Friday, October 10, 2008

Datukship: Anugerah Murahan ?

Utusan Online, 10/10/2008 5:17pm

Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan

MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok. Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.- Utusan.

Ulasan

Datuk Shah Rukh Khan. Kelakar lah. Nak ketawa pun ada. Nak menangis pun ada. Apa dah jadi dengan darjah kebesaran yang satu ini? Tan Sri Khalil Yaakob minat Shah Rukh Khan ke? Atau terikut desakan isterinya yang menggilai Shah Rukh Khan? Atau ada pihak di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka yang menjadi 'kipas-susah-mati' kepada Shah Rukh Khan?

Apa jasa Shah Rukh Khan kepada negeri Melaka? Apa jasa dia kepada Malaysia? Apa sumbangannya kepada industri filem tanah air? Apakah beliau membaikpulih moraliti remaja negara ini? Apakah kebaikan yang dibawakan oleh seorang Muslim yang telah mengaku murtad ini? Apakah beliau telah menasihati anak-anak gadis Melayu supaya berhenti menggilai artis Bollywood bagai nak rak?

Di mana kediaman Shah Rukh Khan di Malaysia? Batu Berendam? The Mines Resort City? Sejauh mana manfaat yang diberi kepada sosio ekonomi dan budaya negara ini? Apakah harum wangi yang disemai oleh Shah Rukh Khan ini?

Jika Siti Nurhaliza, boleh lah diterima walaupun pelik. Nicole David pun sepertinya juga. Lee Chong Wei? Silver medallist? Eww. Itu pun boleh? Lantak mereka. Mereka ada benda yang membuatkan rakyat Malaysia merasakan sebagai seorang rakyat biasa, aristokrat akan menghargai pencapaian yang dibawa.

Michelle Yeoh? Oh. Gadis itu kelahiran sini. Bersekolah di Ipoh. Sekarang dia dah besar, pergilah jauh-jauh mana kau nak pergi. Dan merata dunia, dia berbangga, dia dilahirkan di Malaysia.

Jimmy Choo mendapat gelaran Sir! Jangan dibandinglah siapa dia. Mencipta nama di UK, terkenal hingga Hollywood. Anugerah diterima di UK, layaklah sebab memang UK lah tempat dia mencipta nama. Yunus Rais dapat Sir? Yelah, dia kan pakar bahasa Inggeris di UK. Dan menetap di UK.

Tidak lupa juga, Datuk Jaafar, seorang datuk yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Taman Perpaduan. Dianugerah gelaran Sir kerana demi menyelamatkan pegawai British suatu masa dulu, bersepai bontotnya ditembak komunis.

DATUK SHAH RUKH KHAN? Alasan, memperkenalkan Malaysia dalam industri filem Bollywood dan membuatkan bilangan pelancong India meningkat. Bukti please...!!! Hari ini, gelaran Datuk tak bermakna lagi. Saiful Bukhari Azlan, siap sedia untuk menerima gelaran Datuk. Begitu juga 'padayyappa-padayyappa' yang menentang Hindraf.

Semoga akan tiba saat di mana orang menolak anugerah gelaran Datuk atas alasan " DAH BANYAK SANGAT LAH! Takde istimewa dah! "