Friday, July 19, 2013
Ulama Syiah Keluar Fatwa Kontroversi : Boleh Minum Ketika Berpuasa
Menurut Pemimpin Ayatollah Asadollah Bayat Zanjani, mereka yang tidak tahan dengan dahaga yang keterlaluan, boleh meneguk sedikit air untuk menghilangkan rasa tersebut.
Katanya, tindakan itu tidak akan membatalkan puasa kerana tujuannya adalah untuk survival dirinya.
Namun, fatwanya pantas disangkal oleh Pemimpin Ayatollah Nasser Makarem Shirazi yang mengatakan setiap puasa yang terbatal haruslah digantikan pada hari yang lain.
Beliau telah menyangkal 'fatwa' yang membolehkan seseorang itu minum ketika berpuasa.
Laporan media juga telah merujuk fatwa dari Pemimpin Tertinggi, Ali Khamenei dan Pemimpin Ayatollah Ali Sistani yang mengatakan 'keadaan lemah atau dahaga tidak membenarkan seseorang itu membatalkan puasanya'.
Bagaimanapun, Zanjani yang berpengkalan di kota suci Qom, berkata Islam membenarkan seseorang itu 'rehat' dari berpuasa.
Katanya ia bergantung kepada keadaan iklim dan geografi tertentu, seperti di Iran yang waktu puasanya boleh menjangkau sehingga 16 jam sehari pada musim panas.
Jelasnya bagi mereka yang jatuh sakit atau puasa itu menambahkan lagi kesakitannya, atau mereka yang kerja berat sepanjang hari boleh meneguk sedikit air untuk mengembalikan tenaga mereka.
Kata Zanjani, mereka ini tidak perlu menggantikan puasa mereka pada hari yang lain.
"Imam Sadegh (imam Syiah keenam) sendiri pun telah membolehkan seseorang itu minum untuk menyelamatkan nyawa mereka," tambahnya.
Abby Abadi Sudah 12 Hari Menikah
SAYA BUKAN JANDA LAGI.... - ABBY ABADI
"Ya memang betul saya sudah berkahwin," jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.
Surat Untuk Rasis Jahat
Surat untuk Namewee
Kuala Lumpur.
YO Bro! Whats Up!
Mungkin ayat di atas melayakkan saya mendekati dan berkawan dengan anda sepertimana yang berjaya dilakukan beberapa individu, artis dan juga Menteri Melayu. Tetapi, saya orang Melayu. Jika saya mahu berkawan saya akan gunakan pendekatan Melayu kerana perlembagaan Malaysia jelas mengatakan Bahasa Kebangsaan kita adalah Bahasa Melayu.
Saudara Namewee,
Saya berharap agar anda sihat dan bahagia dengan kehidupan anda sekarang. Walaupun anda pernah menghina agama Islam dengan cara anda, menghina lagu Negaraku dengan RAP anda, menghina bendera Malaysia bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati anda dan sebagainya, anda tetap hero dan idola kepada kaum anda. Ini jelas terbukti melalui filem arahan anda yang box-office selain mendapat sokongan daripada korporat Cina serta penggiat industri filem Cina.
Pada Ramadan tahun ini, selepas lebih enam tahun anda menghina Islam, Melayu dan Malaysia, seperti yang kami jangka, didikan dan hasutan anda kepada jutaan Cina lain khususnya anak muda remaja yang lain telah berjaya. Alvin dan Vivian hanya merupakan dua orang daripada berjuta apprentice anda yang akan meneruskan legasi 'rasis jahat' anda.
Sebagai anak ibu Cina, saya mengaku ibu saya mempunyai sikap perkauman yang kuat kepada bangsanya iaitu Cina. Namun ibu juga mendidik saya agar saya juga bangga dengan kaum saya sama ada Melayu atau Cina, dengan menjadi seorang 'rasis baik' yang menghormati hak dan perasaan kaum lain.
Tidak seperti anda Namewee, anda sebaliknya dididik ibu anda untuk berbangga menjadi 'rasis jahat' yang hanya menghormati hak dan perasaan kaum anda sahaja dan menghina hak dan perasaan kaum lain.
Saudara Namewee,
Saya berdoa kepada Allah agar anda diberi kesihatan dan nyawa yang panjang. Hidayah jika itu kehendakNYA. Saya amat berdoa agar anda terus hidup untuk menyaksikan kesan daripada satu tindakan anda. Tindakan yang pada anda mudah, senang dan heroic tetapi kesannya panjang dan amat mudarat kepada rakyat Malaysia yang bakal didiami oleh anak cucu anda.
Sejarah Wikipedia mencatat anda sebagai ahli seni yang berjaya dan tidak langsung menceritakan yang anda meminta maaf kepada rakyat Malaysia bagi mengelak tindakan ke atas anda. Tetapi saya pasti, sejarah akan mencatat anda sebagai pencetus utama kepada hubungan serta keharmonian kaum di Malaysia.
Terma ini amat dibanggakan anda buat masa ini kerana anda akan terus dianggap hero oleh kaum Cina. Walaupun Buddha mengajar penganutnya berdamai dan menghormati hidupan lain waima semut, maka jelaslah ramai penganut Buddha seperti anda sudah banyak terpesong daripada ajaran Buddha. Saya katakan anda terpesong kerana saya pernah membaca 'kitab' rakan Cina saya, seorang Buddha SGM. Jelas ajaran Buddha adalah baik hati, baik tutur, baik makan, baik badan, baik nafas, baik penglihatan dan baik segala yang ada di dunia.
Mungkin bila anda mati Buddha akan mengecilkan anda kerana memesongkan pemikiran serta mengotorkan hati penganut Buddha Malaysia.
Saudara Namewee,
Apa jua kepercayaan agama kita, kita semua tidak dapat lari daripada hukum alam. Kita akan tua, akan berkahwin, akan mempunyai anak dan akan mati.
Pada masa itu, anda mungkin masih tidak akan menyesal walaupun berjuta orang Cina dikotori jiwa mereka oleh anda, dihina tamadun dan nilai bangsa Cina yang sopan oleh bahasa kesat anda.
Anda sudah pasti tidak menyesal walaupun beratus Melayu Islam ditangkap polis kerana marahkan anda serta anak-anak didik anda. Jauh sekali anda tidak akan peduli walaupun berjuta Melayu terus dihambat masalah nilai maruah kerana tiada tindakan diambil terhadap anda dan banyak lagi kesan yang anda tidak pernah fikir, jauh sekali menyesal.
Tindakan anda pada masa lepas telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada berjuta orang. Saya pasti agama anda mengajar anda nilai kemanusiaan tapi mungkin anda bukan seorang penganut agama yang baik. Sebagai rakyat Malaysia, saya memberi anda jaminan, saya dan ramai lagi akan mengingati anda sebagai punca kepada 'segalanya'.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130718/fo_01/Surat-untuk-Namewee#ixzz2ZRmKj0Us
© Utusan Melayu (M) Bhd