KEJADIAN BIASA
A) Tanah yang menggelungsur menimbun di lapisan keras tanah yang mendatar dan menimpa kediaman di lapisan atas. Kematian pasti tinggi.
B) Paras Air Bumi berada pada paras sekata dan stabil di bahagian tanah keras yang mendatar.
C) Pembentukan tanah keras yang mendatar adalah disebabkan oleh posisi lapisan batuan di dalamnya yang mempengaruhi kontur kawasan sekitar.
D) Air bawah tanah mengalir turun dengan laju atau berkumpul menjadi tepu akibat fizikal tanah sekitar yang terdiri dari zarah kasar dan poros, untuk kestabilan pengaruh graviti ke atas air bumi.
KEJADIAN DI BUKIT ANTARABANGSA 6 DISEMBER 2008
A) Tebing yang kegagalan menggelungsur dan terperosok ke bawah lapisan atas permukaan tanah. Rumah akan beralih, terjungkit dan pemampatan lapisan atas memusnahkan rumah-rumah kediaman di atasnya. Api tepercik akibat pergeselan tetulang konkrit struktur rumah yang bergesel, dinding rebak dan pecah serta pokok-pokok tumbang satu demi satu kelihatan apabila rumah-rumah tersebut mula bergerak. Rumput di halaman naik separas bumbung. Ramai yang mampu menyelamatkan diri.
B) Tanah bawah kediaman yang lembut dan poros menjadi laluan air atau telahpun menakung air membolehkan runtuhan rebak hingga terbenam ke bawah lapisan permukaan tempat kediaman dibina.
C) Lapisan batuan adalah condong dan lapisan tanah yang menempatkan kediaman tidak berada dalam kedudukan stabil dan membolehkan pergerakan bumi berlaku apabila tiba masa matangnya sesuatu proses di sesuatu tempat itu.
D) Air bumi mengalir selari dengan lapisan batuan untuk mencari paras air bumi yang stabil dan menghentikan pengaruh graviti yang membuatkan ianya akan terus bergerak ke kawasan yang lebih rendah.
PUNCA?
Mungkin disebabkan oleh aliran air turun tidak melalui alur semulajadi yang telah diubah untuk meratakan tanah. Akibatnya satu aliran bawah tanah terbentuk mengikut laluan semulajadi mengikut pembentukan asal lembah tersebut berdasarkan lapisan batuan. Apabila tanah dalam keadaan tepu, ia mampu bergerak mengikut tarikan graviti apabila ia melepaskan tenaga pergerakan yang terpendam. Ia boleh berpunca dari aliran air hujan atau kebocoran paip air, longkang dan sistem pembentungan dalam jangkamasa yang agak panjang.