Saturday, November 23, 2013

Johor Cuti Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014

Sah Johor Bercuti Mingguan Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014


Akhirnya desas-desus perubahan semula selepas 20 tahun cuti mingguan negeri Johor telah menemui kata putusnya apabila Sultan Johor mengisytiharkan mengumumkan perubahan tersebut pada sambutan ulangtahun baginda ke 55 yang jatuh semalam.
Ini membenarkan ura-ura bahawa negeri Johor akan kembali bercuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.


Sultan Johor isytihar cuti negeri pada Jumaat dan Sabtu

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
NOVEMBER 23, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 23, 2013 12:55 PM
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.
Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.
Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.
"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.
Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.
Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu. - TMI