Lihat gambar ini. Lihat sahaja perbezaan antara pembukaan tanah yang berlaku di DUN Hulu Kinta yang dinaungi warna, dan di DUN Simpang Pulai yang tidak dinaungi warna.
Berbanggakah rakyat Melayu Simpang Pulai yang mengundi Chan Ming Kai apabila mengetahui bahawa pembukaan tanah-tanah bekas balak di situ untuk pertanian dimonopoli oleh bukan Melayu. Apa pengundi Melayu Simpang Pulai dapat?
Keletah bangang ADUN di negeri Perak tidak boleh ditidakkan kerana mereka dipilih oleh majoriti rakyat dikawasan mereka.
Seperti Pasir Panjang mendapat nama tidak baik kerana menaikkan Nizar Jamaluddin walaupun calon MIC yang ditentang Nizar juga memang wajar sahaja ditolak atas sebab tertentu yang membuatkan pengundi Pasir Panjang sebulat suara menolaknya.
Begitu juga Simpang Pulai yang memiliki ramai pengundi Melayu. Chan Ming Kai diundi oleh ramai orang Melayu Simpang Pulai. Tetapi apa nasib orang Simpang Pulai?
Adakah Chan Ming Kai memberi galakan dan bantuan pertanian untuk orang-orang Melayu di bawah kawasannya untuk menduduki tanah kerajaan (bekas balak, pinggir sempadan Hutan Simpan Bukit Kinta) dengan pertanian? Sudah tentu tidak.
Lihatlah ceruk-ceruk bukit di tanah rendah antara Simpang Pulai ke Cameron Highlands. Seberapa ramai orang Melayu yang berjaya membuka tanah pertanian di situ? Tetapi tahukah mereka, penanaman bunga dan sayur oleh pengusaha Cina dari Cameron Highlands telah pun mengambil tempat.
Siapakah ADUN yang berkuasa menandatangani borang permohonan menduduki tanah kerajaan di sana?
Apa orang Melayu Simpang Pulai dapat? Bukan sahaja isi, malah kuah dan tulang pun mereka sanggup curah ke longkang daripada dapat ke orang Melayu.
Chan Ming Kai berselindung di sebalik soalan lisan di sidang yang bertanyakan soal pembalakan sedangkan siapa yang mengambil manfaat di bekas-bekas tanah yang dibalak di kawasannya?
Mungkinkah dia menjadi sangat kurang ajar kerana isu pembalakan ini telah memasuki zon konflik kepentingan antara dia, kerajaan negeri dan pekebun bunga dan sayur dari Cameron Highlands.