Rabu, Mac 31, 2010

Sidang DUN Perak Dicemar Puak "Sekolah Jahat"

English version attached below

Sidang DUN Perak yang berlangsung pagi tadi kecoh apabila kesemua 28 wakil rakyat pembangkang bersikap luar profesionalisma mereka sebagai wakil rakyat, lalu menjadi wakil diri sendiri dalam agenda mencerca pemerintah yang juga diundi oleh separuh lagi rakyat.

Kepala boneka, Nizar Jamaluddin yang menyuarakan bantahan dari suara Nga dan Ngeh, mengambil jalan "sekolah budak jahat" dengan menganggap bahawa kemeriahan cuma ada apabila provokasi bodoh dibuat.

Akhirnya mereka keluar Dewan dan sidang petang ini telah cacat akibat tindakan keluar Dewan oleh wakil rakyat bodoh dari Pakatan Rakyat yang tidak langsung menggambarkan mereka adalah wakil kepada rakyat yang mengundi mereka kerana permasalahan di kawasan mereka itu dianggap 'normal-grouses' atau rungutan biasa.

Semalam Ngeh Koo Ham dengan nada samseng kongsi gelap Cina dengan selamba menyuarakan bahawa kehadiran polis di dalam Dewan memungkinkan mereka ditembak jika menyuarakan sesuatu yang tidak disukai ketika perbahasan.

Itu adalah contoh peguam kampung Chin Peng yang kehabisan idea namun tetap mahu menunjukkan dia adalah seorang peguam yang sengaja melakonkan watak Cina kebun demi undi.


The morning session of Perak state assembly tarnished by the PR hooligans in a kiddo act, away from profesionalism and turning their people representative into self-representation. Forget they may, half of Perakian are voting for BN.

The puppet, Nizar Jamaluddin is leading the mission to carry out Ngeh and Nga's voice and utter out a circus of enlightened monkeys in a house of representative of a sovereign state. They plan for a chaotic correctional school students atmosphere and for that, they wish to entertain the people with provocation.

Abjectly, the resuming session is now dilapidated by the attitude of PR's monkeys that choose to halt down by walking out of the assembly. I wonder if this content of an ingeneur and two lawyers is now in a transition into uncivilized ancient sapien.

They put all the constituency problems into normal grouses and try to link it with flaws that they impose by manipulation of law to made exist in federal affair.

Yesterday, Ngeh Koo Ham, the Chin Peng town representative in his kiddo statement yet like some big shot from the Chinese underworld (as his face give a serious impression) that sounded like, IF THE POLICE ARE THERE IN THE DEWAN, THEY MIGHT SHOOT US DEAD IF THEY UNHAPPY WITH OUR WORDS. Isn't it stupid for a lawyer to make such statement?

Aren't they all, not suit to be there represent the now downhearted rakyat that vote them? Ngeh is telling the nation that a well educated lawyer is capable to act like an uneducated Chinese farmers just for votes.

New Economic Model. How New?

Amazing enough to look upon our PM doing alot of homeworks just to ensure our nation become a high income country.

But all this while, doesn't we are lazy enough to accomodate innovation prodigies, to encourage mass economic income from our very own invention and having chances and opportunities taken for granted?

Braindrain is an acute phenomenon in this lovely country. Most are caused by the paradoxial thought of this country is not promising. OK, let them go. We have no lack of researchers if we could polish the brass to get it glittering like gold. A bad penny always turns up.

Let me list down things that we did neglect previously.

1. With abundance of valuable rubber commodity and a good prospect of concrete technology, we are not having our engineers invent an earthquake proof houses for billions of people worlwide that prone to the disaster.

2. With most people worldwide are seeing car as unaffordable mode of own transportation, we are not having our Modenas produce a low cost bike to accomodate the needs of billions.

3. With shores exceeding 3000 km for a 300,000 sq km country , Malaysia had never be a top scorer in maritime industry and to start it now, we should look on the cost that it bear. Worth it or worth it not?

That is a mere examples that I have superficially. I believe that a first thought which is correct, is always better than an overnight study.

MEB : Kerja Kerajaan Atau Kerja Rakyat?

Model Ekonomi Baru telah dibentangkan oleh PM semalam yang menyaksikan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi sedang giat dilaksanakan dan tumpuan diberikan kepada bidang pembangunan dan penyelidikan.

Sebagai rakyat yang merupakan komponen utama membentuk sebuah negara demokrasi, usaha ini wajar disahut dengan melakukan anjakan paradigma dan untuk menjadikan GDP Malaysia meningkat sekali ganda dalam tempoh 10 tahun, hakikatnya, banyak perkara yang sebelum ini menjadi kekangan perlu diatasi.

Jika kita tidak mahu bercakap mengenai Korea Selatan, Sepanyol yang berpendapatan hampir sama dengan Malaysia pada tahun 1980 hari ini telah jauh meninggalkan Malaysia.

Beza antara dua negara ini ialah, Korea Selatan memajukan negara dengan industri pembuatan manakala Sepanyol pula dengan industri pelancongan dan bolasepak bernilai tinggi yang kita sedia maklum.

Kita banyak menjadikan syarikat-syarikat perjudian berlesen di negara ini sebagai modal untuk kempen pilihanraya. Tetapi, cukai perjudian yang dikutip sedikit sebanyak membantu proses pembinaan prasarana di negara ini mengikut kesesuaian takrifan hasil cukai judi itu sendiri.

Pembenci Malaysia di Indonesia menuduh cukai judi digunakan untuk membina masjid. Memang kelakar, namun, jika ini tidak diperbetulkan, ia mampu menjadi fakta anutan yang hakikatnya tidak berasas. Hakikatnya, masjid di Indonesia tidak disenaraikan sebagai prasarana umum oleh pemerintah negara itu sendiri.

Berbalik kepada soal negara berpendapatan tinggi, apakah kita sebenarnya telah bersedia untuk mengubah sikap para saintis dan teknologis negara ini agar menaiktaraf profesionalisma masing masing dari pengkhidmat kepada pencipta.

Contohnya, Malaysia dengan hasil getah dan teknologi konkrit, belum pun pernah mempromosikan kediaman tahan gempa yang berpotensi menggugat kehidupan 2 billion penduduk dunia.

Walaupun penulis tidak berminat menonton apa jua perlawanan bolasepak, wajar penulis menyebut kemunduran bolasepak Malaysia banyak disebabkan oleh kekurangan nilai tambah yang jika di Eropah, dikuasakan oleh agen-agen perjudian berlesen. Bukan menyokong judi bolasepak, tetapi hakikatnya bolasepak itu sendiri adalah permainan perjudian.

Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang telah 53 tahun berdiri atas kedaulatan sendiri, masih belum mampu menggerakkan industri pembinaan kapal.

Malaysia yang kadar telefon bimbitnya melebihi jumlah penduduk negara masih belum lagi menguasai bidang elektronik semaju Korea Selatan walaupun berbilion orang di dunia ini memiliki komputer yang mana prosesornya dibuat di Malaysia.

Jadi, Model Ekonomi Baru yang sedang dirancang untuk kepesatan jangka pendek demi kemajuan jangka panjang ini adalah bergantung sepenuhnya ke atas inisiatif kerajaan sendiri.

Rakyat yang mahu bersama-sama menjadi komponen sebuah negara maju perlulah memberi sokongan berterusan untuk pemerintah negara hari ini menzahirkan citra kemakmuran ini selain menjadi penasihat melalui platform internet yang dicipta demi kebebasan bersuara.