Thursday, February 05, 2009

UMNO Perak Buktikan DAP Parti Racist

Zahid Hamidi menyebut dalam rancangan TV1 kira-kira jam 10.10 malam tadi bahawa sudah tentu BN akan mempunyai exco dari MCA dan MIC ataupun DAP yang mahu menjadi calon Bebas pro-BN.

Lihatlah betapa BN Perak merupakan sebuah gabungan yang adil dan bersifat ikhsan. Mereka menunjukkan bahawa walaupun dengan kekuatan 29 Melayu, (27 UMNO, 2 Bebas) dan 2 Cina (tanpa India), BN bersedia melantik exconya mengikut komposisi kaum termasuk kaum India!

Adakah DAP mengamalkan sikap ini? SUDAH TENTU TIDAK! Jadi, SIAPA YANG RACIST?

Zahid Hamidi turut membidas segolongan besar kaum India yang tidak mengundi calon MIC sehingga membuatkan tiada calon MIC yang boleh dilantik untuk mewakili kaum India.

Sekali lagi, UMNO yang dituduh parti perkauman, menunjukkan siapa yang lebih perkauman. UMNO atau DAP?

Zambry MB BN Campuran Perak

NST Online, 5 February 2009

IPOH, Thurs:

7:47pm: The PM says the Sultan of Perak has consented to swear in Pangkor assemblyman Datuk Dr Zambri Kadir as the new Perak Menteri Besar at 3pm tomorrow at Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. The other 30 assemblymen will be sworn in on Tuesday at 10am at the same venue.

Ulasan

Penulis mengalu-alukan pemilihan Zambry A. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Beliau merupakan pemimpin yang disenangi rakyat terutama di DUN Pangkor. Semoga pembangunan Lumut sebagai bandar pelabuhan Perak akan bertambah dan semoga projek Perak K-2010 yakni program pembangunan rakyat sofistikated yang tergendala dapat diteruskan. Setinggi-tinggi ucapan tahniah!

Anwar Mahu Desak Sultan!

NST Online, 05.02.09 Thursday

IPOH, Thurs (5:10pm):

5:08pm: Pakatan Rakyat has decided to defy the Sultan of Perak's ruling that their Menteri Besar and his Exco resign following defections from their ranks to the Barisan Nasional that has compelled the collapse of the 11-month old state government. PR leaders have described the BN's coming into power as a "coup."

Pakatan Rakyat leaders are claiming that the alliance of DAP, PKR and Pas was still in power. The PR leaders also claimed that they have not received official notice to vacate the state government.

According to beleagured Menteri Besar Datuk Nizar Jamaluddin, PR leaders plan to seek another audience with Sultan Azlan Shah with a more persuasive argument that the Ruler dissolve the state assembly.

"Alternatively, if the Sultan refuses, then the PR will seek a special session of the State Legislative Assembly to be convened to table a vote of no-confidence against the new BN government," he said.

Meanwhile, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has an audience with Sultan Azlan at 6pm. Reports have spread that the new BN Menteri Besar will be sworn in at this time.

Ulasan

PR mahu mendesak Sultan Perak supaya berfikir sekali lagi. Saya tak berpendapat bahawa Sultan Perak memberi pandangan majoriti dalam suara Istana. Sudah tentulah Raja Nazrin, Raja Muda Perak yang terkenal adil, yang memberi pengaruh.

PR yang diketuai Anwar berpendapat, sekiranya Sultan tetap pendiriannya, PR akan mengadakan undi tidak percaya kepada kerajaan baru BN kerana menuduh ianya 'rampasan kuasa'. Dengan BN Campuran yang mempunyai 29 wakil Melayu dan 2 wakil Cina, Anwar menyeru tentangan ke atas tindakan MELAYU PERAK RAMPAS NEGERI DARI D.A.P.

Nampaknya kuasa Dewan Negeri hendak digunapakai. Adakah ia menyebelahi mereka? Hee Yit Fong, ADUN Jelapang yang menjadi faktor sasaran mereka.

Jika BN berjanji melantik wakil MCA dan MIC dalam barisan exco dua tiga kerat, BN Perak akan mendapat mandat yang lebih besar kerana ihsan mulia dan menunjukkan DAP adalah parti rasis.

Rakyat Perak Tolak Pakatan Rakyat?

" Cuba korang fikir, ekonomi tahun ni slow. Kerajaan Pusatlah yang merupakan jalan akhir jika ekonomi kucar kacir. Pakatan Rakyat tak langsung merangka ekonomi negeri dengan pragmatik dalam menangani kris ekonomi peringkat negeri.

Perak telah jatuh terduduk masa harga timah jatuh. Kami tidak mahu jatuh lebih bawah lagi. Pakatan Rakyat menghabiskan masa dengan membelanjakan wang rakyat.

Exco Pakatan Rakyat memakaikan plet AFD 66 yang dikeluarkan pada Camry baru. AFD keluar di JPJ pada tahun 2004. Bukankah ini memiliksendirikan harta negeri?

Mana rancangan ekonomi negeri Perak? Kami tak mau rektorik! Cuba tanya tauke-tauke Cina di Ipoh, kenapa Pakatan Rakyat tak bagus? Mereka pasti menuduh kerana Ngeh dan Nga membolot semua peluang yang ada.

Ekonomi sedang tenat, mereka juga perlu duit. Perbendaharaan negeri cacamarba. Cukai tetap naik.

Tanyalah, orang Perak yang tidak berpolitik. Semua tidak mahukan pilihanraya. Suma berpendapat bahawa lebih elok BN memerintah disaat ekonomi tak cantik ini.

Pakatan Rakyat cuma akan memufliskan negeri. Korang tak nampak ke yang Sultan pun tak suka? Cuma bukan orang Perak je yang beria-ia mintak pilihanraya. Kami yang tanggung, kami yang patut bagi pendapat!

Teman rasa kalau komer nak sangat rebut negeri ni, baiklah bagi kerajaan Perak kepada Sultan balik. Takde DUN. Pilihanraya pun bior Parlimen je !! "


ipohmalay : ye tak yer juger...

Sultan Titah Nizar & Exco Letak Jawatan!

Utusan Online, Khamis, 5 Februai 2009

Sultan tidak perkenan pembubaran DUN Perak

05/02/2009 3:01pm

IPOH 5 Feb. – Sultan Perak Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

“Sekiranya Mohammad Nizar tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan,” kata kenyataan itu. – Bernama

Ulasan

Lupakan siapa calon MB Perak. Penulis menyokong siapa sahaja yang dilantik kerana penulis percaya, mereka yang bakal dilantik pasti mempunyai kriteria yang dikehendaki.

Tuanku Sultan jelas tidak menyenangi kerajaan PR. Tuanku Sultan lebih melihat kepada kesejahteraan rakyat. Dan jelas, Tuanku Sultan menolak pembubaran DUN malah mengarahkan MB Nizar serta exconya meletak jawatan.

Ini bersesuaian dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang memperuntukkan mana-mana Menteri Besar yang tidak lagi dipercayai oleh majoriti ADUN supaya meletak jawatan bersama-sama exconya.

Sebenarnya, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, telah lama memberi isyarat tentang perbuatan kerajaan PR yang sesuka hati mengekah tanah negeri ini melampaui bidang yang mereka ada.

Inilah akibatnya mereka yang mendahului kuasa sultan. Penyokong PR luar Perak mungkin setia menyokong PR Perak. Tetapi Melayu penyokong PR di Perak telah hilang rasa hormatnya terhadap pakatan DAP-PAS-PKR ini.

Ini bukan Permatang Pauh, bukan Kuala Terengganu. Ini adalah Perak Darul Ridzuan. Rakyat akan mengundi mengikut budi bicara Sultan Perak. Waima pilihanraya DUN sekalipun, rakyat Melayu akan mengundi mengikut sentimen istana dan rakyat Cina Perak akan mengundi MCA bagi menghantar wakil mereka ke dalam kerajaan negeri.

Ini adalah Negeri Berdaulat. Tangan-tangan yang tidak sepatutnya, tidak layak untuk mencaturi pentadbirannya apatah lagi tangan yang tersembunyi, penuh kekotoran dan tidak 'suci'.