Friday, April 10, 2009

Penduduk Parlimen Tambun Berbesar Hati Perlantikan Husni Sebagai Menteri Penuh

Perlantikan Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Menteri Kewangan II diramal dapat memberikan keyakinan baru terhadap Melayu Ipoh yang rata-rata, tidak mempunyai masalah dengannya. Penyusutan undi majoriti kemenangannya dari 17,000 undi pada 2004 kepada 5,700 undi pada 2008 hanyalah faktor BN Pusat semata-mata.

Respon-respon yang diperoleh dari semua golongan penyokong kerajaan atau pembangkang, Melayu, Cina atau India, dari pekan Tambun hingga Chemor, Taman Meru dan Manjoi, mengalu-alukan perlantikan beliau sebagai menteri penuh.

Berikut adalah sedikit sebanyak latarbelakang Ahmad Husni Hanadzlah :

Datuk Ahmad Husni Hanadzlah merupakan Menteri Kewangan Kedua Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Tambun di Perak.Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Fauziah Kamarudin.

Kerjaya
1978 - Pengurus di AsiaVest Merchant bankers Berhad
1997 - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
2001 - Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
2002 - Pengerusi MATRADE
2003 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

Politik
1983 - Mula menyertai UMNO cawangan Sungai Rokam
1983 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1985 - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1987 - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1993 - Ketua UMNO Bahagian Tambun



Beliau yang banyak berusaha untuk memajukan kampung melayu terbesar di Malaysia, Gugusan Manjoi hingga sebuah stadium mini terpacak di tengah-tengah Gugusan Manjoi itu mungkin akan membawa pembaharuan lebih lagi dalam menarik golongan pengundi di Parlimen Tambun untuk memberi mandat lebih besar kepadanya pada PRU 13 nanti.

Diharapkan agar manifestasi blog ini yang terbina untuk menjadikan Tambun sebagai kubu BN akan tercapai dengan perlantikan Husni sebagai Menteri Kewangan II.