Pemimpin MILF Murad Ebrahim, terus menyelar Nur Misuari dan menyatakan bahawa bukan Malaysia yang menuntut Sabah kerana Sabah berada di Malaysia. Beliau juga menegaskan bahawa bukan Filipina yang menuntut Sabah.
Menurutnya lagi, bukan Malaysia yang menawar diri untuk menjadi orang tengah rundingan damai antara MILF dan Filipina tetapi Malaysia dijemput Presiden terdahulu, Gloria Macapagal Arroyo.
Dia turut menyebut bahawa apa yang dikatakan oleh Misuari adalah merepek.
Berbeza dengan di tanah air, sahabat Misuari yang enggan mengecam pencerobohan yang didalangi Misuari terus disokong oleh pemimpin 'Islam'.
Terbaru, seorang Mursyidul Am sebuah parti yang kerap menonjolkan diri sebagai jaguh dalam mempertahankan Islam dengan selamba menyebut " kalau Anwar tempang sekali pun, kalau dia dah cerdik, terima je la."
Itu menunjukkan PAS menerima sesiapa sahaja yang cerdik tidak mengira latarbelakang apapun.
Tidak hairan jika berlaku pencerobohan tentera Yahudi sekalipun, oleh kerana Yahudi itu 'cerdik'; maka kita boleh tahu apa ulasannya.