Jumaat, April 03, 2009

Selamat Bertugas DS Najib, Terima Kasih Tun Abdullah

Najib angkat sumpah Perdana Menteri ke enam
03/04/2009 10:36am

KUALA LUMPUR 3 April — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama


Abdullah terima anugerah Tun
03/04/2009 10:35am

KUALA LUMPUR 3 April - Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Bernama


Jeanne terima anugerah bergelaran Tun
03/04/2009 10:37am

KUALA LUMPUR 3 April - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SMM) yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Bernama

Hangpa Suka, Hangpa Nganga, Hangpa Jawab !


Hah, bertepuklah tangan hangpa dengar budak umur 36 tahun ni baca surah Aura. Tanya lah dia surah keberapa dari 114 Surah? Takdak! Hangpa tepuk tangan. Hangpa kena rasuk si David Nga ni. Hangpa terbeliak bijik mata. Sebesaq ketui bulan putih ataih kain hijau hangpa.

Mamu nak cerita. Kalau kat US, orang yang pakai nama David, berbangga sebab mewarisi perjuangan kaum Yahudi. Apa ada beza Yahudi Kristian? Orang kampung baca Quran pun taktau beza. Depa baca ikut barih, bukan ikut makna.

Lepastu, kalau nama Yahudi tu, apa lagi, kerja pedajai la. Dia pi dajai Zahid Hamidi. Sebab dia tau Zahid Hamidi ni bukan saja boleh baca Quran tanpa surah Aura, Zahid Hamidi juga boleh bercakap Cina. Dia hantaq Cina PRC menari terkangkang kat majlis dihadiri Zahid. Apa punya kelaku. Hangpa suka, hangpa sorak. Point neraka untuk hangpa saja bagi pebanyak ka?

Bukit Gantang bukan sebarang bukit. PRK Bukit Gantang 07.04.09 bagi mamu banyak terselit amaran Tuhan. Paragraph last nanti hangpa baca.

Sebelah Bukit Gantang, ada Pokok Asam di mana ahli Majlis Perbandaran Taiping dari DAP yang kantoi VCD cetak rompak tu duduk. Hangpa jangan tanya. Samseng kat Taiping Gee Hin Hai San semua kat tangan DAP la ni. Dulu MCA. Tapi kalau takat nak pebodoh hangpa pak lebai ikut-ikutan, depa tolak parti pi tepi.

La ni, pikiaq la habih baik. Toksah dok ikut tindak-tanduk syubhah. Syubhah dengan DAP yang bebas buat duit takde halal haram. Eh, la ni tak kapiaq dah. Fatwa hangpa berubah ikut suka hangpa kan? Ikut pi la.

Time lagu ni, teringat mamu kat geng PAS Bukit Gantang. Cuma, jangan ulang kelaku PAS Bukit Gantang yang pi rasmi majlis pecah tanah kuil Hindu dulu. Sesetengah kebenaran tu pahit. Satu kehinaan, jika tidak diinsafi akan dihinakan lagi. Semoga arwah Ahli Parlimen Bukit Gantang diampuni dan ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.



Gambar perasmian pecah tanah kuil Hindu yang diambil dari blog Ahli Parlimen Bukit Gantang pada Julai 2008. Artikel rujukan blog ini : بوكن ايسلام حندال معوبه فاس