Tuesday, April 08, 2014

Trafik Jalan Ampang - Jalan Tun Razak - Bila keegoan setiap individu menjana kebodohan berkumpulan




Gambaran trafik Kuala Lumpur di persimpangan Jalan Ampang - Jalan Tun Razak yang tersebar di media sosial petang tadi ini dapat kita terjemahkan sebagai menunjukkan bagaimana aliran halatuju Pakatan Rakyat.

Ini adalah contoh apabila keegoan setiap individu di dalam aliran berbeza yang bersekongkol demi menjana kebodohan berkumpulan yang menjadi menjadi konflik halatuju mereka.

Untuk menguraikannnya salah satu aliran perlu dihentikan. Ini bermaksud salah satu parti perlu ditendang keluar dari Pakatan Rakyat. Apakah PKR dan PAS akan menendang DAP? Itu mustahil kerana proksi DAP memenuhi kuota bukan Melayu dalam PKR .

Masih mengusahakan pepecahankah wahai orang Islam?  Fikirkan. 

Pokok Bungor memberi 'musim bunga' kepada Malaysia



Semenjak hujan turun menamatkan musim kemarau, pokok bungor siam atau nama saintifiknya lagerstroemia loudonii telah mengeluarkan bunga lebih banyak dari biasa dan ini menarik perhatian umum kerana berlaku ketika musim bunga di hemisfera utara.

Bungor sendiri mempunyai akar nama yang berbunyi bahawa tumbuhan itu terkenal kerana bunganya.

Fenomena musim bunga yang sedang berlaku di negara ini banyak kelihatan pada pokok bungor yang ditanam secara meluas sebagai tumbuhan lanskap.

Musim kering di semenanjung yang berakhir hujung bulan lepas menyebabkan berlaku 'musim bunga' di mana-mana kawasan yang ditanam pohon bungor secara meluas sebagai pohon lanskap.

Gambar di atas ialah di Putrajaya.