Sunday, March 29, 2009

Pak Lah

Kami bangga teramat sangat
Dirimu berundur dengan martabat
Demi kehendak mereka rakyat
Yang sudah pandai menulis riwayat
Dengan fitnah seumur hayat

Janganlah ini menjadi sebab
Akan bermula singkapan hijab
Naik turun menjadi kerap
Tukar PM andai tersilap
Kekuatan bangsa menjadi malap

Chedet tidak memegang tangan
Namun dirimu dibuang jangan
Khairy meragut darimu ketenangan
Dirimu tetap berhati ringan
Ambil langkah mencuci tangan

Cekalkan hati kuatkan sabar
Politik begini memang mencabar
Jalannya sempit bukanlah lebar
2004 tidur 2008 sedar
Ketentuan itu bersukat kadar

Kini dirimu telah bebas
Besarlah hati bergema syabas
Terpasang layar di laut lepas
Tanpa gelora datang menghempas
Lupakan politik usah diimbas

Ipoh Malay
Kg. Malay Reserve,
Tambun, Ipoh.

Mampukah Tun, Najib, M'din Jadi Kuli Rakyat?

Keterharuan menjadi satu bibit emosi yang bermain di benak para penyokong UMNO melihat Tun M kembali sudi menyertai persada kepemimpinan UMNO. Sebagai mantan PM yang paling disegani dan blogger paling popular, Tun M kini memperoleh semula kabinet didikannya.


Simbolik kedudukan Tun M dalam barisan pemimpin UMNO dalam gambar ini memperlihatkan bahawa antara Perdana Menteri keenam dan Perdana Menteri kelima, Tun M berdiri menjadi 'penasihat' seolah-olah memastikan ada keterbatasan komunikasi antara mantan PM 6 tahun dengan PM Baru.

Najib dan Muhyiddin barangkali dipandang Tun M sebagai golongan yang tidak terdetik untuk menjadi separatist seperti ahli UMNO yang terkeluar menjadi Semangat 46 pada 1988 dan PKR pada 1999.

Namun disebalik seluruh keyakinan AKAR UMBI atas perubahan kepimpinan seperti yang dimahukan, kami tetap memerhatikan pucuk pimpinan dengan pandangan yang tajam.

Jangan terlalu gembira kerana akar umbi lebih berkuasa. Kami di akar umbilah yang membuatkan segalanya berubah hari ini. Kamilah yang memprotes hingga jatuhnya 5 negeri. Kamilah yang berkuasa.

Dan turutilah kehendak kami. Kamu itu bekerja untuk kami. Bukankan kuasa rakyat itu yang kamu semua laung-laungkan?