Monday, December 29, 2014

Ribut tropika Jangmi diunjur menuju Kelantan



Ketika ini unjuran komputer analisis Weather Underground menunjukkan Ribut Tropika Jangmi diramal menuju ke negeri Kelantan.

Tempoh ketibaan dijangka dalam masa 7 hari dengan situasi ribut tropika itu telah turun kategori kepada depresi tropika.

Walaubagaimanapun, unjuran ini mampu berubah dari masa ke semasa.

Ribut tropika Jangmi ini terbentuk di penghujung Disember di mana pergerakan sebarang ribut tropika atau taufan di Pasifik Barat pada waktu begini, adalah arah barat.
Ini bermakna depresi tropika yang terjadi di selatan Filipina, kira-kira 1500 km sebelah barat tempat kebiasaannya taufan yang selalu menerjang Filipina mula terbentuk ini, mampu untuk melalui Laut China Selatan untuk sampai ke Semenanjung di samping memberi kesan kepada negeri Sabah sendiri.

Namun, unjuran 5 hari yang dibuat oleh Weather Underground ini tidak meramalkan ribut kategori ini untuk meningkat kepada kategori taufan memandangkan suhu air laut yang sejuk di Laut China Selatan tidak membantu menjadikan ribut tropika ini memburuk kepada taufan atau taufan-super.

Walaubagaimanapun, pemantauan berterusan perlu dilakukan.

Ribut Tropika Jangmi dijangka masuk perairan Malaysia

Depresi tropika yang belum diberi nama semalam kini telah dinamakan Jangmi setelah ia dinaikkan kategori kepada ribut tropika.

Ribut tropika Jangmi ini terbentuk di penghujung Disember di mana pergerakan sebarang ribut tropika atau taufan di Pasifik Barat pada waktu begini, adalah arah barat.

Ini bermakna depresi tropika yang terjadi di selatan Filipina, kira-kira 1500 km sebelah barat tempat kebiasaannya taufan yang selalu menerjang Filipina mula terbentuk ini, mampu untuk melalui Laut China Selatan untuk sampai ke Semenanjung di samping memberi kesan kepada negeri Sabah sendiri.

Namun, unjuran 5 hari yang dibuat oleh Weather Underground ini tidak meramalkan ribut kategori ini untuk meningkat kepada kategori taufan memandangkan suhu air laut yang sejuk di Laut China Selatan tidak membantu menjadikan ribut tropika ini memburuk kepada taufan atau taufan-super.


Walaubagaimanapun, pemantauan berterusan perlu dilakukan.





Pesawat QZ8501 didakwa mungkin dipanah petir dengan pendaratan atas air yang gagal menyelamatkan

Pakar penerbangan mendakwa bahawa pesawat QZ8501 telah dipanah petir. Turut dipertunjukkan ialah kejadian petir pada saat pesawat tersebut melintasi cuaca buruk di perairan Selat Karimata.

Mereka juga membuat andaian bahawa peluang untuk melihat penumpang terselamat andai berlaku pendaratan atas air adalah tidak memihak kepada para pengharap.

Jika pendaratan tersebut telah berlaku sekalipun, mereka amat yakin bahawa ia gagal menyelamatkan nyawa penumpang dan krew.


Aviation expert: Prognosis for missing passengers is 'not good'


Storm: Lightning is shown in the plane's flight path

An aviation expert has suggested that the prognosis for those onboard missing AirAsia flight QZ8501 is 'not good.'
David Learmount, operations and safety editor of Flight Global, said pilots routinely request diversions when faced with storms.
He said: "Storms can be very, very powerful indeed and rip a medium-sized aeroplane completely apart, that's why a pilot will routinely ask to divert around them.
“The plane could not still be airborne - it was a short-haul flight, there would be no fuel for staying in the air for quite as long as this."
He suggested it was unlikely those on board would have survived a sea landing, the Telegraph reports.
"I think the prognosis is not good," he said.

Pesawat QZ8501 dikatakan terbang terlalu perlahan sebelum hilang



Pakar penerbangan berkata pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang hilang pagi semalam telah terbang pada kelajuan 100 knot atau 185 km/j, satu catatan kelajuan yang rendah dari sepatutnya sebelum ia hilang.

Geoffrey Thomas dari airlineratings.com memberitahu BBC bahawa data yang dicatatkan oleh radar menunjukkan pesawat terbang pada kelajuan 353 knot (653 km/j). Dia menambah bahawa walaupun ianya sekadar spekulasi, adalah mungkin untuk juruterbang kehilangan data kelajuan jika alat tiub pitot yang mengukur halaju dalam udara, membeku.

Hal ini terjadi pada pesawat Air France Airbus 330 yang terjunam ke Lautan Atlantik pada tahun 2009.

A flights expert said the missingAirAsia plane was flying 100 knots (nautical miles per hour) slower than it should have been when it vanished.
Geoffrey Thomas, of airlineratings.com, told the BBC that radar plots showed the plane was flying at 353 knots.
Thomas said that although it was only speculation, it was possible the pilots may have lost air speed data because pitot tube instruments (which measure air speed) may have become iced up.
This is what is thought to have had happened when an Air France Airbus A330 crashed over the Atlantic Ocean in 2009, the BBC reports.
AirAsia group has had no previous fatal accidents involving its aircraft.

Sabah diramal terkesan oleh ribut tropika Khamis ini

Satu depresi tropika terbentuk di selatan Filipina di mana pakar menjangkakan ia akan meningkat kepada Ribut Tropika ketika menghampiri perairan Sabah , Rabu ini.

Sementara ini belum ada nama diberikan memandangkan ia belum memasuki peringkat taufan.

Menurut unjuran semasa, impak maksimum ribut tropika ini ke atas Sabah akan dirasakan pada hari Khamis dengan angin berkelajuan 60km/j.

Sebarang perubahan unjuran akan dikemaskini di blog ini memandangkan ia berpotensi untuk melemah, menguat atau berubah laluan.

Sebarang perubahan ke Barat Daya memberi kesan kepada Sandakan manakala perubahan laluan ke Barat Laut mengurangkan kesan ke atas Sabah.