Ahad, Januari 30, 2011

Taburan Hujan Semakin Kurang

Taburan hujan semakin kurang berbanding petang tadi menunjukkan hujan masih belum berhenti sepanjang pantai barat daya Semenanjung.

Hujan ini agak pelik kerana berlaku ketika bulan kering. Pada tahun 2002, berlaku krisis bekalan air pada ketika ini akibat kemarau pelik.

Majoriti 3,700 undi di Tenang

BN diramalkan telah memenangi kerusi DUN Tenang dengan majoriti lebih 3,700 undi melepasi majoriti 2,492 undi pada tsunami PRU 2008. Walaupun banjir, undian untuk BN meningkat naik.

Ini bakal menjadi senjata pihak penjahat politik di negara ini dalam mencari peluang untuk mempolitikkan kemenangan BN di Tenang.

Laporan pasca PRU diperlukan bagi mematahkan agenda pembangkang yang bakal mempolitikkan kemenangan BN itu.

Ini ditambah pula dengan takdir Allah bahawa pilihanraya kecil tersebut berlangsung dalam keadaan banjir, di mana tanpa pilihanraya kecil itupun, media terpaksa ke sana untuk melaporkan tentang bantuan yang mahu diketahui datang atau tidak.

Kemusnahan harta benda telah berlaku di hari tersebut. Ia satu peringatan buat pihak yang disokong supaya menitikberatkan bantuan dalam situasi tenggelam.

Keputusan Tenang Pasti Mengejutkan


Peratus keluar mengundi di DUN Tenang tercatat seramai 68%. Ini bermakna kurang 11,000 yang keluar mengundi. Peratusan ini menurut mereka, tidak mewakili orang Cina yang sibuk memindahkan barang berharga.

Kononnya BN menggunakan agensi kerajaan untuk mengangkut pengundi Felda sahaja.

Tony Pua menyindir dalam Tweeternya kononnya UMNO hanya menolong orang Melayu di Felda. Cara penyampaiannyan ditafsir bersifat perkauman.

Tenang tidak bertenang. Tenang menjadi gempar di hari pemilihan ADUN Tenang. Keputusan memungkinkan segala macam kemungkinan.

Antara majoriti besar dan perang mulut. Pahat akan berbunyi sampai rumahnya usang.

Melaka, Muar, Negeri Sembilan turut diancam banjir


Hujan lebat bulan Januari jarang berlaku dan bulan Februari tercatat sebagai bulan paling kering dalam taburan hujan sepanjang tahun di Malaysia.

Hujan lebat yang turun dalam tempot 48 jam di selatan Semenanjung mengulangi kejadian pada awal tahun 2007 yang menyebabkan bah besar.

Kali ini, bukan sahaja Tenang yang sedang menghadapi Pilihanraya kecil, ancaman banjir dilaporkan untuk seluruh negeri Melaka, Muar dan Negeri Sembilan.

Cerapan Jabatan Meteorologi jam 4 petang menunjukkan kawasan hujan bermula dari Singapura hingga Tanjung Malim, dari Tioman ke Pangkor.

Peratus Keluar Mengundi Jatuh Akibat Banjir


Sehingga jam 3.00 petang, 65.19 peratus atau 9,618 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, demikian statistik terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bacaan lanjut klik sini