Khamis, Disember 02, 2010

Kedah Dicadang Tuntut Semula Pulau Pinang

ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.

Ulasan

Blog ini telah lama berpendapat bahawa Pulau Pinang harus dikembalikan semula kepada kerajaan Kedah. Kerajaan pusat yang masih membayar RM10,000 sebulan kepada Kedah atas sewa pajakan Pulau Pinang, secara logiknya boleh menyerahkah sahaja Pulau Pinang kepada Kedah.

Lagipula diktator Lim Guan Eng yang menyemarakkan sentimen autonomi di Pulau Pinang adalah pemain taktik licik yang cuba memisahkan Kedah dan Pulau Pinang dengan garis yang jelas walhal Kedah dan Pulau Pinang perlu disatukan kembali seperti Dinding bersatu dengan Perak.

Soal ini tidak boleh disamakan dengan pembayaran Kerajaan Pusat kepada Kesultanan Suluk kerana Kesultanan Suluk mahu Sabah dimajukan oleh Malaysia. Tiada tuntutan.

Tetapi Pulau Pinang yang semakin hari semakin bertingkah dan berulah, perlu diajar tentang dasar sejarah yang banyak tidak difahami oleh PENDATANG.

Ya. hanya pendatang yang tidak faham sejarah. Andakah anda pendatang? Jika tidak, buktikan anda bukan pendatang!

Hapus Ketuanan Melayu = New Malayan Union

Hapuskan Ketuanan Melayu? Bolehkah hapuskan wang Melayu sekali? Boikot Melayu! Kalau Melayu tidak menjadi penentu kuasa beli yang menjana ekonomi, barulah ketuanan Melayu itu hilang. Tak begitu?

Hakikatnya apa yang dilaungkan oleh PKR yang menjadi jurucakap DAP dalam PR itu semata-mata menghidupkan 'Malayan Union' versi baru. Kerat telinga kalau Anwar itu berani menyanggah kewujudan raja-raja. Tetapi dia seronok kerana niat nya yang di back-up puak anti Melayu. Niatnya cuma mahu jadi Perdana Menteri.

Malayan Union versi baru ini agak ganas malah lebih teruk kerana ia melibatkan jumlah besar umat Islam berbanding 65 tahun lalu.

Kalau dulu, British yang menekan orang Melayu hingga keluar ke jalanan membantah, lalu UMNO tertubuh. Kali ini, masyarakat bukan Melayu yang menyerang Melayu agar liberalisasi demokrasi dan tatanegara dibuat dendam terhadap UMNO dididihkan.

Amat tegas tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan berlakunya kebangkitan besar-besaran yang akhirnya merugikan negara. Puak pengkritik kerajaan dari golongan rakyat di Indonesia sendiri terkesan dengan perbezaan pemerintahan sesudah reformasi.

Beza konteks hari ini dengan masa yang lalu hanya satu. Kuasa beli Melayu. Jika ini berjaya dikecilkan, maka majoriti akan menghurung pai yang kecil. Maka negara akan bergerak dari yang kaya semakin kaya, dan miskin semakin miskin.

Jurang seperti di Indonesia akan jelas dan lebar. Golongan sedia kaya menjadi terlalu kaya. Golongan sederhana menjadi mengecil. Golongan pendapatan rendah pula menjadi majoriti utama. Sebab itulah Anwar Ibrahim selalu melakukan 'studi banding' di Indonesia.

Ini Punca Khalid Gagalkan Langat II

Punca utama Khalid Ibrahim menggagalkan projek penyaluran air dari Pahang sudah dapat diduga. Ya! Duga. Boleh dipertikaikan kalau sudi. Punca utama ialah kerana Pakatan Rakyat mahu 'menjual' Sg. Kelang ke Singapura. Dari Singapura, rakyat Selangor akan membayar harga air yang lumayan kononnya 'lebih baik dari SYABAS'. Baca petikan ini :

Selangor to ink RM50b Klang River clean-up agreement
July 01, 2010

SINGAPORE, July 1 — The Selangor state government is expected to sign the Points of Agreement (POA) with companies it has appointed to rehabilitate and develop the Klang river within the next two months.

This latest development was revealed by Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim during a special briefing at the ongoing Singapore International Water Week here, according to the event organiser today.

The Selangor government had earlier appointed three companies to carry out the Klang River rehabilitation project that is expected to attract RM50 billion (US$15.4 billion) worth of investments.

The companies are TSS-Mako Engineering Sdn Bhd, GJA Engineering and Construction, and Wessex Water I-Bhd Consortium.

Cleaning up the river will take place within the first two to three years, involving RM1 billion for treatment and another RM1 billion for development. — Bernama


Tak susah melihat mainan politik orang yang sepanjang hayatnya bermain politik dalam syarikat-syarikat besar. Apabila SYABAS yang diprojeksikan bankrap akibat subsidi itu diganti konsortium air Singapura, harga pasti lain. Atau air mentah percuma untuk Singapura buat selama-lamanya mungkin termaktub jika mereka memerintah negara.

Bukan soal kedekut air, nak free jangan sampai korup. Ini soal siapa dibelakang projek RM50billion yang sudi dikeluarkan oleh syarikat Singapura itu? Memang disebut proses rehab itu cuma RM2billion. Tetapi projek pelaburan apakah hingga RM50billion? Pastinya berkaitan sungai yang direhab maka tentulah air minum!

Dan mana Selangor ada RM50billion. RM50,000 juta. Pastilah itu inisiatif swasta dari syarikat Singapura tersebut. Kan? Haiya! Tambahan lagi, Khalid terlalu banyak menyebut bahawa alasannya menggagalkan projek itu adalah untuk mempertingkatkan potensi air Sungai Klang yang diproses.

Dia mengajak masyarakat berubah dari meminum air gunung, kepada meminum air proses dari sisa najis, pepejal, longkang, air pasar, air cuci kereta, air cuci jalan, air loji najis yang bersatu. Malah dengan harga yang tinggi. Harga sebuah teknologi.

Dia menipu rakyat Malaysia dengan cara yang kononnya halus tetapi sangat kasar di mata kita. Pada masa yang sama, poketnya kembung. Itulah hasrat utamanya. Anwar dapat juga sebillion dua tu. Nap-shot.

Permohonan Status Bumiputra Perlu Diwujudkan

Bunyi cadangan ini macam tidak Malay-Centric. Tetapi ia sangat Malay-Centric jika dilihat dari satu sudut. Apa bagusnya idea ini? Idea ini lah jalan terbaik bagi menamatkan polemik Bumiputra dan non-Bumiputra di negara ini.

Hanya dengan menjalankan temuduga secara panggilan berdasarkan pendaftaran ke atas non-Bumi, pemilihan proses pembumiputraan dapat dilakukan. Lebih kurang seperti SPA lah. Kriteria semestinya mengenai kefasihan dan duga cara guna dan cara laksana Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian seseorang itu perlulah dilakukan. Lawatan ke rumah pemohon juga perlu dilakukan.

Kriteria sebagai seorang Bumiputra tidak susah. Hanya dengan memiliki MyKad dan mengutamakan Bahasa Melayu dalam semua segi kehidupan, seseorang yang berasal dari benua lain yang telah meninggalkan bahasa benua lain itu dan mengamalkan budaya dan bahasa setempat, seseorang itu layak dibumiputrakan.

Langkah ini akan membuatkan penyanggah bumiputra akan mengunci mulut mereka sendiri kerana kebanyakan mereka tidak layak dibumiputrakan. Bahasa Melayu mereka bak tongkang pecah.

Sedangkan personaliti-personaliti terkemuka seperti Prof. Lim Swee Tin, seorang sasterawan Melayu yang menggunakan 90% bahasa Melayu dalam kehidupan mereka di rumah, telah lama wajar dianggap sebagai bumiputra.

Pertama kerana kefasihan beliau, isteri dan anak-anak dalam Bahasa Melayu yang di amalkan dirumah. Kedua kerana penghargaan dan pengorbanan mereka dan rasa cinta mereka terhadap Bahasa Melayu yang sangat tinggi. Ketiga, kemuafakatan keluarga beliau yang berazam untuk berasimilasi.

Jika nak sebut peratusan Bumiputra yang menggunakan bahasa benua lain, bukan tak ada 'Bumiputra' yang dalam UMNO yang adakalanya masih bertutur bahasa Tamil sesama keluarga. Sudah tentu ini bukanlah kesalahan.

Teman percaya bukan sedikit bukan Melayu di negara ini layak dibumiputrakan. Ini juga mendorong Bahasa Melayu menjadi perkasa secara tiba-tiba dan akhirnya ia menguntungkan peradaban Melayu negara ini.

Apabila status Bumiputra terdapat pada kad pengenalan rakyat Malaysia yang layak, tanpa mengira kaum, yang jelas tiada siapa yang rugi. Kecuali mereka yang tak turut serta berasimilasi.

Toyota Etios. Kereta Mampu Milik Yang Mungkin Akan Dinafikan!

Toyota baru melancarkan kereta termurahnya di India. Toyota Etios. Dan tentunya kita mahukan kemurahan kereta tersebut kekal jika ia memasuki pasaran tanahair! Soalnya bolehkah ia masuk? Jika masuk, apakah ia semurah itu? Maka untuk Malaysia, Toyota boleh buang terma 'mampu-milik' tersebut.

Teman sokong pemerintah negara ni 99%. 1% yang teman tak sokong ialah berkait harga kereta! Kalau kereta Proton & Perodua mahal, itu disebabkan kilangnya terletak dalam negara ini. Sila pindahkan kilang Proton & Perodua ke India atau negara-negara Afrika!

Berbalik kepada Etios, kereta sedan yang murah ini dijual mulai dari 496,000 - 686,500 rupee atau sekitar RM34,480 hingga RM47,730 ! Lebih kurang harga SAGA!

Toyota menyediakan 6 pilihan warna iaitu Harmony Beige, Vermillion Red, Serene Bluish Silver, Symphony Silver, putih dan hitam seperti seperti yang dipetik dari web rasmi Toyota,hari ini, Khamis 2 Dis 2010.

Etios berkuasa enjin 1.5 liter mampu menjana sehingga 80 kuasa kuda. Toyota juga merancang untuk melancarkan Etios versi hatchback. Toyota berjanji akan mula memasarkannya pada April 2011.

Dengan design yang menarik, Etios dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS, EBD dan SRS airbag (untuk pemandu dan penumpang).

Berat kereta tersebut hanya 890 kg. Maka ia akan menggunakan bahan bakar efisien untuk pemanduan dalam bandar.

Proses memajukan Toyota Etios yang memakan masa 5 tahun dan telah diuji 200,000 km dengan melibatkan jurutera India. Sebelum ini, Toyota sudah mempamerkan versi prototype Etios di India Motor Show awal tahun ini.

Apakah Toyota Etios akan tiba dinegara ini? Apakah harganya semurah itu? Jika mahal, baik tak usah. Buat sakit hati jer. Sangat sakit hati.