Ada sebab orang Cina menyokong Anwar. Mereka tidak suka kepada Anwar pada 1999 kerana Anwar terbabit secara langsung atau tidak dalam gerakan mengocak rantau Asia Tenggara pada tahun 1997.
Kejatuhan Suharto membuatkan orang Cina Indonesia yang berjumlah 10 juta, menjadi mangsa kekejaman 'pribumi' ke atas mereka pada bulan Mei 1998. Ini membuatkan Cina Malaysia yang berjumlah 7 juta orang mahu Dr. Mahathir meneruskan pemerintahan.
Ketakutan pada Anwar sangat menghantui mereka. Keindonesiaan Anwar jelas hingga mampu mempengaruhi Tv3 yang dipaksakan bahasa baku dalam beritanya sehingga menyerupai Indonesia.
Perlakuan membakar, menyiksa, merogol dan memusnahkan orang Cina dan apa yang mereka miliki berleluasa di Jakarta pada ketika itu. Angka kematian ditutup pemerintah Indonesia.
Selepas BJ Habibie menjadi Presiden sementara di saat Indonesia baru ditumbangkan sistem yang tenteram, Gus Dur menjadi presiden yang cukup penggal.
Gus Dur merupakan sahabat Anwar dan mereka bedua adalah pendukung utama Jaringan Islam Liberal (JIL) yang semakin ditentang di Indonesia.
Gus Dur telah membebaskan kaum Cina dari sekatan budaya. Tahun Baru Cina dijadikan cuti umum dan tulisan Cina dibenarkan. Keseronokan kaum Cina di Pulau Jawa terpampang hingga ada tokong yang mendewakan Gus Dur.
Indonesia dibebaskan untuk Cina yang hilang akar budaya selama 65 tahun secara undang-undang. Melihat dari kejayaan yang diberi Tuhan untuk Cina Indonesia yang menjadi bebas, Cina negara ini diarahkan oleh ejen Anwar untuk memperjuangkan misi yang belum selesai di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Mereka tetap akan sokong Anwar walaupun Anwar berbuat onar di pentas Dataran Merdeka.
Sebenarnya mereka boleh terus bersikap demikian dengan syarat semua orang Melayu bersatu menolak Anwar. Saat itu mereka akan merasa rugi kerana tidak bersama pemerintah yang popular. Dengan kata lain, ini salah Melayu sendiri.