Khamis, Disember 23, 2010

Kewujudan "Kafe Rocket United" Bukti DAP Lidah Bercabang



Ini kedai Kafe Rocket United di Jalan SS2/63, Petaling Jaya. Nasibnya tentulah tak sama dengan Kedai Serbaneka One Eleven yang kononnya mempamerkan lambang parti politik dan perlu diturunkan.



Kononnya kata Ronnie Liu, "Undang-undang Kerajaan Tempatan di Selangor jelas menyebut bahawa lambang parti politik tidak boleh digunakan di papan iklan."

Tapi kedai di atas boleh pulak. Lebih dari itu, kedai tersebut yang menjual hidangan berasaskan babi, Bak Kut Teh, tidak pula meletakkan tanda NON-HALAL.

Lebih hina lagi, pada 20 November 2009, DAP memberi laluan kepada kafe itu untuk menggunakan logo DAP :
Friday November 20, 2009, DAP gives go-ahead to Rocket cafe. PETALING JAYA: The DAP central executive committee has given its approval to a group of party members and supporters to set up the Rocket United Cafe in SS2/63 here and use the party’s logo on its signboard, said the head of secretariat for the DAP secretary-general’s office, Foo Yueh Chuan. . .She said the approval from the Petaling Jaya City Council (MBPJ) was secured for the cafe’s signboard and business premises on Aug 18, adding that the objective of the cafe was for the party to increase its reach to Malaysians.
Untuk kupasan itu, sila baca : Syed Outside The Box

Itulah cara sahabat Melayu di seberang sana. Ada Cina yang molek kelakuan, dipilih yang perangai macam haram.


Kaedah PAS Halalkan DAP Makan Tanah Rizab Melayu

Rupa-rupanya ini taktik halus PAS. Menghalalkan pemberian tanah rezab Melayu kepada DAP. Licik dan bahaya. Kalau orang Melayu tak sedar, mereka memang bodoh.

PAS menghuraikan pemberian tanah simpanan Melayu untuk DAP kerana ianya sama jika dibandingkan dengan kerja UMNO dulu, lampau dan sebelumnya yang memberikan tanah kepada sahabat mereka di dalam Barisan Nasional.

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

Itu yang dipetik dari Serakahdaily hari ini.

Menonjolkan perlakuan UMNO dulu yang masih berusaha menggantikan tanah rizab tersebut tidak lain hanyalah untuk menghalalkan perbuatan DAP Pulau Pinang hari ini.

Mereka tidak sedikitpun membantah perbuatan DAP Pulau Pinang tetapi mengambil sikap mempamerkan urusniaga lama yang sebenarnya bagus untuk dikupas dan siasat.

Fakta tersebut kita terima. Tetapi method bodoh PAS dalam menghalalkan perbuatan DAP Pulau Pinang adalah jelas merugikan orang Islam.

Tetapi sebagai pembela Islam yang sebenar, UMNO perlu mengambil kesempatan menjelaskan pertuduhan di atas.

Pendedahan PAS adalah rahmat besar yang memperlihatkan sikap PAS yang mahu dan mencontohi perbuatan UMNO dahulu. Ketika UMNO semakin berubah dan mara ke depan, PAS semakin berubah ke belakang untuk memberi laluan kepada penjarahan tanah orang Islam dengan lebih rakus oleh DAP.

Mereka menuju ke lembah yang mereka sedang keji, untuk memakai perlakuan tersebut kerana itu laluan yang DAP buat untuk Islam.

Kopi Dan Teh Naik, Kerajaan Punya Pasal!

Kanina ini orang. Kopi dengan Teh naik, Najib disalahkan. Padahal yang memegang komoditi tersebut adalah peniaga syaitan yang mahu mengambil kesempatan. Minyak naik beberapa sen, kopi dan teh pun naik?

DAP nak bunuh orang PAS dengan PKR dengan diabetes. Sebab tu la diorang tak peduli dan tak promosi KKM punya kempen kurangkan gula.

Malah, kenaikan itu melibatkan Persatuan Kedai Kopi Selangor & Kuala Lumpur yang kita tentu tahu pihak mana yang mahu menjana untung di sebalik isu kecil.

Ini bukan cerita perkauman. Ini cerita sesuatu yang jelas tetapi di larang untuk disebut atas dasar "perkauman".

Ibarat sekumpulan manusia yang berbogel di Central Market tetapi dibenarkan atas dasar hak asasi. Sudah tentu ada pihak yang tak suka.
Hafiz Yatim | Dec 23, 10 3:31PM
NONE
Coffee and tea prices to go up from Jan 1, and this will translate into a massive jump in living cost.The proposed 20sen increase in beverage prices announced by the Kuala Lumpur and Selangor Coffee Shop Association from Jan 1 totally debunks Prime Minister Najib Abdul Razak's claim that price increases will have a "minimal impact" on Malaysian households.
Persoalannya sangat jelas. Golongan peniaga tamak yang licik dan mengamalkan perniagaan kotor mendapat restu besar malah disokong oleh DAP.

Jika DAP menyokong tindakan peniaga syaitan, sudah tentu PAS dan PKR juga terbabit dengan dosa menipu dalam perniagaan.

Kasihan orang Islam yang bodoh kerana mereka ikut bersubahat dalam perbuatan tidak bermoral peniaga syaitan.

Jika mereka mahu tunjukkan merekatidak bersubahat dalam 'maksiat' perniagaan ini, kalau ada telor lah, bantah kenyataan Tony Pua itu.

Kerat telinga sekor-sekor pun mereka tak akan bantah.

Ke Arah Negara Jelik Dan Kotor Bersama Pakatan Rakyat

Mula-mula pemboikotan Utusan Malaysia. Kemudian pengharaman 1 Malaysia. Selepas ini apa? Pengharaman UMNO di negeri Selangor? Pembunuhan beramai-ramai penyokong BN?

Ini adalah bukti jelas demokrasi di Selangor hari ini. Ini juga menunjukkan gambaran "red indian dapat senapang", peribahasa negeri Perak yang sangat popular menggambarkan seseorang yang tiba-tiba mendapat kuasa uang diidamkan dan melakukan tindakan sesuka hatinya.

Bayangkan jika puak ini mendapat tampuk pemerintahan negara ini. Demokrasi apa yang kita dapat lihat di Malaysia.

Sebuah rejim totalitarian seperti zaman Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri akan tertubuh.

Polis dan tentera akan digunakan dengan maksimum bagi menyekat sebarang anasir yang akan merosakkan pemerintahan mereka. Suara rakyat marhaen yang mengeluh akan dibungkam. Dan kemungkinan besar negara akan dijauhi oleh pihak luar.

Pada ketika itu, akan pulangkah pakar-pakar rakyat Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara?

Akan gembirakah seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum dan bangsa?

Yang gembira ialah golongan yang menguasai tampuk pemerintahan itu sendiri.

Bukan semua Cina sukakan DAP dan bukan semua Melayu terjerat dengan penipuan PKR-PAS.

Jika tidak takkan ada kisah peniaga Cina yang mahu membakar diri di depan Lim Guan Eng beberapa ketika lalu akibat kekecewaan yang sangat dalam.

Inilah Pakatan Rakyat yang penuh retorik dan drama yang sedang mencipta malapetaka untuk negara ini.

Mereka yang pandai sekalipun, hakikatnya membodohkan diri mereka dengan menyokong mereka ini demi kuasa dan keuntungan yang sedikit.

Mereka yang tidak pandai sudah tentulah menyalak tentang rasuah itu dan ini.

Sedangkan buat pertama kali dalam sejarah, pengamal rasuah yang dijatuhkan hukuman tidak lagi dengan nada kasihan. Pegawai kerajaan dihukum 56 tahun penjara. Seorang hakim mahkamah syariah yang ditangkap menerima rasuah dipenjara 19 tahun.

Khir Toyo masih dibicara. Kasitah Gadam ditendang keluar. Anwar pun sama.

Apa pula dengan Pakatan Rakyat? Belum lagi seekorpun pepimpin korup mereka diambil tindakan oleh hukum. Sedangkan semua orang tahu, mereka juga korup.

One Israel Lebih Mirip Gagasan Pakatan Rakyat

Bezanya 1Malaysia dan One Israel

SETELAH 2 tahun 1Malaysia diperkenalkan, Perdana Menteri masih lagi dihujani dengan pelbagai peluru berpandu oleh gabungan parti politik yang mempunyai struktur kepimpinan yang berkecamuk. Izinkan saya berikan sedikit pandangan mudah persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya.

One Israel adalah pendekatan politik hasil usaha Ehud Barak untuk menghadapi pilihan raya Knessets tahun 1999. Konsep One Israel yang diilhamkannya adalah untuk menggabungkan tiga parti politik yang mempunyai fahaman yang berbeza semata-mata untuk memenangi pilihan raya berkenaan; parti Buruh, Meimad dan Gesher. Parti Buruh adalah parti sekular, Meimad mewakili elitis dan Gesher parti keagamaan.

Kaedah One Israel adalah di mana Ehud Barak menjanjikan David Levy dari kumpulan Meimad jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Micheal Melchior dari Gesher jawatan menteri kanan.

Secara umumnya, One Israel adalah pendekatan sama yang diambil pakai oleh Anwar Ibrahim untuk Pakatan Rakyat walaupun tidak menggunakan One Pakatan atau One Rakyat sebagai objek perikatan parti-parti yang bergabung.

Lagi pun One Israel adalah pendekatan yang diambil oleh Tony Blair dalam usaha beliau mentransformasikan Parti Buruh kepada Buruh Baru, tanpa menjadikan One Labour sebagai objek. PR yang merangkumi PKR, DAP dan Pas adalah perikatan yang sama kaedahnya. Bezanya berbanding One Isreal, PR gagal menerajui Kerajaan Persekutuan.

Konsep 1Malaysia adalah gagasan Satu Malaysia oleh Perdana Menteri yang langsung tidak ada kena mengena dengan penyatuan parti politik untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau tidak perlukannya kerana BN adalah perikatan yang telah terbukti perpaduannya.

Konsep 1Malaysia adalah konsep One People (satu rakyat). Konsep One People bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia.

Malah konsep 1Malaysia mengajak semua ahli dan pemimpin semua parti politik yang mewakili rakyat Malaysia, berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia yang bangga dengan struktur Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Bukan memburukkan negara dan bangsa sendiri.

Oleh yang demikian, saya sangat hairan kenapa DAP menjadi sekutu yang memburukkan apa yang mereka perjuangkan. Walaupun perspektif politik Malaysian Malaysia adalah berbeza dengan perspektif bukan politik 1Malaysia, matlamatnya adalah sama - negara Malaysia adalah negara kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Saya yakin pemimpin Cina DAP sampai bila-bila pun tidak akan membuang asal-usul keturunan mereka sebagai bangsa Cina. Saya cabar Lim Kit Siang menidakkan asal usul beliau sebagai bangsa Cina dengan menggantikannya sebagai bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia sepatutnya hampa kalau beliau membuang usul Cina dari diri beliau. 1Malaysia juga tidak minta bangsa Cina mengnyahhadirkan fakta keturunan mereka berbangsa Cina.

1Malaysia mengajak semua rakyat Malaysia melupakan tohmahan dan saranan songsang politik supaya kita debat Melayu dulu atau Cina dulu atau India dulu dan Malaysian kemudian. Lupakan. Anda bangsa Melayu berbanggalah sebagai orang Melayu. Anda bangsa Cina, berbanggalah menjadi orang Cina. Anda bangsa India, tidak perlu malu jadi bangsa India. Iban, Bidayuh, Bajau, Kadazan, Dusun, Orang Asli tidak perlu tukar apa-apa. Amallah apa yang baik mengikut amalan sosio-budaya masing-masing. Sama ada anda Islam, Buddha, Hindu, Christian, Tao amallah apa yang baik mengikut ajaran agama masing-masing.

Yang penting apa yang anda buat adalah untuk kebanggaan Malaysia. Datuk Lee Chong Wei telah membuktikannya. Begitu juga Datuk Nicole David, Sazali Samad, Puvaneswaran Ramasamy. Malah Tan Sri Dr. Zeti Aziz adalah kebanggaan terkini Malaysia.

Cabaran 1Malaysia kepada masyarakat yang sayangkan Malaysia dan bangga menjadi rakyat bumi bertuah ini adalah merealisasikan dan mempertahankan Malaysia sebagai hak semua rakyat bumi ini.

1Malaysia bermakna semua bangsa mempunyai asas yang sama. Yang membezakan mereka adalah kemampuan untuk mengguna peluang yang melimpah ruah.

KHUCAP

SHAH ALAM