
Indonesia cuma mampu menang 1 - 0 ke atas Filipina dan terpaksa melupakan keghairahan mereka menewaskan pasukan itu dengan 13 -1 pada tahun 2003.
Tamat perlawanan, Indonesia dengan kesebelasan utama hanya berhasil memungut 1 gol hasil pemain Uruguay yang diIndonesiakan, Christian Gonzales dalam separuh masa pertama.
Untuk rekod, perlawanan Vietnam dan Filipina dalam gelanggang Piala AFF Suzuki 2010 beberapa hari lalu menyaksikan Filipina mengalahkan Vietnam 2-0.
Kemenangan 2-0 juga dicatat Malaysia ke atas Vietnam semalam dan ini menunjukkan bahawa kekalahan Malaysia kepada Indonesia dengan 1 gol berbalas 5 mempunyai maksud yang tersembunyi.
Pun begitu, kekuatan Filipina yang dilihat bertambah berlipat kali ganda perlulah kita kaji dan contohi. Namun, Filipina cuma memperoleh keputusan seri 1-1 menentang Singapura dan seri 0-0 menentang Myanmar dan itu bukanlah menunjukkan sesuatu yang agak cemerlang.
Walaubagaimanapun, Indonesia akan sekali lagi berhadapan dengan Filipina di bumi Indonesia kerana tiada stadium di Filipina yang memenuhi syarat AFF, dengan berbekalkan 1 gol.
Malaysia, berbekalkan 2 gol, dituntut untuk memperoleh lebih banyak gol di Hanoi, Sabtu ini, dan memastikan tempatnya di gelanggang perlawanan akhir terjamin mantap.
Dan sudah tentu kita mengharapkan Indonesia berjaya ke peringkat akhir kerana apa yang dikatakan perlawanan sebenar Malaysia-Indonesia memang sedang ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak tanahair.
Ini kerana Malaysia membawa nama yang sangat besar kepada maksud, satu-satunya pasukan 100% anak tempatan, dengan jurulatih tempatan yang beraksi di peringkat ini. Buktikan Malaysia Boleh!




