Minggu lepas teman isi borang masuk UMNO kali keempat dalam tempoh 13 tahun. Bersama teman ada berbelas-belas lagi yang bila diceritakan desas desus BN sebagai parti tunggal beberapa hari selepas PRU13, dengan segera sedar bahawa UMNO memerlukan bantuan.
Menghairankan, hal cadangan dan pertimbangan pihak atasan ini tidak diketahui rakyat kecil malah ahli-ahli UMNO sendiri. Atau orang-orang UMNO.
Jika orang Melayu kekal dominan dalam parti tersebut, tentulah tiada masalah untuk presiden parti yang menjawat Perdana Menteri itu terdiri dari pilihan orang Melayu sendiri. Ini bukan soal perkauman. Ini soal survival bangsa. Jika survival bangsa itu adalah elemen perkauman, kita perlu tiadakan sekolah berbagai aliran yang bertujuan mempertahankan survival budaya bekas imigran luar Asia Tenggara di negara ini.
BN sebagai parti tunggal kedengaran tak bagus di kalangan generasi terkemudian para pendiri UMNO seperti teman.
Tetapi, jika dijustifikasikan antara nilai kebangsaan dengan zaman, tentulah mereka dapat melihat UMNO akan kembali mendapat input kemasukan ahli yang tinggi bagi memastikan mereka kekal menjadi terpenting dalam pemerintahan di negara ini di samping penjanaan semula jenama yang tentu sekali mendapat sokongan ramai pihak.
Realitinya, 52% pengundi tidak menyukai parti bernamakan mana-mana kaum.
Realitinya juga Timbalan Perdana Menteri berketurunan Cina pertama boleh naik menerusi Barisan Nasional jika majoriti orang UMNO semasa pemilihan Timbalan Presiden Barisan Nasional memilih tokoh Cina yang mereka iktiraf.
Persoalannya, kedudukan UMNO dalam senarai jawatankuasa pusat Barisan Nasional yang dipilih berbagai kaum tentulah sangat bergantung kepada pertambahan jumlah ahli terutamanya yang layak memilih.
Sebab itulah semakin ramai orang Melayu Islam mahu menyertai UMNO hari ini dalam diam, mungkin juga kerana tatacara kelakuan pembangkang persekutuan Malaysia ini kelihatan sengal-sengal ubi dalam menggerakkan apa yang mereka telah janjikan kepada pengundi mereka, kali kedua.
Strategi BN menggunakan remaja yang tidak dapat mengundi dalam jentera pilihanraya sebenarnya sangat berhasil apabila mereka yang geram kerana masih tidak boleh mengundi, menjadikan itu sebagai asas perjuangan mereka menentang pembangkang lauyar terutamanya yang kurang ajar di negara ini pada PRU14 di mana mereka pada masa itu telah boleh mengundi.
BN sebagai parti tunggal membuatkan zaman kemasukan ahli dengan 'tajaan' sudah berlalu. Kini orang sanggup keluar duit dari kocek sendiri untuk masuk menyertai UMNO yang telah sedia ada di dalam Barisan Nasional bagi membolehkan mereka menjadi suara majoriti mengundi perwakilan BN. Adakah UMNO sendiri bersedia?
Atau segera menubuhkan BN yang tidak bersekutu, mengumpul ahli baru dan menjadikan UMNO MCA dan MIC sebagai NGO sahaja? Ini tentu mendapat tentangan ramai pihak pula.

Parti tunggal perlu diperhalusi
Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu memang menarik tetapi perlu diperhalusi dengan lebih mendalam memandangkan ada pihak yang menyokong dan menentang.
"Ahli ada pandangan mereka yang tersendiri, ada yang sokong dan ada yang bangkang dan mengatakan bahawa ketika ini bukan masa yang sesuai (untuk melaksanakannya) kerana UMNO perlu mempunyai tempat yang tersendiri dalam BN.
"Ia idea yang menarik yang perlu dipertimbangkan dengan serius, kita perlu bincang dalam UMNO kerana ada yang bersetuju ini adalah model masa depan BN, bagaimanapun ada yang menyatakan UMNO tidak boleh digabungkan kerana dikhuatiri nanti akan hilang identitinya," katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti pada majlis kenduri 20 peserta Majlis Ijab Kabul Mega 2013 di pekarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.
Ko Youn berkata, usaha itu perlu kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130527/po_01/Parti-tunggal-perlu-diperhalusi#ixzz2UUN9ejwH
© Utusan Melayu (M) Bhd