Monday, April 16, 2012

Nilai PTPTN Yang Mahu Dilupus Boleh Membina 1,200 Buah Sekolah!

Kecoh dikalangan kaum pembangkang bahawa PM Najib menipu kononnya hutang yang hendak dimansuhkan berjumlah RM43 billion. Kata mereka, nilai sebenar setelah ditolak hutang yang telah dibayar ialah RM24.7 billion.

Jadi jelaslah mereka-mereka ini mahu RM24.7 billion itu dilupuskan! RM24,700 juta ! Mak bapak mereka tidak pernah ajar mereka bagaimana untuk menilai sebesar mana wang itu dan sebanyak mana manfaat yang boleh diperolehi oleh nilai sebesar itu.

Sebab itulah mereka menjadi satu-satunya bangsa di dunia yang mendesak dijalanan mahukan hutang tersebut dilupuskan. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan hatta oleh orang kafir yang dan tidak beragama sekalipun.

Jelak dengan sikap tak ada otak ini, teman ingin ceritakan sebesar mana RM24.7 billion itu kalau mereka orang-orang yang benar.

Nilai tersebut boleh digunakan untuk membina 48 buah hospital, atau membina 120 batang jambatan merentangi sungai yang lebar, atau membina 9,600km jalan raya luar bandar selebar 8 meter, atau lebuh raya bertingkat sepanjang 240km, atau 1,200 buah sekolah, atau 48 buah lapangan terbang baru.

Mahu melupuskan segalanya ini semata-mata untuk pelajar-pelajar yang tidak cemerlang? Sungguh membuatkan pakatan pembangkang akan kalah besar dalam PRU 13 !

Anak-anak Melayu dari jenis bodoh kayu dan tidak waras sedang berdemo supaya hutang mereka sebanyak RM24.7 billion dilupuskan. Rasuah politik sebesar ini telah dijanjikan oleh Anwar yang hina itu kepada mereka.


Sah, Mahasiswa Gila Berkiblatkan Israel

Ke mana hala kiblat mereka? Dataran merdeka terletak di 3.15°U manakala Kaabah berada pada 21.42°U. Maka Kiblat dari Dataran Merdeka seharusnya terletak pada bearing 288.27° . Oleh kerana Jalan Raja menyerong lebih 10°dari paksi Utara menghala ke Timur, Qiblat di situ seharusnya hampir-hampir selari dengan ufuk barat Dataran Merdeka walaupun menyerong ke utara sedikit. Ini dibuktikan dengan Qiblat Masjid Jamek seperti yang dapat kita lihat di peta di bawah.

Dek kerana terlalu taksub dengan budaya demonstrasi yang diilhamkan Yahudi, dan budaya pluralisma seperti mengalungkan potret pemimpin seperti Hindu mengalung potret orang mati, mahasiswa yang bersolat berjemaah ini seolah-olah dipalingkan Qiblat mereka antara lebih 10° lagi ke utara dari arah Qiblat asal.

Jika yang demikian, ke manakah hala Qiblat mereka? Lihat sahaja peta yang lagi satu. Untuk rekod, Tel-Aviv berada pada kedudukan 32°U.

Benarlah, jika mereka mendirikan solat itu lebih baik bagi mereka. Tetapi jika seorang Yahudi mendirikan solat bagi menunjukkan mereka berpura-pura Islam, tidak ada yang baik bagi si Yahudi itu. Itu sekadar contohlah.

Benar jugalah, dalam surah Al-Baqarah disebutkan bahawa Qiblat Allah di mana-mana sahaja tetapi sebaiknya hadapkanlah ke Masjidil Haram selepas Masjidil Aqsa dibatalkan sebagai Qiblat orang Islam.

Tetapi dalam konteks Malaysia, tidak bolehlah lebih kurang dalam menentukan Qiblat kerana perbezaan sudut antara Israel dan Makkah agak kecil dan jika tersasar ke Israel, itu telah mengingkari arahan Allah supaya Qiblat diubah ke Masjidil Haram.

Inilah juga agaknya balasan kepada mahasiswa-mahasiswa gila ini akibat mengabaikan fungsi masjid dan lebih rela bersembahyang secara riak bagi menunjukkan kepada orang ramai di sebuah negara bermajoritikan penduduk Islam, bahawa mereka juga bersembahyang.

Walhal Masjid Jamek hanya 200 ratus meter dari situ.