Wednesday, July 31, 2013

Gambar Suspek Pembunuhan Pengasas Ambank Dikenalpasti

Wednesday, 31 July 2013


GAMBAR SUSPEK PEMBUNUHAN PENGASAS BANK HUSSAIN AHMAD NAJADI DIKENALPASTI




KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank, Hussain Ahmad Najadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di bandar.

BACAAN LANJUT : MALAYAN FIGHTER

Isu Anjing Dan Orang Islam

Kecoh tentang isu anjing dan orang Islam dengan ucapan hari raya oleh seorang prinita penjinak anjing bernama Maznah dan anjing-anjing peliharaannya.

Apa yang menjadi polemik ialah sekumpulan umat Islam tidak merasakan itu salah berdasarkan ayat-ayat Al-Quran tentang anjing pemburuan.

Malah ramai orang Islam yang merasakan tidak salah untuk membela anjing bergomol berpeluk sakan. Mahu ketawa atau menangis melihatnya entahlah. Bingung kita melihat sikap buat bodoh antara anjing yang dilatih berburu dengan anjing yang dipelihara sebagai teman.

Mereka tidak biadap untuk disebut sebagai golongan anti hadis dan anti kepada sunah Rasulullah yang tidak menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, sebaliknya memilih kucing..

Apa yang teman pernah tahu dari perkhabaran dahulukala, anjing merupakan binatang yang jika dibela, ia menganggap pembelanya sebagai penguasa, Lord malah mungkin sahaja Tuhan. Ini tidak baik untuk dunia makhluk kerana tiada makhluk patut menjadi 'tuhan' kepada makhluk lain.

Maka membela anjing untuk dilatih berburu dan menjaga kebun hendaklah tidak lah sampai menggomol memeluk mencium si anjing. 

Teman juga ada membela anjing di kebun, diberi cukup makan, dan mendengar kata. Tidak perlu dipegang apatah lagi ditangkap gambar untuk membuat ucapan hari raya. Itu JELAS melontar provokasi kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kita berteriak soal Syiah, tetapi dengan menggunakan anjing sahaja, kafirin, provokator, anti-Hadis dan konspirator penjatuh Ahli Sunnah dikalangan mereka yang bernama Islam, boleh mewujudkan pecah belah. 

HAKIKATNYA, GOLONGAN ANTI-HADIS ADALAH SAMA CELAKA DENGAN PUAK SYIAH.

Aduhai Melayu. Jika mahu mengakui diri sebagai umat Islam, berpeganglah kepada Al Quran dan As Sunnah. Bukan semata-mata kitab sahaja seperti penganut agama wahyu yang lain.


Beza anjing buruan, anjing kebun, dan hanjeng - dengan anjing peliharaan - ialah, anjing peliharaan dipeluk digomol dicium disayang hingga si anjing mengagungkan, mempertahankan dan melayan tuannya setaraf sembahan. Tiada makhluk layak disembah makhluk yang lain. Justeru, dilarang dibuat pet. Bergambar berhari raya apatah pula. Kisah Ashabul Kahfi bukan berlaku di zaman umat Muhammad malah sebelum Kristian lagi. Bila merujuk Quran rujuk sama Hadis. Itu yang membeza Islam dengan agama wahyu lain.


#fast4malaysia - Bukan Islam Di Malaysia Ikut Berpuasa Ramadhan 31 Julai 2013

Beberapa orang bukan Islam di Malaysia di Twitter merayakan Rabu 31 Julai 2013 sebagai Hari Fast For Malaysia sebagai apa yang dikatakan memupuk semangat kebersamaan.

Berbagai gelagat dapat di lihat di trend  di Twitter sepanjang hari tersebut. 

Ada yang mula mengakui telah memahami erti dan cabaran berpuasa. 

Yang jelas, hal ini terjadi sebagai hikmah dihadirkan pembangsat seperti Alvin dan Vivian yang turut dibenci masyarakat Cina.

Semoga Allah membuka hati mereka agar beriman kepadaNya melalui Islam.







Namun jika mereka berbuaka puasa dengan Bak Kut Teh, itu kehendak merekalah. Dan itu seperti mendukung Alvivi. Tiadalah yang mustahil.