Gejolak nafsu pemimpin PAS dalam menyampaikan cerita-cerita fitnah menghasut telah mematikan rasa kemanusiaan yang ada pada mereka. Contohnya apa yang berlaku di Pengkalan Pegoh, Ipoh pada 15 Januari ketika berlangsung ceramah caci maki PAS.
Sepanjang peristiwa yang menyayat hati ini sejujurnya teman agak terkilan kerana dalam masa yang begitu panjang lebih kurang sejam lebih dari arwah tumbang cuba ditenangkan oleh petugas, mengajar sebutan Allah ditelinga arwah, meninggal dunia, ketibaan ambulan dan seterusnya ketibaan kereta POLIS yang datang mengambil mayat yang telah disahkan meninggal dunia oleh unit kecemasan Ambulan..
Apa yang teman kesalkan sepatutnya terus berhentikan ceramah tersebut, bagi menghormati kematian salah seorang penyokong PAS sendiri di tapak ceramah itu yang hanya bejarak 40-50 m jer pun. sekalipun keadaan yang kelam kabut dijadikan alasan, sepetutnya petugas sudah boleh terus maklumkan kepada penceramah yang tengah melalak mencacai UMNO dan BN bagai tidak ada pa yang terjadi...
Agak berat untuk teman menerima alasan seperti itu kerana dengan jelas kita boleh nampak kumpulan manusia yang berkerumun menyaksikan peristiwa tersebut, malah kehadiran ambulan dan Polis cukup disedari. Bacaan lanjut di SINI
Sungguh jelik sikap penganjur ceramah dan sikap pemaki hamun PAS yang tidak langsung mempedulikan nasib mangsa yang merupakan orang mereka juga.



