Benarkah khabar angin yang berhembus di negeri Perak ini? Teman dapat ceritanya bukan dari ahli politik. Teman dapat cerita ini dari teman-teman di kedai kopi yang tak terlibat dengan mana-mana parti.
Mereka menyebut bahawa orang Cina di negeri Perak, MCA atau Gerakan sekalipun, tidak akan mengundi BN pada PRU 13. Benarkah?
Untunglah kalau Melayu bersatu. Untung besar untuk Melayu Perak seandainya mereka bersepakat sepertimana orang-orang Cina dalam khabar angin yang berhembus kuat di Ipoh.
Jika UMNO memenangi semua kerusi yang dipertandingkan, Melayu negeri Perak mampu untuk membina kerajaan Melayu tulen, dan wakil-wakil bangsa selain Melayu hanya lantikan ihsan sahaja.
UMNO, MCA, Gerakan dan MIC telah mencipta sebuah mekanisme yang terbaik namun inilah apa yang kini ditolak oleh orang-orang Cina. Sebagai balasan hukum alam, sudah tentulah mereka beranggapan, mereka tidak memerlukan wakil sebaliknya apa yang perlu mereka lakukan ialah untuk terus menerus memecahbelahkan orang Melayu, supaya apa yang terjadi pada tahun 2008 di Perak, akan berulang.
Hanya dengan 18 kerusi DUN dari 52 kerusi keseluruhan, kaum Cina mentadbir negeri Perak dan Exco berbangsa Melayu dan beragama Islam hanya 10% dari barisan exco di sebuah negeri Melayu Islam yang telah berdiri selama hampir 500 tahun.
Apa yang jelas, sekiranya orang Melayu Perak tidak bersatu menolak barisan pembangkang, nasib negeri ini akan kembali dirundung malang. Bangsa Melayu Perak akan menjadi majoriti yang tidak bernegeri sendiri dan hanya mampu melihat sang Menteri Besar boneka diperkotak-katikkan, sama seperti Singapura membonekakan Yusuf Ishak yang jelas merupakan Presiden Singapura berbangsa Melayu yang pertama dan terakhir.
Jika 11 bulan memerintah Perak, mereka boleh membina sebuah hotel 17 tingkat dari sebuah bangunan terbengkalai 10 tahun, bayangkan bagaimana mereka membajak tanah negeri ini dalam sepenggal.