Jumaat, September 07, 2012

Azhar Idrus Enggan Jadi Calon PAS?


Mungkin kerana sikap jelik PAS yang terlalu meliberalisasikan dasar-dasar Islam mereka demi DAP, Azhar Idrus menolak untuk dicalonkan sebagai calon PAS dalam PRU 13. 

Dia mungkin juga gusar dengan nasib yang menimpa Nasharudin Mat Isa sekiranya tiba giliran untuk dia memperbetulkan langkah sumbang PAS di kemudian hari.

Atau mungkinkah dia menantikan satu referendum seluruh ahli PAS supaya merayu dia dicalonkan agar dapatlah dia mempamerkan kekuatannya seperti mempamerkan kekuatan jentera Ferrari.

Katanya, dia tidak mahu terbabit dalam politik pilihanraya kerana mahu berdakwah dalam caranya sendiri. Namun jika dalam setiap ceramahnya, pasti akan ada elemen menghina UMNO dan melambung PAS, tersendiri apakah namanya?

Same old, same old.

Azhar tolak jadi calon Pas

KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Penceramah bebas, Azhar Idrus yang kini menjadi sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 
Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Azhar enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri. 
"Beliau merupakan ikon khususnya dalam kalangan generasi muda, jika beliau berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi beliau sudah menolak 
"Difahamkan, beliau menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama beliau tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.