Wednesday, August 09, 2017

10 sebab mengapa Singapura tidak boleh dibandingkan dengan Malaysia

Selamat menyambut 'National Day' ke 52 kepada Republik Singapura, jiran kita di selatan. Sempena itu, teman kongsi sedikit fakta yang membuatkan perbandingan Malaysia dan Singapura hanyalah perbuatan akal pendek.

Ramai orang bukan Melayu suka membandingkan kemajuan Singapura dan Malaysia. Adakah anda merasakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur layak dibandingkan dengan negeri Sarawak walaupun kedua-duanya berstatus negeri? Ataupun Pahang? Justeru,  bila membuat perbandingan, haruslah kita mengelak dari menonjolkan keterbelakangan pengisian otak kita.



1.  Singapura berkeluasan 720 km², Malaysia berkeluasan 335,000 km². Singapura layak dibandingkan dengan bandaraya-bandaraya, bukannya negara-negara, walaupun merupakan sebuah negara berdaulat, berdasarkan saiznya.

2. Singapura ditadbir oleh 16 Majlis Perbandaran setelah Dewan Bandaraya Singapura diserapkan fungsinya kepada pentadbiran kerajaan negaranya ketika dipisahkan keluar. Ibarat nisbahnya ialah kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (WPKL) dipecahkan kepada 5 Majlis Perbandaran.


3. Singapura kini mempunyai nilai KDNK sebanyak SGD 400 billion ketika Malaysia mencapai KDNK RM1,300 billion. Oleh kerana kedua-dua negara mendaulatkan matawang masing-masing dan mengambil kira semasa perpisahan Singapura dari Malaysia nilai MYR1.00 adalah sama dengan SGD1.00, GDP Malaysia pada 1965 adalah RM 9 billion manakala Singapura pula SGD 3 billion. Bermakna sepanjang kemandirian Singapura, ekonominya berkembang 133 kali ganda manakala Malaysia 144 kali ganda.

4. Singapura berkeluasan dan berpenduduk hampir 3 kali ganda WPKL mencatatkan GDP per kapita USD 52,000. WPKL mencatat USD 23,000 tahun lalu, yakni kira-kira 2 kali ganda sahaja. Jika membandingkan prasarana Kuala Lumpur yang banyak dibangunkan kerajaan pusat, boleh juga dibandingkan dengan fakta Kuala Lumpur tiada pelabuhan kedua tersibuk di dunia, kilang penapisan minyak, lapangan terbang nombor satu di dunia, kawasan perindustrian yang seluas Jurong dan Tuas, 200 buah bank utama dunia dan pusat penyimpanan wang hartawan serantau.

5. Singapura masih mempunyai mempunyai Johor untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan merendahkah kos sara hidup serta menaikkan kuasa beli mereka walaupun hampir semua keperluan seharian adalah bahan import. Jika matawang Malaysia setara Singapura, barulah kemandirian sebenar Singapura dapat diukur kerana harga keperluan menjadi berlipat kali ganda.

6. Singapura mempunyai ramai warga emas yang bekerja demi kelangsungan hidup kerana perlu membayar bayaran bulanan kediaman HDB di mana warga seusia mereka di Malaysia menikmati hari-hari persaraan yang tenang dan didanai oleh pencen atau kiriman wang anak-anak.

8. Dengan GDP per kapita USD52,000, Singapura mengenakan caj minima rawatan kecemasan di hospital awam sebanyak SGD 115 kepada rakyatnya, harga yang telah dipotong subsidi, manakala bagi kes seumpamanya di Malaysia yang mempunyai GDP per kapita sebanyak USD9,800, adalah percuma.

9. Singapura hanya mempunyai 4% simpanan hutan manakala Malaysia masih mempunyai 62%. Bermakna ruang bagi ekonomi Malaysia berkembang berlipat kali ganda dari Singapura adalah sangat cerah di masa depan dan ketika Bank Dunia dan IMF mengunjurkan Malaysia menyertai negara-negara berGDP USD 1 trillion pada tahun 2030, GDP bagi Singapura diunjur hanya berada pada kadar USD 400 billion.

10. Dari segi pemikiran perkauman, Perdana Menteri Singapura tanpa segan silu menyebut kepada media antarabangsa bahawasanya negara tersebut tidak mungkin mempunyai Perdana Menteri selain kaum Cina tetapi di Malaysia, mengikut sistem yang diterimapakai pemerintah, Pengerusi parti yang majoriti dalam parti gabungan yang memerintahlah yang secara teknikalnya akan menjadi Perdana Menteri tanpa mengira bangsa.

Hanya jenis muka penduduk dan keupayaan bergaul bersama yang bernuansa kemalaysiaan dan kesamaan makanan sahaja sesuatu yang identikal dengan Malaysia. Untuk menjadikan Singapura sebagai perbandingan, adalah perbuatan orang berminda ceruk. Singapura adalah Singapura dan Malaysia adalah Malaysia. Selamat Hari Kebangsaan, Singapura.