 17th, 2008 by DAP Seputeh

Press Statement

The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) strongly affirms that Malaysia is a country of laws not of men. We are a country which respects the rule of law and its equal application to all citizens under our Constitution and our guiding Islamic principles.

At no time should a person be detained without undergoing due process of law, in which the right to fair hearing is of utmost importance, and criminal prosecution initiated for unreasonable purposes. Such an action, regardless of the initiating party, goes against the principles of natural justice and the Syari’ah which mandates impartiality, justice and fairness. Continue Reading »

Share on Facebook

Posted in Free Teresa!, Human Rights 1 Comment »



Teresa Kok lebih molek ditahan ISA daripada dihumban ke penjara dek Akta Hasutan 1948 jika mereka dapat mengerti.

Rabu, September 17, 2008

916 : Kuasa Emas ?

Rata-rata orang menyebut tentang 16 September. Semalam ketika hendak menghantar baju ke kedai dobi regular, nyonya dobi berkata . " Apa pasal kerjia? Ini hari cuti ma! Ini hari 916. Sekolah cina pun ada tutup!". Hahaha.

Saya menjawab " Haiya. You pun berangan sama itu Anhua la!" sambil diikuti gelak tawa nyonya tersebut.

Mendengar 916, saya teringatkan emas. Emas 916. Apakah kaitannya? Bukankah kuasa Dajjal akhir zaman adalah kuasa emas semata-mata di mana semua wang kertas ditiadakan nilainya nanti. Hanya emas yang disimpan oleh penyokong Dajjal yang membuktikan bahawa sebenarnya manusia ditipu dengan kepingan kertas yang diberikan nilai dan boleh dihilangkan nilainya.

Apakah kata-kata kuasa emas yang dimiliki penyokong Dajjal itu membuatkan Anwar terbawa-bawa dengan simbolik 16 September yang juga disebut 916 dalam bahasa Inggeris-Amerika dan Cina?

Sebenarnya, perkara ini perlu dikaji sejak sebelum 16 September 1963 lagi. Mengapa 916 dipilih, dan siapa di sebalik pemilihan tarikh tersebut yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang dilahirkan pada detik simbolik Kuasa Emas.

Sesungguhnya, tiap yang mula akan berakhir. Sama ada ditangguhkan atau dipercepatkan tuhan semata-mata. Tuhan menentukannya dengan memberi petunjuk atau membutakan mata rakyat yang menolak hukumnya dan menjunjung hukum buatan manusia. 916 pasti kembali lagi tahun hadapan. Berwaspadalah.

Empat Pembinasa ?

Lagi petikan forumer dari sebuah forum dikalangan beribu-ribu forum yang wujud di internet.

Follow up: kucarkacir [msg]
17 Sep 2008, 16:30

liberalisasi media membawa kepada curahan pendapat yang tak bertapis....
yang membawa segala isu ke arus semasa tanpa wujud klasifikasi 'sensitiviti'
atas nama kebebasan bersuara... bila bertambah suara-suara pro dan kontra
berlaga di persada arus perdana... sungguh bahawa kestabilan tidak lagi mudah
dipertahankan..

mengapa ramai yang lebih menyenangi pemerintahan
diktator Tun M berbanding paklah walaupun banyak kebebasan disekat? sebab RAKYAT
umumnya lebih mahukan kestabilan politik daripada kucar kacir rektorik...

terima kasih paklah yang membebaskan anwar
terima kasih khairy, orang yang menguruskan anwar untuk ke jerman sebaik dia keluar penjara
dan terima kasih anwar sebab dogma iluminati anda membalas dendam pelobi yahudi yang
mendendami kenyataan mahathir pada tahun 2003...

tetapi.. itu hanyalah konsekuens... apakah anda tau apa penyebab asalnya? sudah tentulah TUN DR. MAHATHIR sendiri menjadi segala puncanya... apakah tiga pelakon ini sebenarnya
di kepalai oleh TUN M sendiri?

Berlalunya 16 September

Indah betul pagi 17 September ni. Indah bila 16 September berlalu seperti biasa. Cuti? Ya. Sempena memperingati turunnya ayat pertama Al-Quran pada 17 Ramadhan, maka negeri Perak Darul Ridzuan menjadikan 17 Ramadhan sebagai cuti umum.

Bukan 17 September. Yakni kununnya hari pertama kerajaan baru tertubuh. Hari ini, ular mini terus membelit rakyat Malaysia. Ular gergasi telah membelit seluruh Eropah ratusan tahun lalu dan mengakibatkan terhumbannya kuasa raja-raja dan digantikan kuasa rakyat yang dipanggil demokrasi.

Ular mini ini terus berputar-putar dalam mengejar fatamorgana bak kata Pak Lah. mende tah kata Pak Lah tu. Fatamorgana tu bukan air yang kelihatan di gurun tapi hakikatnya bukan air? Ha. Begitulah kisahnya.

Bak kata seorang forumer dari salah satu forum dari beribu-ribu forum di internet :

Follow up: rentung33 [msg]
16 Sep 2008, 22:59


Macam mana prosedur anwar nak jadi PM.????

Takkan declare kat paper atau media kata saya layak jadi PM kerana PR
sekarang dah ada simple majority.

Parlimen tak bersidang lagi.kalau tak
silap bulan oktober atau november baru bersidang lagi.

kemudiannya
kalaulah benar ada ahli parlimen nak lompat parti.Anwar kena bawak usul undi
tidak percaya pada Pak Lah.

Dalam kes yang lepas YDP Dewan menolak usul
tersebut.

Selagi YDP tak terima usul undi tak per caya selagi itu anwar
tak boleh isytihar dia ada sokongan simple majoriti.

Kemudiannya kalau
keadaan menjadi tegang di Parlimen dan anwar kat nak jumpa YD Agong.

Agong berhak untuk menolak perlantikan Anwar kerana majoriti yang beliau
perolehi adalah membelakangkan prinsip demokrasi yang mana rakyat lah yang
sebenarnya memilih parti yang mereka inginkan.

Bukankah rakyat yang
memilih ahli parlimen mereka atas tiket parti.Kemudiannya senang2 sahja ker ahli
parlimen yang rakyat lantik boleh melompat.??

Bukankah ini satu tindakan
yang mencabul pronsip demokrasi berparlimen???

YD Agong bukannya tidak
bijak membuat keputusan. Baginda boleh meminta pak lah membubarkan parlimen dan
satu pilihanraya baru diadakan untuk menentukan parti mana yang mendapat undi
majoriti yang sah daripada rakyat.

sekiranya tiada jalan penyelesaian
Baginda juga boleh mengumukan perisytiharan darurat.Dan ketika Darurat Baginda
boleh membuat SEBARANG ordinans yang perlu tanpa boleh dicabar oleh mana2 pihak.

Dengan kata lain bukan mudah untuk Anwar menjadi PM.



Begitulah. Dengan mengambil kesempatan atas keujuban, kedangkalan, kebodohan dan kerendahan akal sebilangan besar rakyat, Anwar terlalu mudah mendapat sokongan. Tetapi Anwar lupa, dia bukan Tuhan. Anwar lupa bahawa Tuhan membenci sifat-sifat takabbur, bermuka-muka dan memecahbelah yang ada dalam dirinya sehinggakan sebuah parti Islam kini berada di kakinya.

Insaflah wahai ummah. Lafazkanlah dua kalimah. Jangan manusia di jadikan tuhan. Ibarat tutur kata seorang blogger yang fanatik menjadi kasut dan selipar Anwar , " Saya rela murtad demi untuk menegakkan kebenaran." Nauzubillah Minzalik. Inikah yang PAS sekutukan?

Ahad, September 14, 2008

Bebas Tak Bererti Aman

Apabila disebut penangkapan tiga individu yang di dakwa boleh mengancam keselamatan negara adalah atas sebab keselamatan, maka ramailah yang terlompat. Ini kerana bukan sedikit yang mengamalkan politik menghasut di dalam blog-blog mereka.

Namun memang benarlah seperti apa yang pernah di lakukan oleh mantan Perdana menteri, Tun mahathir dalam mengawal instrumen media ini. Kebebasan bersuara yang mutlak hanya bertindak sebagai agen perosak semata-mata.

Jadi ternyatalah kebebasan bersuara hanya menimbulkan kucar kacir bagi sebuah negara seperti Malaysia. Kerana rakyatnya tidak matang. Ramai yang bodoh dari yang bijak. Malas membaca tetapi pakar menurut.

Jika disuruh makan tahi sebab dipropagandakan tahi itu mampu menambahkan jangkahayat sekali ganda, nescaya mereka memamahnya siang dan malam tanpa menunggu kajian saintifik kerana semata-mata percaya pada sang empunya angkara bicara.

Kesian rakyat Malaysia. Sudahlah malas membaca. Malas mengkaji, malas pula berfikir sedalam-dalamnya tentang asal-usul kejadian manusia dan orientasi kepimpinan dunia.

Jumaat, September 12, 2008

Simpan Saja RPK Selamanya

Utusan Online, Jumaat, 12.09.2008

Raja Petra ditahan mengikut ISA
12/09/2008 3:11pm


KUALA LUMPUR 12 Sept. — Penulis blog, Raja Petra Kamarudin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesah penahanan itu, berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan setelah diyakini Raja Petra boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Raja Petra ditahan di rumahnya pukul 1.10 tengah hari di bawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

“Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,” katanya. - Bernama

Ulasan

Penahanan kaki fitnah yang diibaratkan sebagai wartawan sampah ini amat wajar kerana politik fitnah dan adu domba yang diperkenalkan olehnya sejak sekian lama telah mendatang barah pada sebilangan rakyat Malaysia yang bodoh dan melulu mempercayainya.

Orang seperti ini yang mana darah hasad dan sifat dajali merupakan sebahagian dari tubuhnya tidak akan berdiam diri walaupun objektif fitnahnya terlaksana.

Siapa dapat menjangkakan seandainya ikon sembahannya, Anwar Ibrahim berkuasa di negara ini, beliau sebagai tukang fitnah akan mengadaptasi budaya fitnah amali seperti merancang pengeboman di sana sini bagi menggambarkan mantan pemerintah negara ini sedang berusaha melakukan huru hara.

Tiada yang mustahil seandainya pemanipulasi kebebasan ini terus dilepaskan memanipulasi kebebasan yang diberikan.

Humban sahaja dia ke neraka dunia selamanya.

Selasa, September 09, 2008

Propaganda : Hiburan Baru Melayu

16 September semakin hampir. Anwar Ibrahim telah menjadi Ahli Parlimen. Namun, kelihatannya propaganda beliau semakin menjurus ke arah pembohongan yang direka untuk dijadikan polemik beliau berpolitik.

Berjuta rakyat Malaysia cenderung menyokong aspirasinya. Berjuta rakyat Malaysia telah berjaya dilabunnya. Berjuta rakyat Malaysia telah khayal dengan rektorik ahli politik sembahan mereka. Kini segalanya telah menghampiri satu titik yang menentukan kesan besar buruk laku seorang pemimpin yang boleh diberi ijazah kelas pertama dalam bidang propaganda.

Sentimen membenci Anwar Ibrahim semakin ketara. Sokongan pelobi Yahudi terhadap Anwar Ibrahim mungkin pudar dan ini akan memaksa mereka menggunakan alternatif lain yakni individu dari puak satu lagi. Siapakah dia? Jawapan yang hampir pasti ialah : KHAIRY JAMALUDDIN. Tetapi biarlah ini dihuraikan di lain kali.

Menjadi keldai yang berbunyi sekuat manapun di dalam Parlimen, tidak mungkin memberi apa-apa kesan kepada Anwar Ibrahim seandainya penyokongnya tidak menokok tambah rovolusi yang dibawakannya ke jalan-jalanraya. Taktik ini tidak sesuai bagi sebuah negara yang kadar penganggurannya agak rendah seperti Malaysia. Ini kerana setiap rakyat ingin menjaga periuk nasi mereka.

Anwar Ibrahim hanya sesuai menggamatkan seterusnya mengkucar-kacirkan negara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia di mana terdapat sebahagian rakyat mereka yang lebih rela membuang masa di jalanan demi memperjuangkan aspirasi politik yang sebenarnya tidak mereka tahu halatuju buruk baiknya.

Di Malaysia, Anwar Ibrahim pantas menghadirkan rasa mual dan jemu rakyat terhadap tingkah lakunya yang bercakap besar, bersifat talam dua muka serta membuat ramalan palsu dalam menjalankan hipotesis tahap longkang pada setiap agenda yang ingin dibawakannya.

Jika tiada tuduhan liwat ke atasnya sekalipun, sikap dolak dalik dan kucar kacirnya sudah cukup membuatkan rakyat memikir beberapa kali sama ada adakah Anwar Ibrahim ini pejuang rakyat atau pedajal anjing pihak luar yang mahukan negara ini menjurus ke arah acuan yang mereka mahukan.

Namun segalanya ibarat sebuah permainan yang tidak difahami oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Jika dilihat dari konteks yang lebih dalam, Anwar Ibrahim dilihat jelas merupakan sukarelawan yang melacurkan dirinya untuk menjadi ikon sosialisme yang bakal meruntuhkan Islam secara berperingkat sejak agenda sosialisme dibawakan oleh Tunku Abdul Rahman.

Beristerikan seorang ibu tabah bertudung yang teserlah kewanitaan muslimah bukanlah tiket untuk dilabel sebagai pejuang Islam sejati. Apapun boleh terjadi dalam politik. Ini bukan soal politik Malaysia. Ini adalah soal politik dunia yang dicaturi oleh 'bangsa terpilih' yang bakal menaikkan raja mereka di akhir zaman.

Bukankah kiamat itu terlalu hampir setelah wafatnya junjungan besar Rasulullah SAW ? Bukankah kita berada di akhir zaman? Bukankah senjata untuk Raja Akhir Zaman untuk berkuasa ialah fitnah? Dan bukanlah fitnah itu akan menjadi-jadi seandainya rakyat sesebuah negara itu dapat memahami konteks ini. Sesungguhnya, rakyat Malaysia telah menjadi bodoh akibat mudahnya mereka diperbodohkan.

Setelah puas berhibur dengan rancangan TV realiti, kini orang Melayu beralih untuk berhibur dengan propaganda politik. Seandainya undian SMS diperlukan bagi setiap sokongan yang ditagih bagi sesuatu propaganda, nescaya Anwar Ibrahim mampu menjadi bertambah-tambah kaya dengan segera.

Isnin, September 08, 2008

SMART ?

Bayangkan terowong SMART yang menelan beribu juta ringgit itu telah ditutup sebanyak 44 kali sepanjang 17 bulan ia beroperasi kononnya bagi mengalirkan aliran limpahan Sungai Klang yang mampu menenggelamkan pusat bandar Kuala Lumpur.Bayangkan pula betapa seandainya ia tidak ditutup langsung sepanjang tempoh itu bagi aliran air, Kuala Lumpur akan ditenggelami air sebanyak 44 kali dalam tempoh 17 bulan. ADAKAH INI MASUK AKAL?

Untuk rekod, secara purata, pusat bandaraya Kuala Lumpur secara minimanya hanya diancam banjir 3 kali dalam tempoh 24 bulan sebelum terowong SMART beroperasi. Penyaluran air sebanyak 44 kali sepanjang 17 bulan menunjukkan seolah-olah Kuala Lumpur diancam banjir sebanyak 2.6 kali sebulan sepanjang tempoh terowong SMART beroperasi.

Adakah kadar hujan bertambah setelah terowong SMART siap sepenuhnya? Ternyatalah fenomena ini tidak masuk akal.

Penutupan Terowong SMART yang telah mengganggu kelebaran aliran trafik Jalan Tun Razak terbukti mengakibatkan lumpuhnya aliran trafik Kuala Lumpur terutamanya pada hari-hari bekerja. Beribu-ribu kenderaan terperangkap dan berjuta-juta liter petrol dan diesel dibazirkan akibat kesesakan lalulintas yang berada dalam keadaan pegun dan statik.

Apakah wujudnya terowong SMART terlalu mendahului masa apabila pihak Jabatan Pengairan & Saliran sendiri tiada mekanisma moden bagi meramalkan kadar hujan yang sepatutnya membuatkan terowong ini betul-betul dalam keadaan perlu digunakan untuk menyalirkan air banjir?

Secara logiknya, hujan lebat selama dua jam tidak mampu membanjirkan Kuala Lumpur namun, pihak SMART menutup terowongnya sebagai langkah berjaga-jaga. Untuk rekod, banjir di Kuala Lumpur berlaku hanya apabila hujan lebat mencapai empat jam secara menyeluruh di seluruh Lembah Klang Timur dan Utara.

Terowong SMART kononnya hanya memerlukan beberapa minit untuk dikosongkan dari lalulintas dan digantikan dengan pengaliran air banjir. Tetapi mengapakah ianya ditutup satu hingga dua jam sebelum air banjir dialirkan?

Sebenarnya, terowong SMART tidak boleh dijadikan bahan mainan operator JPS dalam keterujaan mereka untuk memandu air banjir sewenang-wenangnya. Satu mekanisma khusus perlu diperhalusi agar terowong ini hanya digunakan apabila ia benar-benar perlu dan satu pusat pengumpulan data paras air sungai seluruh Kuala Lumpur perlu diwujudkan bagi merumuskan satu paras khusus yang jitu bagi menunjukkan amaran bahawa terowong SMART benar-benar perlu beroperasi bagi menyalirkan air banjir.

Ini adalah penting kerana kejadian banjir di Kuala Lumpur adalah gandingan limpahan air Sungai Gombak dan Sungai Batu dan bukannya Sungai Klang semata-mata.

Hujan lebat di Ampang dan hujan gerimis di Selayang tidak memungkinkan banjir di Kuala Lumpur seandainya kadar alir Sungai Klang yang tinggi mudah untuk bertemu dengan Sungai Gombak yang hanya mencatat sedikit peningkatan.

Sekiranya ini diambil kira, tidak mungkin kita akan dimomokkan bahawa Kuala Lumpur akan banjir 44 kali dalam masa 17 bulan seandainya terowong SMART tidak bertukar fungsi. Sudah tentu jugalah akan berkurangan carut dan maki wargakota yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang tidak pernah terbayang oleh mereka sebelum wujudnya terowong ini.

Siapakah yang malu sekiranya ada pihak yang menuduh fasiliti kelas pertama ini ditadbir dengan mentaliti kelas ketiga?


Ahad, September 07, 2008

Reaksi Keterlaluan MCA & Gerakan

Nampaknya Gerakan dan MCA galak menari dengan paluan gendang Datuk Ahmad Ismail. Mereka seolah-olah berada dalam keadaan sawai dengan irama gendang Ketua UMNO Bukit Bendera itu. Mereka menganggap kata-kata Ahmad Ismail sebagai kata-kata orang UMNO atau orang Melayu keseluruhannya. Mengapakah Gerakan dan MCA menjadi kebudak-budakan?

Inilah hasilnya bagi sebuah parti yang dahulunya matang tetapi menjadi busuk akibat hilang sokongan. Mereka berasa terancam. Mendengar kenyataan Ahmad Ismail, mereka gah mahu menjaguhi isu tersebut di mata kaum mereka sendiri. Sedangkan parti Cina yang memerintah Pulau Pinang, yakni DAP terus ketawa terbahak-bahak melihat tarian mereka.

MCA dan Gerakan telah lemah. Sebab itulah mereka seperti gila isim. Sepatutnya mereka hanya perlu mendesak UMNO menyingkirkan Ahmad Ismail. Mereka tidak perlu mempunyai sentimen chauvinistik yang keterlaluan. Mereka hanya perlu katakan kepada Presiden UMNO, orang ini tidak diperlukan. Orang ini perlu disingkirkan. Orang ini perlu dikenakan tindakan tatertib.

Membuat ugutan untuk keluar dari Barisan Nasional hanya menampakkan bahawa mereka merupakan sebuah parti lembik dan tidak bersikap nasionalis. Mereka seolah-olah sasau dan sawai dan membuat pertimbangan yang agak kelakar. Ini menyerlahkan bahawa mereka merupakan sebuah parti yang lemah.

Kenyataan Ahmad Ismail mungkin didorong oleh agenda politik pihak-pihak tertentu yang sememangnya mahukan Barisan Nasional berpecah belah. Gerakan merupakan parti yang paling kuat melatah dalam hal ini. Mungkin penyakit ini datang kerana kekalahan besar mereka tempoh hari dalam Pilihanraya Umum ke 12.

Sabtu, September 06, 2008

Siapa Pengaruh UMNO Bt. Bendera ?

Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bukit Bendera nampaknya terlalu terhibur dengan politik sakit hatinya. Berbekalkan beratus-ratus penyokong totoknya, beliau sanggup mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak disenangi kaum Cina, malahan kaum beliau sendiri.

Jika beliau seorang yang bukan Islam, bolehlah dikatakan beliau sedang dalam keadaan mabuk ketika mengeluarkan kenyataan tersebut. Namun apakah beliau benar-benar sedang mabuk? Ya. Mabuk dengan sokongan yang beliau rasakan memihak kepadanya.

Beliau mungkin mempunyai masalah dengan Parti Gerakan Pulau Pinang secara tradisinya. Itu tiada siapa boleh sahkan kecuali beliau sendiri. Tetapi amat tidak wajar baginya untuk mengeluarkan kenyataan yang bersifat sedemikian semata-mata ingin menjadi jaguh.

TETAPI, APAKAH BELIAU MERUPAKAN ULAT KAYU YANG DITUGASKAN UNTUK MEMUSNAHKAN UMNO DARI DALAM? Hal ini tidak boleh dipandang ringan. Sebagai pemimpin UMNO disebuah negeri yang dikira sebagai kuburan UMNO sejak Mac 2008, berbagai anasir yang tidak kelihatan mampu berlaku.

Apa kata sekiranya beliau dibayar oleh pihak tertentu untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menyemarakkan lagi lalang agar menutupi nisan perkuburan UMNO di Pulau Pinang?

Sesungguhnya manusia itu sukar untuk ditafsirkan objektif dan modus operandinya tanpa kita melihat perwatakan dan perlakuannya secara meluas. Jika UMNO sedar, ketahuilah bahawa Datuk Ahmad Ismail tidak diperlukan dalam UMNO.