Dipercayai 70 hingga 80% dari mereka yang pro-pembangkang, aktif menulis blog, menjalankan perang saraf dalam media sosial dan blog serta mengutuk pemerintah secara terbuka dalam perbualan sesama teman dan keluarga berdasarkan isu yang disuap oleh 'kilang' mereka.
Ini kerana. rata-rata penyokong pembangkang terdiri dari masyarakat bandar yang melihat sambungan internet di rumah adalah satu kemestian. Tambahan pula untuk meluahkan kebencian dan menikmati kemeriahan alam hina menghina saban siang dan malam.
Sementara itu pula, dipercayai 70 - 80% dari mereka yang pro-pemerintah bersikap berdiam diri, berlagak neutral dan bersikap enggan terjerat pertelingkahan mulut dengan teman atau keluarga di alam nyata dan alam media sosial ,yang berfahaman politik bertentangan oleh kerana sifat agresif kumpulan besar tersebut telah mecipta halangan untuk kebebasan menyatakan sokongan.
Jumlah ini kecil kerana faktor tersebut dan juga faktor ketidakpedulian golongan luar bandar terhadap media sosial dan rasa ketidakpentingan untuk melayan puak penentang yang fanatik-fanatik belaka.
Rejim pembangkang tanpa segan silu memaparkan sudut limbah kempen mereka contohnya sehingga sanggup menyerang Facebook Michelle Yeoh dengan hinaan kotor dan buta pekerti kerana aktres antarabangsa itu menyeru sokongan untuk Najib Razak.
Pemimpin pembangkang pula, walaupun mempunyai ramai penyokong yang kecoh, 'hidung tinggi', provokatif dan jaguh keyboard di mana-mana sehingga majoriti rakyat hanya diam dan memerhatikan, tidak pernah sekalipun mengeluarkan nasihat yang menyentuh akhlak penyokong mereka sendiri walaupun berkelakuan biadap dan mencipta fitnah-fitnah.
Jika pada PRU12 BN mendapat 4.082 juta undi popular berbanding PR yang mendapat 3.796 juta, bermakna terdapat hanya terdapat lebih kurang 1 juta aktivis politik pro-pemerintah di tersebar di mana-mana dalam negara ini berbanding kira-kira 2.8 juta di pihak pembangkang.
Tidak hairanlah mereka kelihatan kuat di dunia maya, media sosial dan di kedai kopi dan penyokong pembangkang yang telah membentuk pola berfikir di atas paksi kebencian, mereka tidak akan ada rasa perlu untuk menghormati pilihan orang lain kerana mereka sendiri berpendapat bahawa mereka tidak memerlukan penghormatan dari sesiapa. Sifat menonjol diri mereka ini bertitik tolak demi kelihatan ramai di persada sosial.