Dengan 90% penduduk Melayu dalam perumahan hampir 10,000 penduduk, lihat sahaja perlambangan di tiang bendera di bawah. Ini adalah satu-satunya bendera DAP di dalam kawasan ini. Tetapi di mana kedudukannya.
Bukan sahaja penyokong BN merah mata, penyokong PAS juga begitu.
Lagi cerita tentang Taman Perpaduan. Istimewanya Taman Perpaduan ini adalah kerana ia menjadi PDM simpanan tetap Barisan Nasional walaupun ketika krisis politik semasa PRU 11, 1999 dan PRU 12 , 2008.
Belum pernah lagi kawasan ini diserang dengan parafernalia pilihanraya pembangkang seperti yang berlaku kali ini.
Dpikatakan erebutan kerusi DUN Hulu Kinta antara dua calon PKR, Thinakaran dan Shamsul telah menjadi punca tunjuk-menunjuk kuasa usaha menaikkan bendera dikalangan mereka.
Selain itu, Ketua Srikandi PKR yang akan menentang Menteri Kewangan Kedua di kerusi parlimen menghangatkan lagi persaingan di dalam parlimen Tambun.
Namun, keadaan di Manjoi masih belum sehebat di Taman Perpaduan ini. Mungkin sahaja kerana dimalukan dengan 60 orang yang menghadiri ceramah PKR bulan lepas, maka mereka melepaskan dendam dengan cara ini.
Thinakaran yang merupakan seorang usahawan yang berjaya, dikatakan telah mengeluarkan perbelanjaan berpuluh ribu ringgit untuk berkempen bagi dirinya.
Natijah pemburuan kakitangan pilihanraya yang menjanjikan imbuhan cantik punya membuahkan hasil apabila beberapa orang pemuda tampil membantunya.
Dengan beberapa kerat pekerja, mereka menjalankan kerja sepanjang malam dan hasilnya, Taman Perpaduan kelihatan seperti kubu kuat PKR walaupun hakikatnya tidak. Malah DAP ditonjolkan sebagai pemimpin mereka dalam kibaran bendera bertiga. Semua merah mata. Titik eye-mo saja tak guna. Dekati orang muda dan buat kerja.