Friday, February 21, 2014

Kelembapan udara Semenanjung Malaysia menurun lagi


Udara kering dari Indo-China mula memasuki Semenanjung Malaysia ketika ini. Fenomena yang jarang berlaku ini belum diketahui impaknya bagaimana. Adalah diharapkan agar hujan tetap turun untuk mengisi empangan untuk bekalan air paip. Tetapi cuaca kering ini tidak menggalakkan pertumbuhan awan. Akibatnya kemarau mungkin berpanjangan untuk beberapa ketika lagi. 

Ini mungkin berkaitan dengan fenomena El-Nino yang diramal menjadikan 2014 sebagai tahun paling panas dalam rekod moden.


-----------------

El Niño may make 2014 the hottest year on record


Hold onto your ice lollies. Long-term weather forecasts are suggesting 2014 might be the hottest year since records began. That's because climate bad-boy El Niño seems to be getting ready to spew heat into the atmosphere.
An El Niño occurs when warm water buried below the surface of the Pacific rises up and spreads along the equator towards America. For nine months or more it brings rain and flooding to areas around Peru and Ecuador, and drought and fires to Indonesia and Australia. It is part of a cycle called the El Niño-Southern Oscillation.
It is notoriously hard to make a prediction before the "spring barrier" as to whether there will be an El Niño in a given year. "The El Niño-Southern Oscillation cycle more or less reboots around April-May-June each calendar year," says Scott Power from the Bureau of Meteorology in Melbourne, Australia.
The problem is that there is so much background variability in the atmosphere and ocean that it is hard to see any signal amidst the noise, says Wenju Caifrom the CSIRO, Australia's national research agency in Melbourne. "Even if there is a developing El Niño, it is hard to predict."

Links in the air

But now a model aimed specifically at predicting El Niño seems to be able to sift through the noise by examining a previously-unexplored feature of Pacific weather.
Previous predictions have relied on full climate models. Rather than using this traditional approach, Armin Bunde of Justus Liebig University in Giessen, Germany, and his colleagues looked at the strength of the link between air temperature over the equator and air temperature in the rest of the Pacific. The records showed that, in the year before each El Niño, the two regions became more closely linked, meaning their temperatures became more similar than at other times.
BACAAN LANJUT : NEWSCIENTIST

Chew Mei Fun calon BN PRK Kajang

Chew Mei Fun Sah Calon BN Tanding PRK Kajang
KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.
Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.
Hari mengundi PRK Kajang pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon 11 Mac.


BR1M mula dikredit ke akaun hari ini

BR1M3.0 mula dibayar hari ini dengan hasil carian Twitter menunjukkan banyak Tweet pengguna Twitter yang menyebut telah menerima BR1M pagi ini.


BR1M adalah salah satu langkah kerajaan dalam program membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah untuk meringankan sedikit sebanyak beban perbelanjaan ekoran kenaikan kos sara hidup.

Ini tahun, teman tak dapat dah. Redho saja. Bagi la kepada mereka yang memerlukan.

Ramai lelaki Islam pakai batik sutera yang haram - lupa halal haram?



KUALA LUMPUR 20 Feb. - Golongan lelaki Islam diingatkan supaya lebih berwaspada ketika membeli kain batik sutera kerana kira-kira 90 peratus kain batik jenis itu di pasaran diperbuat daripada batik sutera asli yang haram dipakai di sisi agama Islam.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abdul Kareem S. Khadaied berkata, ia kerana kain batik yang diperbuat daripada 100 peratus kain sutera adalah haram dipakai oleh lelaki Islam berdasarkan kepada hadis Rasullullah SAW.

Katanya, ramai lelaki Islam masih beranggapan mereka tidak memakai kain batik diperbuat daripada kain sutera asli disebabkan harga yang dibeli di pasaran adalah murah.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi mendedahkan perkara tersebut di Kondominium Vila Puteri di sini hari ini.

Sheikh Abdul Kareem yang juga merupakan Ahli Majlis Batik Antarabangsa berkata, terdapat tiga jenis kain sutera asli berkod 14366, 14101, 12102 yang banyak dipakai lelaki Islam di negara ini adalah haram kerana diperbuat daripada 100 peratus sutera. - UTUSAN ONLINE