Tuesday, July 01, 2014

Pertubuhan politik dibiayai gangster

Tahukah anda parti mana? Di negeri manakah kedapatan pusat-pusat maksiat yang tumbuh mekar. Wakil dari parti manakah yang membunuh usahawati dan 3 orang lagi lalu membakar mereka? Itulah puak-puak sial yang masih disokong oleh Melayu-Melayu gelap hati.




Siasat dakwaan pertubuhan politik dibiayai gengster

KUALA LUMPUR 30 Jun - Pihak berkuasa diminta menyiasat tentang kesahihan desas-desus yang mendakwa pertubuhan politik tertentu menerima dana daripada kumpulan-kumpulan gengster.

Senator Datuk Dr. Lucas Umbul (gambar) berkata, sumber kewangan kumpulan-kumpulan gengster terbabit diperoleh daripada kegiatan jenayah seperti peras ugut, samun, pelacuran, perjudian dan pengedaran dadah.

"Sebagai balasan, mungkin ahli kumpulan gengster ini beroleh imbuhan di atas sokongan mereka dengan memperoleh lesen pusat perjudian dan sebagainya," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, terdapat pelbagai kaedah digunakan oleh penjenayah untuk melindungi kegiatan pengubahan wang haram.

Lucas menambah, kaedah-kaedah yang digunakan termasuk skim cepat kaya, pengambilalihan koperasi yang bermasalah, pembiayaan projek, pembelian saham dan insurans serta pinjaman wang berlesen dan haram.

"Mereka juga berselindung di sebalik kegiatan pengurup wang asing, perniagaan besar dan perdagangan komoditi," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mencari kaedah yang berkesan bagi mengesan taktik licik yang digunakan oleh penjenayah untuk melakukan kegiatan pengubahan wang haram.



Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd