Isnin, Jun 11, 2012

BR1M dan Indeks Persepsi Rasuah


Ketua Pemuda PAS mungkin bersendirian atau memikul suara-suara yang 'rare' dalam PAS apabila menyokong pemberian BR1M pusingan kedua yang dikaji oleh kerajaan pada masa ini.

Mereka sebelum ini menyampaikan seruan Anwar Ibrahim yang menyebut kerajaan merasuah rakyat bagi menghadapi pilihanraya. Mereka kini terpinga-pinga apabila terpaksa mengerah otak untuk berfikir semula apa yang betul dan apa yang tidak pada kali imi.

Hasutan kononnya kerajaan yang memerintah Malaysia merasuah rakyat adalah satu pertuduhan yang serius. Transperancy International pasti meletakkan persepsi rasuah negara ini pada kedudukan yang buruk.

Tetapi, bekas kepala Transparency International Malaysia yang keluar dari DAP, Tunku Aziz menyebut kerajaan melakukan perkara yang betul dengan program transformasi dan membantu rakyat berpendapatan rendah.

Nampaknya pakatan pembangkang bermodalkan air liur melaung-laungkan mantera politik mereka tanpa otak mereka mengetahui apa-apa.