Friday, December 31, 2010

Media Baru Bakal Dipantau Polis

Polis mahu sekat maklumat tidak tepat media baru


Mohd. Shukri Dahlan (kiri) menerima tongkat kuasa daripada Zakaria Yusof sambil diperhatikan Ismail Omar pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Kontinjen Perak, Ipoh, semalam.


IPOH 30 Dis. - Polis akan mencari inisiatif baru bagi menyekat penyebaran maklumat tidak tepat yang dilakukan oleh media-media baru pada tahun depan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasikan teknologi maklumat (IT) untuk kepentingan sendiri perlu disekat.

"Kita bimbang sekiranya tidak ditangani, ia akan menyebabkan penyebaran fakta-fakta salah yang boleh memesongkan pemikiran rakyat.

"Oleh itu, polis harus ada mekanisme atau struktur prosedur operasi standard (SOP) kerja baru untuk mengatasi ancaman ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak yang ke-18 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyaksikan penyerahan dokumen serta tongkat kuasa daripada pemangku, Datuk Zakaria Yusof kepada Ketua Polis negeri yang baru, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.

Zakaria yang juga Timbalan Ketua Polis negeri memangku jawatan tersebut selama sebulan empat hari sebelum diserahkan kepada Mohd. Shukri yang juga bekas Ketua Polis Terengganu.


Thursday, December 30, 2010

'Harimau Malaya' Memang Tidak Sesuai Untuk Malaysia

Teman sependapat dengan pendapat persatuan belia di Sabah yang tersinggung dengan nama Harimau Malaya. Bukan sahaja Sabah, malah, Sarawak juga pastinya tersinggung dengan gelaran tersebut.

Bukan sahaja mereka, malah teman orang Malaya sendiri tersinggung dan malu. Teman hari ini warga negara Malaysia yang berasal dari Malaya. Pasukan negara mewakili Malaysia. Bukan mewakili Malaya (Semenanjung).

Kita sendiri tahu bahawa Malaysia dibina oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Singapura keluar dua tahun kemudian.

Jadi untuk pasukan negara, mengapa kita perlu menggunakan nama Harimau Malaya yang langsung tidak memberi identiti 1Malaysia secara keseluruhannya.

Perkara ini jangan diambil ringan. Ia seolah-olah menunjukkan kita tidak mempunyai pengetahuan mendalam terhadap negara sendiri dan membolehkan anasir-anasir luar mencucuk pinggang supaya kita melatah.

Memang nama binatang yang menjadi maskot itu ialah Malayan Tiger. Tetapi dalam aspek mewakili Malaysia, 'Harimau Malaya' langsung tidak relevan dan mempunyai elemen pecah belah untuk Persekutuan Malaysia.

Jangan jadi bangsa yang cetek ilmu pengetahuan dan rendah sensitiviti.

Belia Sabah tersinggung dengan gelaran ‘Harimau Malaya’
30/12/2010 4:15pm

TUARAN, 30 Dis. - Belia di Sabah yang teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”.

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan oleh pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

Indonesia Benarkan Perkataan 'Malingsia'

Anda dapat lihat sepanduk biadab di atas? Apakah anda fikir pengurusan stadium dan pihak polis yang mewakili kerajaan Indon tidak mampu memberi apa-apa amaran? Fikir semula! Lihat kenyataan media sehari sebelum perlawanan :
Selasa, 28/12/2010 16:48 WIB
Polisi Akan Sita Spanduk Politisi yang Dipasang di GBK

Polisi menjamin akan melakukan tindakan kalau ada spanduk berbau politis yang terpasang di Stadion Gelora Bung Karno (GBK) Senayan, Jakarta. Bukan hanya spanduk politisi, juga spanduk berbau kalimat provokatif.

"Spanduk-spanduk politisi dan yang provokatif akan diambil dan digulung, kita bekerjasama dengan pengamanan internal," kata Kepala Biro Operasi Polda Metro Jaya, Kombes Sujarno dalam jumpa pers di kantor PSSI, Senayan, Jakarta, Selasa (28/12/2010).

Selasa, 28/12/2010 15:39 WIB
Gelora Bung Karno Harus Steril dari Spanduk Politisi

Laga leg kedua final Piala AFF pada 29 Desember di GBK Senayan diharapkan bersih dari spanduk politisi. Jangan lagi terulang seperti di Stadion Bukit Jalil, Malaysia, di mana spanduk SBY, Hatta Rajasa, Aburizal Bakrie, dan Nurdin Halid terpampang di stadion.

"GBK saat pertandingan harus steril dari spanduk politisi," jelas Wakil Koordinator Indonesia Corruption Watch (ICW) Emerson Yuntho di Jakarta, Selasa (28/12/2010).

Emerson menilai, pemasangan spanduk politisi dan pejabat itu sama saja dengan memasukkan hal berbau politis ke dalam sepakbola.

Jika mereka mengeluarkan kenyataan menyita sepanduk, bermakna mereka berupaya untuk menyekat agen provokasi antara negara seperti gambar di atas. MALANGNYA, mereka menutup mata dengan kebiadaban orang mereka dengan menggelar sebuah negara berdaulat dengan gelaran yang menghinakan.

Bukankah itu menunjukkan Indonesia menghalalkan perbuatan mengutuk Malaysia sebagai 'malingsia'?

Inilah akibat kerana kita terlalu banyak memberi mereka muka. Sehingga pemerintah mereka sendiri naik lemak atas nama nasionalis melulu. Adakah nasionalisma dan patriotisma bermakna kita perlu menghina negara lain sewenangnya?? Itulah budaya Indon.

Ia hanya bolasepak. Tak perlu membawa isu politik. Itu kata mereka. Tetapi hakikatnya lihatlah sendiri.

Wednesday, December 29, 2010

Nama Menteri 'Main' Amah Dah Meletup Di Indonesia!

Nak tau Menteri mana yang 'tak bermoral' tu? Jawapannya teman dapat di negara sebelah. Di The Jakarta Post. Komen mengenai laser nakal telah melalut. Hasilnya barulah teman nampak nama Menteri yang terlibat dengan skandal seks tersebut.

Teman tak nak komen lebih-lebih. Macam biasa lah kan. seseorang tidak boleh dikatakan bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Cuma teman nak Menteri ni ditendang secepat mungkin, bersalah atau tidak. Adil atau tak, teman taknak dengar. Lagipun si Menteri ni dah lama sangat. Dari Panglima dah jadi Raja yang tak dianggap.

Mungkin si amah tu memang saja nak mengangkang dengan Menteri tu, teman tak peduli. Yang teman peduli sekarang, nama baik Barisan Nasional. Itu sahaja.

Teman tak mahu harum semerbak parti besar yang memerintah dicemari bau kentut yang mudah hilang tetapi meninggalkan kesan emosi.

joko, surabaya | Wed, 29/12/2010 - 10:12am

Hendro, SUCK IT UP MAN...aceh people care about human rights...where are you on this issue ???TKI RAPED BY CABINET MINISTER OF LAND OF TRULY BULLSHIT ASIA

jalurmenderita, medan | Wed, 29/12/2010 - 10:12am

PAK SBY, you did to saudi and this time DO it to stupid commonality Malaysia ...HOW COULD A CABINET MINISTER RAPED TKI AND GET AWAY FROM IT????????????? We are for HUMAN RIGHTS AND THESE BRAINLESS PEOPLE HAVE no SKULLS....we are the chairman of asean this 2011..bring the regime down and push it to accept RULES OF LAWS and DEMOCRACY...COME ON PAK SBY,,,this is your time to get it done once in for all to show that WE have what it takes to stand up for HUMAN RIGHTS......

haniif, kuala lumpur | Wed, 29/12/2010 - 10:12am

for all supporters. dont balame others before investigate. dont talk too much. please go to this url: http://blog.nuaeman.com/isu-semasa/harimau-malaya-pancaran-laser-dan-lisa-surihani.html more url: http://www.kaskus.us/showthread.php?p=331656985

jalurmenderita, medan | Wed, 29/12/2010 - 10:12am

**** *****, Cabinet minister RAPED TKI...no one cares from BN and the land of truly bulshit asia

Hendro, Banda Aceh | Wed, 29/12/2010 - 09:12am

Oh My God...Indonesians are so RICH, they buy like a Rp. 50.000 ticket and still have money to buy laser pointer?? and I see people every day begging on the streets, colleagues complain on how low their salaries are!! Yet, they spen money in useless things. Laser pointers for a soccer match?? The purpose of Laser Pointers are for PRESENTATIONS!! I LOVE Indonesia with all my heart!! but when it comes to brute force, chaos, and damaging of "PUBLIC" properties, I HATE them for THAT. why can't we be more mature and patient? No wonder we've always been "kicked" around by Malaysia. I so sad for Indonesia. Come on my fellow countrymen, WE CAN DO BETTER.

mz, kuala lumpur | Wed, 29/12/2010 - 09:12am

cheap mentality remains.it may take another century to change their mindset.

Nampak tak? Tak nampak? Jadi KLIK SINI. Teman tak bersalah. Ini bukan fitnah teman. Teman tak tuduh siapa-siapa. Teman adalah pelapor yang jujur je. Jadi, fikirkan lah yer. Kalau tak buat, sila buat penafian terbuka.

Tidakkah menjadi sesuatu yang memalukan sekiranya media sebelah bakal menjadikannya fakta yang digunakan untuk menyerang negara ini? Sebelum api dalam sekam menjadi api menjulang, sila turunkan hujan lebat mencurah.

Akhirnya Karpal Mengaku Desak Anwar Dipecat 1997

Inilah akibatnya apabila pemimpin tua yang nyanyuk dan kebudak-budakan (fitrah kejadian manusia) masih diagung-agungkan. Mereka tidak kenal malu dan tidak menghargai harga diri sendiri melainkan demi politik sempit mereka.

Karpal yang terus membela Anwar hari ini sepatutnya malu kerana dia semakin mencemar nama busuknya yang selama ini terkenal sebagai pembela orang yang bersalah dalam kes-kes pembunuhan, pengedaran dadah dan kegiatan gangsterism.

Karpal akhirnya mengaku

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Selepas sekian lama berdiam diri, Pengerusi DAP, Karpal Singh akhirnya mengaku pernah mendesak supaya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Karpal dalam pengakuan yang disiarkan menerusi laman web www.malaysia-instinct.com pada Selasa lalu menjelaskan, desakan yang dibuatnya pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.

"Saya sendiri telah mendedahkan di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur pada 1997, Karpal telah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.

"Akhirnya pendedahan saya disahkan sendiri oleh Karpal, jika tidak sudah pasti satu lagi saman fitnah akan difailkan beliau terhadap saya. Surat saman terbang di merata tempat. Ini adalah menakutkan," katanya dalam blog http://weechookeong. wordpress.com hari ini.

Dalam perkembangan lain Choo Keong berkata, beliau masih menunggu penjelasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berhubung tindakannya mengubah pendirian untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Pada 8 Februari 2009, Karpal telah membuat desakan supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai ketua pakatan pembangkang.

"Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Mac (2009), beliau telah berpusing dengan menyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh boleh kekal sebagai ketua pembangkang kerana mendapat sokongan semua Ahli Parlimen pembangkang," ujarnya.

Tuesday, December 28, 2010

Bolasepak Indonesia Yang Memang Berlebihan

Kesan dari kekalahan Indonesia kelmarin, bukan sahaja penyokong Indonesia yang tidak selesa, malah ahli-ahli politik Indonesia di sebalik PSSI juga menjadi mangsa hentaman penyokong Indonesia selain sinar laser.

Mental pemain kononnya down kerana laser. Mental apa yang down dengan laser tu? Kalau mental lemah, jangan main bola untuk negara. Sila main telor je.

Oleh kerana bolasepak Indonesia dipengaruhi ahli politik, kesan kekalahan itu membuatkan Aburizal Bakrie diancam kalah pada Pilihanraya Presiden 2014. Bayangkan betapa futuristik emosi mereka.

Sesetengah mereka menyebut, Indonesia perlu mencontohi Malaysia yang memisahkan bolasepak dari medan mencari populariti ahli politik. Tetapi dalam hal lain, mengutuskan rasa benci mereka secara terbuka terhadap Malaysia. Bangsa yang aneh.

Euphoria bolasepak Indonesia buat masa ini membuatkan seolah-olah ahli politik negara tersebut tidak mempunyai kerja lain selain menumpukan perhatian terhadap bolasepak.

Hinggakan Ketua DPR (setarah Yang dipertua Dewan Rakyat) juga terhegeh-hegeh berkomen mengenai apa yang perlu dan apa yang tidak dengan pasukan bolasepak Indonesia.

Ini belum dikira dengan Presiden nya yang ikut menyibuk malah mengeluarkan komen-komen seolah-olah bolasepak itu memberi mereka makan satu negara.

Mujurlah Pandikar Amin tak pulak sampai macam tu. PM Najib pun tak la sampai macam tu. Juga pemimpin pembangkang negara ini tak lah 'sehebat' itu demam AFF nya.

Nampaknya Indonesia dengan penduduk 230 juta kelihatan seperti sebuah negara dengan 230 ribu penduduk yang tiada apa yang penting perlu diuruskan selain bola.

Maka elok sangatlah kalau Malaysia mengganyang Indonesia esok bagi memporak perandakan lagi ahli politik Golkar yang menguasai PSSI dan menjadikan doa sebahagian besar rakyat Indonesia mahu politik dan bolasepak dipisahkan termakbul.

Sunday, December 26, 2010

1Malaysia, Cina Tak Boleh Makan Babi?

Menafikan 1Malaysia sama sahaja dengan menafikan kejayaan Sabah dan Sarawak memupuk toleransi dan keharmonian antara suku kaum di sana.

PM Najib menyebut pada awal pelancaran 1Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah ilham terulung yang membuatkan beliau kagum dan ia menjadi panduan dalam mencetuskan 1Malaysia.

DAP khuatir 1Malaysia akan menjadikan rakyat negara ini lebih menerima antara satu sama lain kerana penerangan DAP selama ini atas konsep tersebut, salah belaka.

Seorang nyonya di Ipoh, apabila ditanya mengenai 1Malaysia, menjawab "Tak mau! Nanti tak boleh makan babi, tak boleh sekolah Cina."

Pihak manakah yang mengarahkan pemikiran mereka seserong ini?

Adalah tidak beretika untuk mempergunakan peluang kenaifan sesebuah kelompok rakyat untuk disuntik doktrin yang salah.

Pakatan Rakyat tidak pernah mempunyai inisiatif mendidik bangsa secara menyeluruh dengan dasar-dasar yang meyakinkan generasi depan.

Ujar seorang wanita India di Ipoh, "Saya mau undi Pakatan Rakyat untuk diri saya memang boleh, tapi setiap kali mengundi, saya melihat anak saya. Mereka perlukan masa depan yang meyakinkan."

Saturday, December 25, 2010

Raja Petra Digesa Pulang

Teman mendesak supaya Raja Petra segera pulang dan melaporkan kepada umum bahawa dia telah memfitnah PM Najib berhubung isu pembelian ketenteraan yang dikaitkan dengan Altantuya.

Ini akan membersihkan namanya dan menjauhkan dia dari Pakatan Rakyat yang sedang dicemuhnya.

Teman paham kalau Raja Petra dibayar untuk membuat fitnah dan sebagai penganggur, Raja Petra memang akan mengenepikan moral untuk wang yang diperlukan dalam menyara hidup.

Teman tak mahu kalau Raja Petra nak masuk ke Malaysia dengan Third Force nya, dia akan terus bermain isu Altantuya yang diketahui BOHONG.

Apapun, Raja Petra wajar berbuat apa sahaja selagi undang-undang tidak dapat menafikan haknya.

Cuma dia menafikan haknya yang termaktub dalam undang-undang.

Raja Petra perlu pulang dan "face the music".

Friday, December 24, 2010

Raja Petra Nak Tubuh Third Force Pro BN?

Raja Petra dengan penubuhan MCLM menyebut dirinya sebagai Kuasa Ketiga dalam pilihanraya. Teman tak dapat nak pastikanlah kalau dia mampu ke tidak nak sumbat deposit untuk 572 DUN dan 222 Parlimen.

Kata nak jadi Third Force? Kena la bertanding semua kerusi. Cuma RM9.05 juta je. RM3.33 juta untuk Parlimen, dan RM5.72 juta untuk DUN.

Yang pasti RM3.90 juta pasti dikembalikan setelah selesai buang poster. Maka jumlah sebenar yang hendak 'digagalkan' semaksimumnya (jika hilang wang deposit) cuma RM5.15 juta je.

Teman rasa, kalau Donald Trump nak buat parti, bertanding semua kerusi Parlimen dan DUN, dah boleh dah.

Apatah lagi MCLM seakan-akan mempunyai corak aliran pemikiran yang sama dengan KITA pimpinan Zaid Ibrahim, sahabat baik Raja Petra.

Tapi apa manifestonya?

Apa kebaikannya untuk rakyat yang majoriti. Rakyat yang tak mahu minda mereka dibentuk dalam acuan bebas dan sekular, meletakkan agama ke tepi dan berlagak seperti orang Barat yang tidak Barat pun. Tetap masih di Timur.

For example, Dr Mahathir feels that, in the next general election, Barisan Nasional should field some non-political party members from amongst the professionals and civil society movements. I too feel the same and that is what the Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) will be trying to achieve.

Ujar Raja Petra dalam blognya 9 Disember lalu. Apa helahnya memetik kata Dr. M bahawa dalam PRU seterusnya BN perlu meletakkan calon bukan politik yang terdiri dari kumpulan profesional dan gerakan masyarakat sivil? Dia menambah "saya juga merasakan sedemikian dan itulah apa yang Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) cuba capai".

Apakah akhirnya ia akan menjadi sebahagian Barisan Nasional disebalik kata-kata "Kuasa Ketiga" yang jika mereka berjaya menang 30 kerusi sekalipun, sebagai fragmen terkecil, mereka tidak mampu berbuat apa.

Isyarat jelas, jika ini berlaku, mereka akan mendesak untuk menjadi rakan kongsi BN yang terpecah akibat pencelahan mereka ini.

Mereka akan kemudian mendesak ditubuhkan kerajaan campuran demi pemerintahan dua pertiga berbanding Pakatan Rakyat supaya dapat mereka naik menjadi menteri .

Lihatlah Cara PKR, DAP dan PAS Mengugut!

Tiga gambar dibawah melengkapkan kehaprakan Pakatan Rakyat. Ketika PKR dan DAP cuma memainkan cat merah, PAS bermain dengan nyawa manusia.

Ini cara PKR

Ini cara DAP


Ini cara PAS! Dasar manusia hati setan.


Inilah punca PAS mengamuk seperti mengalahkan setan dalam filem :

Raja Petra Akan Berganding Dengan Zaid Ibrahim Wujudkan Third Force

Kuasa Ketiga ciptaan Raja Petra mungkin membuatkan KITA pimpinan Zaid Ibrahim menjadi Kuasa Keempat. Atau mungkin KITA akan bergabung dengan MCLM pimpinan Raja Petra. Katanya Zaid yang selama ini membantu Raja Petra 'hidup dalam buangan'.

Raja Petra kini dipihak Zaid menghentam apa sahaja berkaitan Anwar khususnya, Pakatan Rakyat umumnya. Mungkinkah pakatan baru itu bernama KITA MCLM? Itu kena tanya WikangLeaks.

Seperti yang dipetik dari Malaysia-Today :

'Bring on the third force'


Thursday, 23 December 2010
Leading parties unperturbed by Malaysian Civil Liberties Movement joining political arena
Azreen Hani, The Malay Mail

The recently-launched Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), seen as a 'third force' in the country's political arena, has evoked both support and indifference from Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) politicians.

Patah arang kerat rotan Raja Petra semakin ketara, berselari dengan perjalanan Zaid Ibrahim hari ini. Lalu apa yang perlu dia takuti lagi? Dia tidak lagi menjadi mata pena Pakatan Rakyat. Dia seharusnya bertaubat dan membetulkan laluan pertuduhannya yang mengaitkan Najib dan Altantuya yang menjadi buah mulut antarabangsa.

Hari ini Raja Petra mempertikaikan tindakan Anwar yang turut menjadi buah mulut antarabangsa.

Is the opposition to APCO merely because it was behind 1 Israel? Would it be okay if APCO were Muslim owned and headquartered in a Muslim country? Or is the real issue the wastage of RM80 million of the people’s money?

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Mengakulah Raja Petra atas kesalahan yang you lakukan. Dunia belum tahu bahawa itu penipuan semata-mata. Pulang ke tanah air dan jelaskan di mahkamah bahawa Anwar yang merancang fitnah itu. Sudah tentu you boleh pulang ke Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh.

Anwar dah cari jalan nak ketuk you. Sebelum dia ketuk you, you ketuk dia dulu.

Thursday, December 23, 2010

Kewujudan "Kafe Rocket United" Bukti DAP Lidah Bercabang



Ini kedai Kafe Rocket United di Jalan SS2/63, Petaling Jaya. Nasibnya tentulah tak sama dengan Kedai Serbaneka One Eleven yang kononnya mempamerkan lambang parti politik dan perlu diturunkan.



Kononnya kata Ronnie Liu, "Undang-undang Kerajaan Tempatan di Selangor jelas menyebut bahawa lambang parti politik tidak boleh digunakan di papan iklan."

Tapi kedai di atas boleh pulak. Lebih dari itu, kedai tersebut yang menjual hidangan berasaskan babi, Bak Kut Teh, tidak pula meletakkan tanda NON-HALAL.

Lebih hina lagi, pada 20 November 2009, DAP memberi laluan kepada kafe itu untuk menggunakan logo DAP :
Friday November 20, 2009, DAP gives go-ahead to Rocket cafe. PETALING JAYA: The DAP central executive committee has given its approval to a group of party members and supporters to set up the Rocket United Cafe in SS2/63 here and use the party’s logo on its signboard, said the head of secretariat for the DAP secretary-general’s office, Foo Yueh Chuan. . .She said the approval from the Petaling Jaya City Council (MBPJ) was secured for the cafe’s signboard and business premises on Aug 18, adding that the objective of the cafe was for the party to increase its reach to Malaysians.
Untuk kupasan itu, sila baca : Syed Outside The Box

Itulah cara sahabat Melayu di seberang sana. Ada Cina yang molek kelakuan, dipilih yang perangai macam haram.


Tuesday, December 21, 2010

Anwar Ajak Rakyat Iktiraf 'Negara Israel' Secara Halus?

Anwar seperti mempunyai agenda tersembunyi yang kurang diketahui ramai dalam tindakannya menyamakan 1Malaysia dengan One Israel. Dia secara halus, membuatkan penyokongnya mengiktiraf negara Israel seperti yang dilakukannya dalam Annapolis Summit.

Kita mengetahui, Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Maka dengan itu, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka. Pasport kita tidak boleh digunakan di Israel dan pasport Israel tidak sah di negara ini.

Anwar, seperti pemimpin Islam liberal yang lain, tidak senang dengan perkara ini. Seperti golongan pro-Israel di negara ini, Anwar mahu menyemai benih-benih pengiktirafan Israel sebagai sebuah negara, dikalangan orang Islam.

Tidak hairanlah jika selepas Barat mengutuk Anwar yang membangkitkan isu APCO di Parlimen, Anwar bersegera menemui pemimpin Barat untuk membuat penerangan.

Selepas dari itu, hentaman ke atas Anwar senyap. Padahal Anwar, hari ini, masih lagi membawa isu APCO ke Dewan Rakyat hingga membawa kepada penggantungannya yang meroyan tentang isu itu seperti tiada isu lain yang lebih penting.

Malaysia merupakan negara berdaulat yang diiktiraf kewujudannya di dunia. Istilah 1Malaysia untuk sebuah negara berdaulat memang terpakai dengan sah.

Tetapi, apakah istilah One Israel terpakai untuk dibuat perbandingan? Israel bukan sebuah negara di sisi penduduk negara ini dan di sisi dasar luar negara ini.

Meletakkan 1Malaysia setaraf dengan One Israel membuatkan secara tidak langsung Israel diiktiraf sebagai sebuah negara sebaris dengan negara-negara yang diiktiraf Malaysia.

Maka tidak hairanlah Anwar menghabiskan masanya menaip skandal-skandal APCO yang dikatakan mempunyai rekod yang mencurigakan dan menghurai penjawat-penjawat tertinggi APCo dan kaitannya dengan Israel.

Ini boleh menutup kisahnya yang semakin hari semakin terburai dari kerahsiaan. Tabir jeliknya, hipokrasinya yang menipis, semakin lutsinar.

Pada masa yang sama, orang tua ini belum lagi menjawab persoalan pembabitannya dalam Annapolis Summit berhubung isu Israel Palestin di mana tidak seorangpun wakil Arab Palestin ada dalam sidang tersebut, melainkan seorang Melayu lupa diri yang pluralis.

Jika hendak dihuraikan perkaitan dengan Israel dan sebagainya, cubalah bongkar MacDonalds, Coke, Facebook, Google, Blogger, Yahoo, Nestle dan segala-gala yang menjadi kegunaan biasa hari ini yang tidak melibatkan orang-orang Israel.

Jika tidak mahu semua itu, beri 1 sebab yang setanding tentang keterlibatan engkau dengan Paul Wolfowitz selama ini. Cuma 1 sebab.

Itu belum diminta untuk sediakan teks yang jujur tentang apa yang diperkatakan olehnya ketika segera ke Amerika Syarikat selepas dia dikecam pihak di sana dan dituduh anti-Semitik sehingga membuatkan mereka hari ini diam.

Indonesia Juga Dapatkan Khidmat APCO Worldwide?

Wah. Hebat. Bukan Malaysia jer yang mendapat khidmat nasihat APCO Worldwide. Indonesia juga mendapatkan khidmat APCO Worlwide agaknya. Kalau tak, masakan boleh timbul 1 Indonesia, Masyarakat Dahulukan, Pencapaian Utamakan, Untuk Indonesia.

Sebenarnya, slogan ini adalah inisiatif pemerintah Jogjakarta yang dilancarkan Oktober 2009, sempena Jogja Java Carnival 2009, kira-kira 6 bulan selepas 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dilancarkan oleh PM di negara ini.

Bagi orang yang berakal, buang masa sahaja untuk menyebut tentang isu tiru-meniru, atau klaim-mengklaim, curi-mencuri. Semua falsafah, semua seni, semua budaya adalah milik tamadun manusia yang diciptakan berbeza-beza dan terkurung dalam batas sempadan ciptaan manusia yang mengasing-asingkan mereka.

Cuma penafsiran dan pemakaiannya yang bergantung kepada pecahan etnik yang diikat oleh rumpun bahasa yang sama.

Maka, apakah 1 Indonesia itu juga mengikut One Israel? Apakah mereka juga terlibat dengan khidmat APCO Worldwide? Apakah mereka tidak layak menggunakan slogan yang sama? Itukan bahasa mereka juga.

Jika kita menyebut satu bangsa, satu bahasa, satu negara sejak tahun 1960an lagi, hingga wujud lagu Malaysia Berjaya yang mempunyai frasa tersebut, di manakah salahnya bila kita menyebut Satu Malaysia yang menggabungkan kesemuanya?

Sebenarnya Anwar mempunyai agenda tersendiri dalam menyebut Satu Malaysia itu meniru One Israel. Nanti teman kupaskan.

CUEPACS Dapat Tambahan RM 2 Juta

Disebalik sikap meminta-minta CUEPACS yang cenderung memupuk ahlinya dan para penjawat awam untuk memboikot pemerintah, kerajaan melipatgandakan geran peruntukan tahunan kepada CUEPACS dari RM 1 juta tahun ini kepada RM 3 juta tahun depan.

Tambahan RM 2 juta itu adalah untuk CUEPACS menaiktaraf ibupejabatnya sebanyak RM 1 juta dan tambahan belanja mengurus sebanyak RM 1 juta.

Sehingga hari ini CUEPACS masih belum menjalankan tanggungjawab menyedarkan kakitangan awam bahawa pemberian bonus yang menelan peruntukan serta-merta sebanyak RM3.1 billion itu tidak sesuai dengan iklim ekonomi semasa.

Adalah jelas dan terang bahawa kerajaan telah meminjam wang semasa zaman Pak Lah untuk membayar bonus kakitangan awam, malah ketika ekonomi menghadapi krisis 1998, kerajaan telah memotong elaun-elaun kakitangannya, khususnya penjawat Kumpulan Prngurusan dan Profesional.

Tetapi, untuk kegawatan ekonomi 2008 - 2009, kerajaan tidak mengambil tindakan memotong elaun kakitangan. Cuma mengambil langkah tidak memberi bonus.

Adakah CUEPACS 'berperang' dengan kerajaan selama ini adalah untuk pihak mereka sendiri atau untuk kakitangan awam secara keseluruhannya?

Sunday, December 19, 2010

Antara Bukti Anwar Menyekat Kebebasan Media Semasa Menjadi TPM

Berikut adalah laporan Utusan Malaysia bertarikh 18 Jun 1998. Anwar memperoleh injuksi Mahkamah supaya Khalid Jafri dihalang dari menuduhnya melalui buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Soalnya, tidak siapa tahu apa isi buku tersebut di akhbar. Itu sahaja menunjukkan bukti bahawa dia membungkam kebebasan akhbar semasa dia berkuasa. Tetapi hari ini, dia menyemarakkan fitnah dan dusta dan menuduh akhbar tidak bersifat terbuka. Fitnahnya mengaitkan Najib dan Altantuya terpampang di akhbar.

Mahkamah halang buku fitnah Anwar diedar

KUALA LUMPUR 17 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendapat perintah injunksi interim terhadap penulis buku bertajuk 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM yang didakwa mengandungi kata-kata bersifat fitnah terhadapnya.

Perintah tersebut melarang penulis buku itu, Khalid Jafri dan penerbitnya, Media Pulau Lagenda daripada menulis, menerbit, mengulangi, mencetak dan mengedarkan buku tersebut ataupun sebarang pernyataan fitnah mengenai Anwar.

Menurut kenyataan peguamcara yang mewakili Anwar, Tetuan Faiz & Co., perintah itu diperolehi dari Mahkamah Tinggi di sini petang ini.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Anwar tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang yang wajar dan bersesuaian bagi membela maruah diri dan kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Ucapan Terakhir Anwar Di Perhimpunan Agung UMNO

ARKIB : 19/06/1998

Tegak keadilan sosial -- Anwar gesa ahli UMNO lebih yakin perjuangkan agenda orang Melayu

ANWAR Ibrahim diberi tepukan gemuruh ketika bangun untuk memberi ucapan pada majlis perasmian Perhimpunan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli-ahli UMNO supaya lebih yakin memperjuangkan agenda orang Melayu ketika kegawatan ekonomi sekarang dengan berpegang kuat kepada prinsip keadilan sosial.

Timbalan Presiden UMNO menegaskan, ini memerlukan reformasi yang disemai oleh UMNO sejak 40 tahun lalu digilap 'segenap daya' sebagai perjuangan menjayakan agenda itu yang nampaknya lebih sukar ketika kegawatan ekonomi.

Menurut beliau, negara dan rakyat tidak dapat keluar daripada kegawatan ekonomi jika ada golongan mengambil sikap 'enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.'

''Golongan bernafsu besar ini mahukan mereka sentiasa didahulukan. Dalam zaman mewah mereka mahu membolot segala habuan.

''Tatkala kita berdepan dengan kesusahan mereka mahukan mereka dibantu dengan segera, terlebih dahulu dari yang lain dan dengan apa cara sekalipun,'' katanya.

Anwar menyatakan demikian ketika berucap merasmikan serentak Perhimpunan Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ucapan tersebut menyentuh pelbagai perkara antaranya tumpuan kepada agenda Melayu, menggilap semangat berkorban kepada semua golongan, meneruskan pembaharuan dan reformasi, bersatu di belakang pucuk pimpinan menghadapi kegawatan ekonomi dan memperjuangkan keadilan sosial dan pengagihan saksama.

Seramai 526 perwakilan Pemuda dan 528 anggota perwakilan Wanita menghadiri perhimpunan sehari itu sebelum disusuli esok dengan Perhimpunan Agung parti yang akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri mendedahkan bahawa golongan bernafsu besar itu menggertak sesiapa sahaja termasuk institusi-institusi kerajaan agar memberikan keutamaan terhadap menyelesaikan masalah mereka.

''Mereka merasakan diri mereka anak emas, perlu sentiasa ditatang, kemahuan mereka mesti dilayan, martabat mereka lebih tinggi dari seluruh rakyat jelata yang lain,'' tegasnya.

Sambil menyelar golongan tersebut, Anwar berkata, yang perlu didukung ialah kepentingan negara dan yang perlu diperjuangkan ialah kepentingan rakyat.

''Kepentingan umat harus mengatasi kepentingan golongan dan kelompok,'' ujarnya.

Memetik al-Quran surah al-Hasyar:7, beliau berkata: ''Kita perlu memperjuangkan keadilan sosial dan pengagihan saksama hasil ekonomi agar kekayaan tidak berlegar di kalangan orang-orang kaya.''

Anwar menambah, UMNO adalah sebuah parti yang menentukan agenda bangsa Melayu, ekonomi, sosial, agama, budaya, Wawasan 2020 dan gagasan masyarakat madani, maka jangan dibiarkan perhatian dan tumpuan dikalihkan oleh 'permainan catur orang lain.'

Dalam hubungan ini, Anwar mahu ahli-ahli UMNO menggilap semangat berkorban tetapi tidak boleh di satu pihak bagi memastikan negara dapat keluar daripada kegawatan ekonomi.

''Rakyat perlu berkorban, tetapi pemimpin juga perlu berkorban,'' katanya.

Beliau kemudian memberikan perumpamaan bahawa usaha memulihkan ekonomi ada juga persamaannya dengan merawat orang sakit.

''Ubat pahit perlu ditelan. Dalam masa merawat terkadang-kadang sakit bertambah. Kita perlu bersabar. Tidak ada jalan singkat kepada pemulihan,'' katanya lagi sambil menggesa ahli-ahli UMNO berpegang kepada semangat reformasi.

''Tanpa reformasi bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang jumud, bangsa yang tenggelam dalam lipatan sejarah, bangsa yang dilupakan,'' katanya.

Dalam suasana ekonomi yang lembap, Anwar berkata, pelaksanaan agenda memartabatkan bangsa Melayu menjadi lebih sukar kerana sumber yang ada adalah terbatas manakala sektor swasta mengembalikan sepenuhnya tanggungjawab sosial mereka kepada kerajaan.

''Dasar fiskal perlu ditumpukan terhadap membantu golongan yang paling memerlukan bantuan. Tumpuan juga perlu diberikan kepada golongan peniaga kecil dan sederhana. Peruntukan pembasmian kemiskinan ditambah. Tabung biasiswa untuk pelajar miskin digerakkan secepat mungkin,'' ujarnya.

Ini semua, katanya, memerlukan pengukuhan kekuatan dalaman, budaya, ekonomi dan politik dan menangani gelombang globalisasi dan zaman digital.

Dengan cara sedemikian, Anwar berkata, UMNO dapat merangka strategi agar tidak menjadi mangsa dan sebaliknya pemacu gelombang itu demi kesejahteraan umat dan bangsa.

Dalam ucapannya itu, Anwar turut menggesa seluruh ahli UMNO bersatu di belakang pucuk pimpinan dan terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti untuk menghadapi kegawatan ekonomi.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku sekarang sebagai suasana getir, beliau berkata, ''UMNO perlu bersatu dalam satu saf yang padu bersama pimpinan kita yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

''Kepentingan peribadi perlu diketepikan; dan sikap berkelompok atau berpuak harus dielakkan.''

Beliau kemudian mengajak ahli UMNO mengambil iktibar daripada kerenah akibat sikap berpuak-puak sambil merujuk kepada perpecahan yang pernah berlaku kepada parti itu pada tahun 1987.

''Sudah tentu ada petualang yang ingin menangguk di air keruh. Ada pihak yang cuba mengadu-domba. Jika ada media asing atau orang luar yang cuba melaga-laga di kalangan pimpinan kita, kita jangan terpengaruh. Kita jangan sekali-kali terperangkap dengan permainan mereka.

''Jangan juga kita menari menurut rentak golongan yang kecewa dan tersisih,'' ujarnya.

Beliau berkata anggota-anggota UMNO jangan sekali-kali terpedaya dengan pakatan ''gerombolan dengki dan konco-konco upahan mereka yang bersifat talam dua muka dan bergelumang dalam najis fitnah.''

Anwar jelas merujuk kepada kecenderungan media asing kebekalangan ini memberi gambaran kononnya beliau dan Dr. Mahathir sudah tidak sehaluan lagi dalam pendekatan menangani kegawatan ekonomi sehingga kenyataan berhubung soal dasar kewangan dilihat bercanggah.

Media asing juga dalam laporan-laporan mereka seakan-akan merendah-rendahkan kepimpinan Dr. Mahathir dengan memberi gambaran kononnya pemulihan ekonomi Malaysia menjadi sukar berpunca daripada beliau sementara Anwar dilihat sebagai pemimpin yang boleh mengatasi masalah itu.

Anwar menarik perhatian dalam suasana kusut seluruh ahli UMNO harus bertenang dan sentiasa mengawal emosi.

''Jangan kita menjadi bagai orang terpijak bara hangat, menjadi tak senang diam. Kita jangan hilang pedoman,'' katanya.

Kata beliau, UMNO harus terus berpegang kuat kepada prinsip perjuangan berteraskan Islam dan kebudayaan Melayu dan elakkan rasa gementar dengan mengukuhkan keyakinan terhadap perjuangan.

Oleh: AZIZ ISHAK


Betul punya kona la kan! Paling kelakar ialah : "Jangan kita menari menurut rentak golongan yang kecewa dan tersisih". Tiu nia seng.

Akibat Sumpah Laknat Semakin Menghampiri Anwar

Seperti telahan teman, Zulkifli Nordin juga menelah perkara yang sama. Anwar yang ketakutan semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menggunakan Cawangan Khas PDRM (special branch) untuk mencekup dan membelasah Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar 13 tahun lalu.

Itu bukti apabila kuasa ada ditangannya. Sebab itulah apabila timbul isu WikiLeaks, Anwar tidak menyalahkan DAP. Anwar menyalahkan Bukit Aman. Ini kerana PDRM telah mempunyai terlalu banyak maklumat mengenai kegiatannya.

Bagi teman, tempoh 11 bulan antara Karpal Singh mula mengadu di parlimen perbuatan TPM pada ketika itu dan tarikh TPM itu dipecat, adalah penuh dengan kenyataan-kenyataan yang tidak diketahui rakyat.

Anwar lebih mulia jika setelah dipecat, dia beralih ke bidang perniagaan atau bersara dari politik dengan mengerjakan ibadah sebanyak mungkin sebagai cara untuknya menyesali perbuatannya itu.

Tetapi dia memilih untuk menjadi pemberontak. Sebabnya mudah. Contohnya, jika A merogol kakaknya dan dibuang dari keluarga, sebagai seorang pemberontak, sudah tentu A akan mendendami keluarganya sendiri dan darah-dagingnya itu walaupun A tahu, dia adalah salah.

Yang salah tetaplah salah. Orang ternama, melakukan liwat? Dibuang jawatan? Sudah tentulah apa yang perlu dilakukan ialah untuk menipu demi maruahnya. Ini kan ciri-ciri seorang yang bernama Anwar Ibrahim.

Padahal telah disuruh letak jawatan TPM dengan penuh hormat, tapi enggan. Dibuang pun tidak disebut kerana melakukan salah laku seks. Yang disebut cuma rasuah dengan mengkayakan kroni-kroni. Sebab itu dia berani menyebut "sapa yang tak buat?" dalam Mesyuarat Tergempar MT UMNO.

Sumpah laknat sudah sampai. Penyokongnya pun bakal kena getah. Bertaubatlah.

Saturday, December 18, 2010

Terima Kasih Atas MRT Sg. Buloh - Kajang

Terima kasih teman ucapkan kepada PM atas pelancaran projek MRT sepanjang 60km dari Sg. Buloh ke Kajang yang melibatkan 35 buah stesen. Ini projek prasarana rel ringan yang ketiga untuk Lembah Klang. Yang terakhir siap, mula beroperasi 12 tahun lalu.

Projek ini akan mula dibina pada bulan Julai 2011.

Namun, kita tetap berharap agar Pulau Pinang juga dilengkapi sistem ini. Tetapi penduduk Pulau Pinang dilihat menolak pembangunan dari tangan Barisan Nasional buat masa ini.

Penduduk Johor Bahru juga akan mempunyai MRT yang menghubungkan bandaraya tersebut dengan Singapura pada masa depan. Seberapa depan, kita belum tahu.

Cuma, alangkah bagusnya sekiranya kerajaan pusat dapat menambah lagi rangkaian keretapi konvensional yang selama ini dihidupkan atas jajaran yang disediakan British.

Contohnya membina landasan keretapi yang menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu melalui negara Brunei.

Projek ini mungkin dilihat sebagai merepek tetapi dalam sebuah negara maju, memang penuh dengan berbagai unsur yang merepek-repek.

Apapun, akhirnya, pembangunan rel transit ketiga di Lembah Klang ini terlaksana. Terima kasih.

Barisan Nasional Lalai Dalam Satu Perkara

Sebagai pemerintah yang mengharapkan momentum kemenangan dari orang muda, meletakkan muka yang tua-tua dalam kabinet adalah tidak wajar langsung, malah tidak berkesan.

Mereka boleh menjadi Naib Presiden dan jawatan tinggi-tinggi dalam parti sekalipun, tetapi untuk menjalankan kerja yang perlu mendasari hati kehendak rakyat yang piramid demografinya dipenuhi orang muda, bukanlah orang-orang tua yang pasti tak sebulu tentang itu ini.

Apa pula kapasiti Rais Yatim semasa dilantik Menteri Penerangan kali pertama pada tahun 1984? Ketika itu dia berumur 42 tahun. Hari ini, tiadakah pemimpin muda dalam lingkungan itu sesuai menjawat portfolio sepenting itu?

Pada tahun 1979, Samy Vellu mula menjawat Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan pada usia 43 tahun. Lim Keng Yaik menjadi Meneri Perusahaan Utama pada tahun 1986 pada usia 47 tahun. Ling Ling Sik juga dilantik Menteri Pengangkutan pada tahun 1986 pada usia 43 tahun.

Senario hari ini, Mukhriz Mahathir yang berumur 46 tahun pun hanya menjawat "timbalan menteri".

Jika rejuvenikasi UMNO tidak mengambil tempat, nescaya segala usaha menjadi sia-sia kerana golongan muda tidak dirangsang oleh suara pemimpin muda dalam kerajaan.

Usaha ini pada zaman awal pemerintahan setiap perdana menteri baru, telah memanjangkan hayat pemerintahan Barisan Nasional.

Tindakan kerajaan BN menempatkan orang muda pada tahun 1970an dan awal 1980an adalah ibarat BN diremajakan semula setelah meniti usia tua.

Justeru, kuasa politik UMNO dipanjangkan. Hari ini, disebalik segala laungan, sesungguhnya Malaysia dipimpin oleh kumpulan orang-orang tua yang dipandang tidak releven oleh sesetengah masyarakat pada peringkat tertentu.

Rejuvenikasi belum terlaksana. Ini menentang tradisi!

Malaysia Bakal Sekular Sepenuhnya

Selain membalas jasa DAP yang menyorokkan kisah aktiviti homoseksualnya (walaupun mereka yang dedahkan semasa dia menjawat TPM), Anwar mempunyai sebab lain untuk menentang Islamisasi negara ini.

Sebab itulah dia mendapatkan teman karib dari Indonesia dan Turki.

Indonesia adalah sebuah negara 90% muslim yang berbangga dengan sekularisme yang menjadi dasar pemerintahan mereka melalui pluralisme Pancasila.

Turki merupakan negara 95% muslim yang mempertahankan sekularisme yang diterap oleh Kamal Attarturk dan menentang keras Islamisasi.

Anwar dalam usahanya, mendapati DAP lah yang paling sesuai untuk disekutukan menentang Islamisasi negara ini. Tambahan pula DAP sanggup melacurkan kehormatan mereka demi menentang Islamisasi ini dengan melupakan perbuatan mereka menjatuhkan Anwar dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997.

Kita perlu waspada kerana sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Dewan Rakyat, mereka terlebuh dahulu akan menggantung ahli-ahli Parlimen UMNO seperti mereka menggantung ADUN-ADUN UMNO di Selangor.

Dengan menggantung ahli Parlimen UMNO yang kononnya ketika itu menjadi pembangkang, mereka dapat meminda perlembagaan dan menerapkan sekularisme melalui dasar-dasar yang dirangka.

Anda fikir ini mustahil untuk negara Malaysia yang mempunyai 65% orang Islam? Sesungguhnya Indonesia dan Turki yang mempunyai penduduk Islam lebih 90% telahpun diacu untuk mendiami sebuah negara yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Undilah Pakatan Rakyat untuk memberikan bala kepada anak cucu kita. Marilah beramai-ramai masuk Parti Ajaran Sesat yang kononya Islam, tetapi hakikatnya sekelompok pengamal 'ajaran sesat' yang mengubah fitrah 'politik berpandukan agama' kepada 'agama berpandukan politik'.

Thursday, December 16, 2010

Tahniah Skuad Kebangsaan. Kami Mahu Lebih lagi!


Nasionalisme dan cinta negara hakikatnya boleh diterap dengan sukan paling popular. Bolasepak. Jika negara mempunyai pasukan bolasepak yang mantap, pastinya akan menimbulkan rasa bangga kepada rakyat dan dengan ini, usaha nasionalisma dan patriotisma dapan dijalankan bersekali.

Teman perhati rakyat Indonesia. Lepas team demer menang sana sini, rasa cinta negara demer jadi lebih menebal. Jadi kita juga boleh menggarap kaedah yang sama.

Jika dilihat di Bukit Jalil malam tadi, ramai juga penyokong dari kalangan bukan Melayu yang turun menyaksikan perlawanan bola tersebut.

Jika untuk perlawanan dalam negeri, ramai mereka cuma sekadar ke sana sebagai agen judi yang bertaruh sahaja. Ini teman bukan reka. Ini fakta.

Tak tahu la pulak kalau malam tadi mereka ke sana juga disebabkan betting atas perlawanan melalui ejen-ejen haram.

Yang penting, teman dapat rasakan politik bijak bolasepak tanahair pada perlawanan mula menentang Indonesia tempoh hari.

Mereka nampaknya tidak bermain dengan sepenuh semangat juang kerana mereka seperti ada agenda lain.

Tetapi, harapan teman, pasukan Malaysia dapat mencipta kemenangan lebih besar lagi di Hanoi dan hanya dengan itulah, rasa semangat cinta negara akan lebih harum subur di hati buat mereka yang keraguan.

Congak punya congak, akhirnya Vietnam lawan Filipina. Rasakan! Hehehe.

Wednesday, December 15, 2010

Tentera Indonesia 'Tangkap' Noh Omar

Noh Omar yang menaiki pesawat sewaan yang mendarat tanpa izin di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, ditahan Tentera Indonesia atas sebab pesawat yang dinaikinya tidak mempunyai keizinan mendarat di lapangan terbang tersebut.

Kejadian jam 1.45 tengahari semalam waktu Malaysia dikatakan disebabkan pesawat yang berlepas dari Timor Leste tersebut hendak mengisi minyak di Surabaya.

Noh Omar dikatakan bersama 6 orang pegawai kerajaan adalah antara 81 orang penumpang pesawat tersebut yang dipintas Tentera Nasional Indonesia sebaik sahaja menghampiri bangunan terminal dan kesemua mereka ditahan.

Namun, Noh Omar, seperti yang dijelaskan oleh jurucakap TNI, Laksamana Pertama Iskandar Sitompul, telah kemudiannya berlepas pulang menaiki pesawat komersil bersama pegawai-pegawainya.

"Pesawat itu pesawat komersil dari Dili mau ke Malaka. Tujuan ke Juanda hanya melakukan pengisian bahan bakar. Pesawat harus menunggu proses perizinan karena tidak membawa security clearance," ujar General Manager PT Angkasa Pura I, Trikora Hardjo, kepada wartawan di Bandara Juanda, Surabaya.

Kejadian itu telah mengundang kritikan melulu lagi ke atas Malaysia seperti kebiasaannya. Ini kerana dek sensasi wartawan Indonesia yang memang kita kenali.

Diberi Izin Pulang, Pesawat Malaysia Tinggalkan Bandara Djuanda

Pesawat Menteri Malaysia Hendak Isi Bahan Bakar di Bandara Djuanda

Pesawat Ditahan TNI, Menteri Malaysia Pulang Naik Maskapai Komersil

Mendarat Tanpa Izin, Pesawat yang Ditumpangi Menteri Malaysia Ditahan TNI

Tuesday, December 14, 2010

Rakyat Singapura Mula Bangkit?

Nampaknya, isu yang ditimbulkan WikiLeaks berhubung perbuatan Singapura memburuk-burukkan jiran tetangganya mengundang reaksi keras rakyatnya.

Ini mungkin akan menggugat pemerintahan PAP di Singapura yang telah bertahan sejak awal penubuhan negara tersebut. Cabaran menanti PAP kerana mereka akan menghadapi Pilihanraya Umum pada tahun 2011.

Ramai rakyat Singapura mula kecewa dengan sikap besar mulut pemimpinnya yang bagi mereka mula menyombong di persada antarabangsa. Berikut beberapa komen yang dipetik dari New Temasek Review.

Max:
December 13, 2010 at 11:56 am Max(Quote)
Still trying to figure out the saying “politics is dirty”. Whatsoever, let’s stay focus on the “bread and butter” issues for Singaporeans. How and what must we do to get Singapore and Singaporeans out of the unhealthy situation?

Mad Hatter:
December 13, 2010 at 12:37 pm Mad Hatter(Quote)
Last night I had the strangest dream
I’ve ever dreamt before.
I dreamt that Opposition parties
will rule in Msia & Singapore.
They deserve one another. Period!

PAP Sucks:
December 13, 2010 at 12:48 pm PAP Sucks(Quote)
If Malaysia wants to prove Singapore wrong and show that Malaysian politicians are not incompetent, Malaysia should cut off the water supply?That would suck, since we need to wash our clothes.PAP ministers of course can import expensive Zegna shirts from Italy by the truck load or have their maids wash their clothes with imported Evian spring water from France.The rest of us lesser mortals, we will have to drink NEW WATER.
Lol!

RMorgan:
December 13, 2010 at 2:09 pm RMorgan(Quote)
It is said the biggest sin of all sins is to talk bad about somebody behind his back. The reason being it is unfair as he is unable to defend himself and naturally anybody will get angry when he gets to know about things said behind his back. However there are hundreds of officials representing the government in various capacities. So it stand to reason that you cannot gag each and everyone of them.Not all of them are smart, intelligent and efficient as they appear or are made out to be. Some of them are downright arrogant and obviously plain stupid as the leaks revealed. They are not that brainy after all.

Dawn:
December 13, 2010 at 2:42 pm Dawn(Quote)
Our 3 stooges pranced with the US Deputy Secretary of Defense for East Asia David Sedney to get adulations!So embarassing for PAPigs but it must be so galling for our neighbouring political leaders!

Serious Thots:
December 13, 2010 at 3:16 pm Serious Thots(Quote)
Where is our Prime Minister Lee Hsien Loong?
He behaves exactly like a spoilt TV – no picture and no sound.
George Yeo, his comrade is the meantime taking the heat for something he did not do. So much for our Prime Minister.

Baby Boomer:
December 13, 2010 at 5:00 pm Baby Boomer(Quote)
Isn’t it a coincidence that things are turning out bad for the ruling party just when they thought they have buried the negatives of last 4 years with massive propaganda, and are preparing a bag of goodies just before GE 2011 so they can have another clean sweep of the seats.I’m sure there will be more worms coming out of the can to teach these arrogant, power addicted people a good lesson.And I hope the voting Singaporeans will teach the greatest lesson of all.

Luvega Degoo:
December 13, 2010 at 7:35 pm Luvega Degoo(Quote)
If opposition wins, all so-called talents still exist n cv servis still exist n operate

nihon:
December 13, 2010 at 10:29 pm nihon(Quote)
NOT surprising at all, afterall the papigs always rely on smear and slander to win, i have met many papigs’ lackeys n running dogs, and they usually slander and backstab their colleagues at work, and always wayang, sarkar (curry favour) but can’t work.sheer hypocrisy – eg. The bapok mp maliki, just a backstabbing good for nothing, useless goon.that’s why we are suffering due to their failed policies, need to vote in the new parties.

atobe:
December 14, 2010 at 2:45 am atobe(Quote)
It all depends on the character of the Malaysian PM that is currently in office.
During Mahathir’s term, he practically encourages his ministers and Members of Parliament at the Federal and State levels to be as vitrolic as he was.
This saw a complete change when Badawi took over as PM, and now with Najib since 2009.With these two persons in the Malaysian PM’s Office, the relationship between Malaysia and Singapore took on a more positive change, with many disruptive issues suddenly resolved amicably.The Wikileaks that exposed the back-stabbing remarks made as recent as 2008 and 2009 will surely be a blemishing mark on Singapore’s Government, especially when these were made during the term of the two friendliest Malaysian PM after more then 20 years !!!Singapore’s friends will surely ask themselves – “with friends like this, who needs any enemies” ?