Wednesday, May 01, 2013

Gempar : Bapa Saiful Buat U-Turn, Dakwa Kes Liwat Bukan Konspirasi. Apa Kes?

Menafikan anaknya diliwat konon pengakuan dipengaruhi pihak tertentu. Mengiyakan anaknya diliwat konon penafian dipengaruhi pihak tertentu. Hidupnya mudah benar terpengaruh dgn orang ye? Semoga Saiful Bukhari mendapat keadilan sewajarnya. Oh, tak lupa juga, semoga Tulang Besi mendapat tulang sewajarnya. Haha.


Bapa Saiful tarik balik permohonan maaf kepada Anwar, dakwa kes liwat bukan konspirasi

OLEH MD IZWAN
MAY 01, 2013
KAJANG, 1 Mei ― Bapa kepada Saiful Bukhari hari ini membuat keputusan mengejut apabila menarik balik permohonan maafnya yang dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu, mendakwa beliau telah dipengaruhi pihak tertentu untuk bertindak sedemikian.
Pada 8 Mac lalu, Azlan Mohd Lazim (gambar) dalam satu sidang media tertutup telah meminta maaf kepada Anwar dan sekeluarga, mengakui kes liwat melibatkan anaknya adalah satu konspirasi politik.
“Saya hari ini ingin menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ingin menegaskan kes liwat anak saya adalah benar.
“Ia bukan satu konspirasi politik,” kata Azlan dalam satu sidang media di Ibis Styles Hotel disini.

Malaysia Berkestabilan Politik, Berbirokrasi Yang Baik, Kurang Konflik Rasuah - IMF


SINGAPURA 29 April - Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meletakkan Malaysia, selain China di kedudukan teratas negara-negara sedang membangun di Asia daripada segi ukuran kekuatan institusi tempatan, yang dilihat berkesan menjana pertumbuhan ekonomi dengan baik.

Definasi kekuatan institusi oleh IMF bermaksud kestabilan politik, keupayaan birokrasi yang baik, kurangnya konflik dan rasuah dalam sesebuah negara.

Antara negara yang berada di kedudukan terbawah ialah Indonesia, India dan Filipina.

Laporan Petunjuk Ekonomi Serantau Asia Pasifik oleh IMF itu menyebut, institusi kerajaan sesebuah negara itu penting terutama sekali bagi melancarkan pertumbuhan ekonomi dalam mencapai status negara maju.

Perkara itu menurut IMF, amat penting dalam membendung berlakunya 'perangkap pendapatan sederhana', iaitu fenomena apabila ekonomi terbantut dan sukar beralih daripada negara membangun kepada status maju.

Pertubuhan itu turut menggariskan prestasi institusi yang lemah juga mampu menjadi penyebab berlakunya gelembung aset yang tidak terkawal.

Walaupun negara-negara di Asia yang berpendapatan sederhana (MIE) kurang terdedah kepada ancaman kelembapan ekonomi di Eropah, namun kekuatan institusi kerajaan dianggap tunjang penting bagi membezakan sama ada sesebuah negara itu mampu berkembang atau tidak.

IMF baru-baru ini telah menurunkan jangkaan pertumbuhan China, India, Korea Selatan dan Singapura bagi 2013 dan 2014. Sebaliknya, meningkatkan prospek pertumbuhan Malaysia khususnya dalam jangka pendek.

"Rata-ratanya pertumbuhan ekonomi Asia tahun ini akan berada di sekitar 5.75 peratus, berlandaskan permintaan luar dan domestik yang kukuh," menurut Pengarah IMF bagi wilayah Asia Pasifik, Anoop Singh kepada pemberita di Singapura.

IMF turut menasihati India, Filipina, China dan Indonesia supaya terus memperbaiki institusi kerajaan dan ekonomi masing-masing khususnya wujudnya masalah di dalam aspek pembangunan infrastruktur. - REUTERS