Khamis, September 24, 2009

Provokasi Dari Negara Jiran Memaksa Kita Bersatu

Gesaan perpaduan untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya amat penting buat masa ini setelah melihat sentimen luar sempadan yang mula memperdebatkan tentang cacamarba demografi kaum di Malaysia. Lebih buruk sekali ialah apabila ianya diperdebatkan oleh golongan yang jahil tentang Malaysia.

Di forum-forum Indonesia, kehangatan 'gaduh mulut' yang buat kesekian kalinya disebabkan oleh tarian Pendet keluaran Singapura telah membawa kepada perdebatan berhubung komposisi kaum di Malaysia di mana, kononnya berlaku ketidakadilan sosial dalam sistem di Malaysia ke atas orang Cina dan India.

Selain itu juga, terdapat forumer-forumer Indonesia yang pantas memprovokasi integriti antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan tuduhan mengenai tuntutan kemerdekaan Sabah dan Sarawak dari malaysia dan ini memanggil puak haluan kiri di sana untuk memberanikan diri menyuarakan pandangan.

Memang difahami bahawa di Sabah dan Sarawak, terdapat pihak-pihak tertentu yang mempunyai rasa tidakpuashati tentang 'pembolotan' hasil bumi Sarawak yang sebenarnya mereka sendiri pun tidak tahu bagaimanakah kira-kira yang digunakan oleh pihak perbendaharaan berhubung royalti kepada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Namun, kewujudan forum-forum sedemikian telah memberi ruang kepada mereka untuk mendalami ketidaktahuan berbanding mencari ilmu agar setaip mereka tahu bahawa apa yang disediakan Malaysia untuk Sabah, Sarawak, malah semua negeri di Malaysia sebagai tahap paling adil yang boleh dicapai berdasarkan konsep menang-menang dan kesemakmuran bersama.

Seharusnya, golongan intelek Malaysia tidak harus berasa takut akan sikap puak-puak ultra-Indonesia yang hanya mengulangi makian dan carutan tanpa memberi ruang kepada perbincangan. Makluman berhubung fakta yang memperkukuhkan kedudukan Malaysia perlu disampaikan dengan jelas dan tajam agar akhirnya golongan ultra-Indonesia ini bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan cara berilmu.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan di kalangan forumer Indonesia ialah penguasaan puak Cina dan Kristian dalam dunia internet Indonesia. Tidak sedikit forumer ultra-Indonesia yang kembali memikirkan tentang perdamaian dan perbincangan setelah menyedari mereka di adu domba oleh provokator bukan Islam yang tidak diketahui asalnya.

Justeru, golongan inilah yang perlu dicari oleh forumer Malaysia agar satu jalinan strategik dapat dilaksanakan antara dua pihak dan ianya menjadi 'kerajaan belia' untuk kedua-dua negara yang hakikatnya mendambakan sebuah negara yang dipimpin oleh golongan muda.

Sebuah ungkapan forumer Indonesia yang agak menyentuh perasaan penulis dapat dipetik dengan antara lain berbunyi " Cukuplah dengan maki-maki yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia di sini. Ianya gara-gara pengadu domba kafir yang mahu memecahbelahkan Nusantara. Kita beruntung kerana beragama Islam dan setiap orang Islam adalah bersaudara.

Silalah melawat Forum Topix ini.

Isnin, September 14, 2009

Indonesia Digegar Saka Bung Karno?

Tengku Abdul Rahman mungkin tidak digemari di Indonesia kerana sebab beliaulah, Sukarno menjadi begitu marah akan Malaysia. Ini jelas kerana Tengku merupakan pemimpin Malaysia yang bertanggungjawab memandang sepi seruan Indonesia Raya yang ditaja Sukarno lalu meminta bantuan Inggeris memerangi Komunis yang merampas pemerintahan Malaya dari Jepun.

Di Indonesia, pemergian Jepun dalah kekalahan mereka memberi peluang Sukarno berunding dengan jeneral Jepun terakhir di Indonesia bagi 'merampas' keluasan tanah Belanda.

Tetapi sentimen di Indonesia menganggap bahawa Majapahit melalui Perdana Menterinya telah berkembang ke seluruh Nusantara pada abad ke 14. Perdana Menteri yang masyhur itu tentulah Gajah Mada. Gajah Mada menggunakan 'nusa antara' yang disebut 'Nusantara' bagi negeri-negeri jalinan diplomatiknya di luar empayar Jawa yakni Kerajaan Majapahit hinggalah perkataan tersebut kekal menjadi Nusantara.

Jika ada rakyat Nusantara mahu kegemilangan Gajah Mada menjadi kunci kegemilangan Indonesia, negara tersebut secara teknikalnya perlu dinamakan Majapahit. Tetapi itu pasti menjadi tentangan bagi wilayah kejauhan dalam Indonesia itu sendiri.

Jika ini disensasikan oleh media tidak bertanggungjawab, sudah tentulah perkataan Nusantara menjadi bahan klaim lagi.

Berbalik kepada Tengku Abdul Rahman, beliau memanggil British kembali adalah kerana kelengkapan senjata pihak komunis adalah hebat kerana ianya biayaan British kepada gerakan Malayan People Anti Japanese yang 90% dianggotai oleh pendatang China yang menjadi mangsa pembunuhan Jepun.

Semasa Jepun berangkat keluar, MPAJ telah bertukar fungsi dengan pengaruh Komunis meresapi keseluruhannya dan pembalasan dendam dibuat ke atas orang Melayu Islam yang sebelum itu bekerjasama dengan Jepun dalam urusan pentadbiran dan percukaian. Ramai imam, penghulu, ketua kampung dang pegawai kerajaan berbangsa Melayu dibunuh dengan kejam.

Sukarno tidak dapat mencampuri urusan ini kerana 'Indonesia' ciptaannya itu sendiri sedang bermati-matian menentang Belanda yang cuba masuk kembali setelah Jepun menyerah kalah. Maka untuk apa Tengku perlu dipersalahkan apabila Sukarno sendiri terlalu mementingkan diri.

Akibatnya, ramai tokoh haluan kiri Malaya yang menyokong idea Sukarno terpaksa merempat di Sumatera dan terpadam cita-cita mereka.

Hakikat yang tidak diketahui oleh rakyat Indonesia adalah pada tahun-tahun konfrontasi 60an, pihak Amerika dan Britain yang merupakan 'tok guru' Tengku telah menyarankan agar satu konspirasi dibuat dengan mereka mengebom kapal di Selat Melaka dan menuduhnya sebagai perbuatan Indonesia. Tujuan utama ialah untuk mereka dapat masuk mencampuri ketegangan di Nusantara dan menyerang dan merampas Indonesia. Tengku menjawab :"TIDAK, MEREKA SEBANGSA DAN SEAGAMA DENGAN SAYA. SAYA TIDAK BENARKAN ITU TERJADI"

Dipetik dari : Nusantara

Sabtu, September 12, 2009

Ketegangan Di Dalangi Pengikut Gus Dur?

Siapa sangka, andainya pertikaian segelintir rakyat Indonesia ke atas negara Malaysia yang mengganggu Nusantara itu didalangi oleh "cawangan" Anwar Ibrahim di Indonesia, yakni pemimpin NU, Gus Dur.

Gus Dur banyak diberitakan di Malaysia sebagai penjunjung Islam liberal yang turut diperjuangkan Anwar Ibrahim.

Pengikut Nahdlatul Ulama pula bukanlah sedikit. Jika pemimpinnya mampu menarik picu, nescaya para pengikut mereka akan melakukan 'tembakan' dengan taksub.

Saling kait antara Anwar Ibrahim dan Gus Dur banyak telah tergambar di blog-blog di Malaysia sebelum ini dan terdapat bukti-bukti Gus Dur menerima anugerah kehormat tajaan gerakan Yahudi.

Sama ada mereka adalah para Iluminati atau apa jua yang berkait dengannya, Kebarangkalian bahawa kekacauan seperti "sweep Malaysia" yang dilakukan tentunya di dalang oleh pihak tertentu yang mahu memperolehi kepentingan politik walaupun terpaksa melangkaui sempadan antarabangsa.

Ada juga diceritakan tentang Gus Dur kononnya buta sebelah matanya kerana bersujud mensyukuri bumi Israel. Tidak kurang pula cerita tentang dakwaan pemimpin wanita bawahan Gus Dur membuat ucapan di luar negara dengan menyebut homoseks dibenarkan Islam.

Jika pihak perisik dapat merungkai persoalan ini maka mudahlah sentimen masyarakat "pak turut" dipulihkan dan di arah ke perkara lain yang lebih penting.

Sebarang taktik mengaut keuntungan politik dengan memperjudikan kestabilan rantau Nusantara sepatutnya dikutuk dan seharusnya masyarakat umum tidak mudah emosi dengan sogokan propaganda.

- Dipetik dari Bangsa Nusantara