Wednesday, December 08, 2010

Orang-Orang Muda Sokong Pakatan Rakyat?

Orang muda kini semua menyokong Pakatan Rakyat. Hinggakan had umur mengundi mahu diturunkan lagi. Sangat menakutkan. Kenapa menakutkan? Ini kerana ia menunjukkan bahawa trend berangan Pakatan Rakyat tidak akan menjatuhkan mereka kerana BN sendiri tidak mengubah corak pendekatan ke atas golongan muda.

Orang muda di Malaysia sebenarnya mahukan lebih banyak perhatian. Contohnya program-program keusahawanan yang menjalar hingga keluar dari ruang lingkup politik.

Kebanyakan program keusahawanan di peringkat bawah dibolot oleh mereka-mereka yang aktif berpolitik dan kekecewaan terus tercetak di hati mereka yang bukan ahli tetapi yakin dengan kerajaan dan corak pengundian akan lebih kepada luahan protes.

Keburukan parti pembangkang sangat jelas. Pemimpin mereka tua ganyut sampai ada yang nyanyuk. Pemimpin mereka mula bermain taktik politik sejak emak mereka masih anak dara. Pemimpin mereka adalah gabungan keluarga A dan keluarga B yang senyum di depan, kutuk dibelakang.

Jadi apa yang buatkan mereka berani menyebut orang muda cenderung memilih mereka? Kerana, mereka meletakkan orang muda yang baru. Hinggakan pengundi menyebut "asal bukan BN". Itu bermakna mereka tidak semestinya menerima Pakatan Rakyat kerana tidak ada pilihan ketiga.

Mereka nampak usaha pemerintah tidak menyerap ke dasar jiwa orang muda di negara ini. Ini akan membuatkan orang muda, yang bagi mereka golongan jumud dan bodoh kerana menyokong mereka yang lapuk dan nepotis atas dasar protes akan tetap mengundi mereka.

Sebab itulah mereka mendesak umur pengundi diturunkan lagi ke 18. Sebenarnya, jika kerajaan benar-benar mendekati orang muda MELALUI SALURAN YANG BETUL, itu bukan satu masalah.

Indonesia Merungut Silap Pilih Presiden

Seorang mahasiswa di ruangan Kolum akhbar berpengaruh Detiknews, Agus Dwi Saputro penuntut Institut Studi Islam Darussalam petang ini menulis tentang apa yang teman selalu katakan tentang demokrasi hari ini.

Dia mengkritik Susilo Bambang Yudhoyono yang mengubah corak pentadbiran Indonesia dengan memperkenalkan presiden yang dipilih rakyat.

Sebelum SBY, Presiden Indonesia dipilih oleh Majlis Permesyuaratan Rakyat dengan mengambilkira berbagai kriteria.

Agus menjelaskan senada dengan teman bahawa, sistem pengundian memilih Presiden akan menghasilkan pilihan yang salah. Ini kerana, corak pemikiran dan corak pemahaman rakyat biasa tidak sama tentang politik.

Ini secara halus menyebut bahawa rakyat kebanyakan memang tidak pandai menilai dan mengundi mengikut fahaman sempit, kebencian dan isi perut. Seharusnya kepala negara dipilih oleh ahli politik, ahli agama, ahli akademik dan ahli pertahanan dalam satu mesyuarat tertutup di kalangan mereka.

Dia mungkin takut untuk menyanggah demokrasi dengan cara pengundian tetapi teman kekal dengan pendapat teman bahawa mengundi adalah cara yang salah untuk memilih pemimpin. Ini mungkin berkait dengan atmosfera politik Indonesia hari ini merasakan negara mereka 100% demokratik kerana mengamalkan sistem ini yang hari ini disanggah oleh mereka sendiri.

Tapi, walaupun salah, kita terpaksa memakainya. Jika kita tidak mengundi, bagaimanakah pula mereka semua mengundi? Jadi kita akan ditakluk oleh mereka. Jadi, dalam cabaran sebuah negara yang mahu mempertahankan Islam, peratus keluar mengundi orang Islam haruslah 100% dengan masjid menjadi medan bersatu.

Di negara ini, masjid menjadi kubu politik pembangkang dan Islam di ambang zaman matlamat menghalalkan cara dan ke masjid untuk menyemai kebencian, bukannya kasih sayang. Jika beginilah negara ini, mengundi memang menjadi sesuatu yang salah mengikut hukum.

Akhirnya timbul berbagai demokrasi alternatif yang bersesuaian hukum. Tidak lain, hanyalah sistem yang berkait dengan sistem khalifah. Nanti teman kupaskan.

Tak Salah Sebut Mereka Tidak Patriotik

Teman tak boleh nak cakap apa lagi la bila Menteri Pertahanan dengan sendu mengaku bahawa dia tidak berniat menyakitkan hati mana-mana pihak berhubung kenyataan yang merujuk bahawa peratusan kaum Cina dan India di dalam tentera negara ini menunjukkan tahap patriotisme mereka.

Bagi teman, kalau pemimpin pembangkang Cina dan India boleh membuat kenyataan yang menyakitkan hati orang Melayu tanpa segan silu, kenyataan Zahid Hamidi itu tidak ada yang salah.

Berapa banyak orang-orang Cina dan India yang sanggup mempertahankan negara ini dengan darah? Berapa ramai yang akan redha sekiranya pencapaian mereka di sukan antarabangsa tidak diganjari wang ringgit?

Berapa ramai di antara mereka yang mempertahankan negara apabila terjebak dalam isu-isu meremehkan negara di forum-forum siber seperti di Lowyat.Net?

Kebanyakan mereka telah mempersiapkan wang dan pasport dan seandainya berlaku peperangan, maka hilanglah mereka melalui mana-mana pintu negara yang ada. Selain istilah 'kiasu' (takut kalah) yang menjadi pegangan mereka, 'kiasi' (takut mati) juga adalah pegangan mereka.

Ketenteraanlah merupakan indikasi terpenting tahap patriotisme rakyat pada sesebuah negara. Pejuangan demi negara dipandang penting dan perjuangan selalu disebut "hingga ke titisan darah terakhir" dan "biar putih tulang jangan putih mata".

Darah? Tulang? Mendengar perkataan ini cukup untuk mereka menjauhkan diri dari dunia ketenteraan. Jika hendak melonggarkan latihan ketenteraan demi menarik mereka masuk, baik jangan. Malaysia tidak memerlukan tentera paksaan yang bapok.

Antara Melayu Islam UMNO Dan Islam Melayu PAS

Polemik mengenai Islam Melayu dan Melayu Islam terus mewarnai politik akar umbi. Teman berpeluang berbual dengan beberapa rakan sepejabat yang menganut fahaman PAS dan mereka ketika itu sedang berbual dengan rancak soal terma Melayu Islam yang dipopularkan UMNO dan soal Islam Melayu yang ditegakkan oleh PAS.

Teman bukan nak mengutuk bangsa sendiri. Tapi dalam kalangan bangsa Amerika yang berbagai tu pun ada juga konsep mengasingkan aktiviti sendiri mengikut keturunan.

Ada dikalangan keturunan Cina berbangga dengan kecinaannya. Yang Greece berbangga dengan keyunaniannya. Yang Itali berbangga dengan keitaliannya. Yang Irish berbangga dengan keirishannya. Begitu jugalah dengan India, Prancis, Spanyol, Hispanik dan lain-lain.

Tetapi yang jelas mereka tetap berpegang pada satu kesepakatan. Tiada pemimpin selain dari yang beragama Kristian.

Namun di Malaysia, apa yang jelas, kita melihat PAS sengaja memperenakkan convinience marriage sesama parti pembangkang yang diteraju non-Muslim untuk menyebut bahawa mereka bersetuju atas apa juga dasar secara melulu.

Berdasarkan apa yang kita tahu mengenai Melayu, tidak kiralah Melayu Lama atau Melayu baru, sifat yang terpakai pada semua jenis Melayu selalunya negatif-negatif belaka.

Jadi dengan memperkukuhkan Melayu melalui pegangan Islam itulah yang terbaik daripada mengamalkan Islam dengan cara Melayu.

Berdasarkan penggunaan bahasa, maka tepatlah terma Melayu Islam berbanding terma Islam Melayu.


Islam Melayu ala PAS bukan sahaja menggalakkan fitnah, malah menyuburkan dan menyebarkannya. Melayu Islam tidak mengamalkan perkara ini kerana takutkan dosa.