Tuesday, February 09, 2010

Mengapa Pakatan Rakyat Menjadi Platform?

Hilang kepercayaan: 100 ahli PKR sertai UMNO

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Gara-gara tidak lagi percayakan kepimpinan yang mementingkan agenda peribadi berbanding nasib rakyat, 100 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim nekad keluar parti dan menyertai UMNO.

Mereka yang merupakan ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak turut mendakwa hilang kepercayaan kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap terlalu elit sehingga melupakan tugas selaku wakil rakyat.

Kumpulan itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di pejabat badan itu di sini malam ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan badan itu.

Perkembangan tersebut merupakan tamparan hebat kepada parti itu apatah lagi pada saat-saat kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dibicarakan di mahkamah.

Sementara itu, menurut Norasidi, keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang desakan.

"Kami yakin UMNO dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesejahteraan rakyat,'' katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Ulasan

Selamat pulang dan ayuh kita strukturkan UMNO di kawasan-kawasan tersebut agar ia relevan dan bersesuaian dengan masa dan isu. Namun, apakah tindakan ahli UMNO kawasan mereka ini? Melayan mereka sebagai 'saudara yang baru' atau menyambung ikatan lama yang terputus?

Atau lebih buruk, menganggap mereka sebagai orang-orang yang terbeban dek penialain lampau mereka yang merugikan UMNO kawasan tersebut? Lalu 'dikuarantinkan'?

Sebenarnya, segalanya akan lebih licin, penuh diplomasi dan akan mengundang rasa berbesar hati yang tinggi andainya pemimpin sesebuah kawasan itu silih berganti. Jika demikian, mungkin bukan angka ratus sahaja yang dicatatkan, malah mungkin ribuan.

Kebanyakan penyokong PKR adalah ahli UMNO yang terpelanting akibat ribut dalam cawan sesebuah kawasan. Dari titisan terpelanting inilah mereka mencari jalan memakai isu nasional dengan agenda setempat.

Seandainya caligula-caligula yang telah memimpin cawangan selama berbelas tahun ini berganti dengan orang yang mereka lebih senangi dan tidak ada sejarah konflik pertikaian silam, nescaya mereka akan meninggalkan perjuangan "mata dajal" yang mereka sendiri akui sebagai palsu dan ibarat dahan rapuh tempat menumpang bergayut cuma selagi belum patah untuk jatuh terduduk.

Fikirkanlah.

Istimewakah Tren Laju Ipoh - KL ?

Khabar angin bertiup bahawa tambang tren berkelajuan tinggi Ipoh-KL-Seremban agak tinggi. Dikatakan tambang Ipoh ke KL akan berada dalam sekitar lebih RM40.00. Tren ini akan beroperasi April 2010. Dari 6 unit, hanya 1 unit yang dikhabarkan telah tiba untuk proses pentauliahan kakitangan.

Tren ini, yang dinamakan ETS ( Electrified Train Set ) akan beroperasi pada kelajuan 140km/j dan ia masih tidak selaju ERL yang bergerak pada kelajuan 160 km/j. Ini difahami kerana negara ini masih menggunakan trek 1.1 meter. Trek ini adalah acuan British untuk Malaya dan Siam.

Tetapi, tren tersebut sebenarnya hanyalah mainan yang datang kepada hartawan-hartawan yang berasal dari Ipoh dan hidup kaya raya di KL. Bukan untuk rakyat biasa. Rakyat biasa perlu terus menyerbu tren-tren kelabu yang menyediakan tambang murah.

Tetapi ada juga khabar angin menyebut bahawa set tren tersebut adalah keluaran defect product syarikat tersebut. Malah ada yang menyebut tren terpakai.

Namun, kerja 10 tahun yang diambil untuk menzahirkan perkhidmatan ini masih belum jauh lari dari apa yang penulis fikirkan.

Bayangkan di zaman British, dengan menggunakan kudrat pekerja kontrak Tamil, dalam 10 tahun telah beribu-ribu kilometer landasan dibina dengan memotong bukit dan menebuk terowong.

Tetapi, semalam, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir, mengumumkan bahawa kerajaan negeri sedang berbincang dengan pihak KTMB untuk membina "Ipoh Sentral" di tengah-tengah bandaraya Ipoh.

Dipetik dari Utusan 9 Februari :


Untuk Ipoh - KL, 10 tahun masa diambil. Itulah kejuruteraan rel Malaysia yang semakin lama semakin sukar. Sesukar penumpang yang akan berfikir dua kali untuk menaiki tren laju tersebut.

Melihat pada tambang ERL yang berharga RM35 dari KLIA ke KL Sentral pada jarak 70km membuatkan penulis berfikir bahawa tambang Ipoh - KL yang berjarak 210km itu masih dikira berada on second highest dalam kadar-kadar tambang rel.

Di sebalik second highest, ia juga dikira sebagai second fastest dalam mobiliti rel negara ini. Tetapi yang dibimbangi jika tren tersebut benar-benar second hand seperti spekulasi liar yang bertiup.