Anwar seperti mempunyai agenda tersembunyi yang kurang diketahui ramai dalam tindakannya menyamakan 1Malaysia dengan One Israel. Dia secara halus, membuatkan penyokongnya mengiktiraf negara Israel seperti yang dilakukannya dalam Annapolis Summit.
Kita mengetahui, Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Maka dengan itu, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka. Pasport kita tidak boleh digunakan di Israel dan pasport Israel tidak sah di negara ini.
Anwar, seperti pemimpin Islam liberal yang lain, tidak senang dengan perkara ini. Seperti golongan pro-Israel di negara ini, Anwar mahu menyemai benih-benih pengiktirafan Israel sebagai sebuah negara, dikalangan orang Islam.
Tidak hairanlah jika selepas Barat mengutuk Anwar yang membangkitkan isu APCO di Parlimen, Anwar bersegera menemui pemimpin Barat untuk membuat penerangan.
Selepas dari itu, hentaman ke atas Anwar senyap. Padahal Anwar, hari ini, masih lagi membawa isu APCO ke Dewan Rakyat hingga membawa kepada penggantungannya yang meroyan tentang isu itu seperti tiada isu lain yang lebih penting.
Malaysia merupakan negara berdaulat yang diiktiraf kewujudannya di dunia. Istilah 1Malaysia untuk sebuah negara berdaulat memang terpakai dengan sah.
Tetapi, apakah istilah One Israel terpakai untuk dibuat perbandingan? Israel bukan sebuah negara di sisi penduduk negara ini dan di sisi dasar luar negara ini.
Meletakkan 1Malaysia setaraf dengan One Israel membuatkan secara tidak langsung Israel diiktiraf sebagai sebuah negara sebaris dengan negara-negara yang diiktiraf Malaysia.
Maka tidak hairanlah Anwar menghabiskan masanya menaip skandal-skandal APCO yang dikatakan mempunyai rekod yang mencurigakan dan menghurai penjawat-penjawat tertinggi APCo dan kaitannya dengan Israel.
Ini boleh menutup kisahnya yang semakin hari semakin terburai dari kerahsiaan. Tabir jeliknya, hipokrasinya yang menipis, semakin lutsinar.
Pada masa yang sama, orang tua ini belum lagi menjawab persoalan pembabitannya dalam Annapolis Summit berhubung isu Israel Palestin di mana tidak seorangpun wakil Arab Palestin ada dalam sidang tersebut, melainkan seorang Melayu lupa diri yang pluralis.
Jika hendak dihuraikan perkaitan dengan Israel dan sebagainya, cubalah bongkar MacDonalds, Coke, Facebook, Google, Blogger, Yahoo, Nestle dan segala-gala yang menjadi kegunaan biasa hari ini yang tidak melibatkan orang-orang Israel.
Jika tidak mahu semua itu, beri 1 sebab yang setanding tentang keterlibatan engkau dengan Paul Wolfowitz selama ini. Cuma 1 sebab.
Itu belum diminta untuk sediakan teks yang jujur tentang apa yang diperkatakan olehnya ketika segera ke Amerika Syarikat selepas dia dikecam pihak di sana dan dituduh anti-Semitik sehingga membuatkan mereka hari ini diam.