Wednesday, May 29, 2013

Guru ramai pembangkang?


DI SEKOLAH saya bekerja ada lebih 80 orang guru tetapi tidak sampai 10 peratus yang pangkah BN, yang lain semua pangkah pembangkang.

Malah seorang ustazah dengan bangga mengatakan bahawa dia pangkah DAP, kerana terlalu benci dan sakit hati kepada UMNO.

Dalam bilik guru semua guru bercakap tentang keburukan kerajaan. Menghentam UMNO. Mereka maki hamun kerajaan yang banyak menolong mereka. Apa saja kerajaan buat semuanya salah.

Fenomena ini bukan saja berlaku di sekolah saya malah sekolah seluruh Malaysia dan jabatan kerajaan yang lain. Saya tidak tahu apa masalah guru. Apa lagi mereka mahu. Di mana fikiran logik mereka sebagai seorang pendidik. Kemudahan terbentang luas. Bukti kejayaan di depan mata. Kebenaran sudah nampak, tetapi masih termakan hasutan pembangkang.

Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk saja. Bila bajet semua bertenggek depan TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskan Islam dan Melayu.

Wahai guru belajarlah bersyukur dan berterima kasih. DAP penipu besar. Buat apa kita pangkah dia.

Dia guna PKR untuk menipu orang Melayu. Tetapi orang Melayu berpolitik sangat bodoh. Orang Cina sudah bersatu untuk menentang Melayu, tetapi kita berpecah belah. Buat fitnah sesama sendiri.

Marilah kita bersatu. Inilah formula yang terbaik untuk memperkukuhkan Islam dan orang Melayu. Kalau DAP dan MCA boleh berpakat dan bersatu, mengapa orang Melayu bermusuhan.

Negara kita pelbagai kaum, kalau kita tidak bersatu bangsa lain yang untung dan mereka tepuk tangan.

Lihatlah bangsa kita sudah tidak terurus dan porak-peranda.

Melayulah paling ramai menghasilkan anak luar nikah dan buang bayi. Melayulah paling ramai penagih. Bangsa apa yang menjadi peragut dan siapakah mat rempit, bohjan dan bohsia?

Sumbang mahram berlaku sana sini. Lihatlah berapa ramai anak Melayu tidak tahu mengucap dan tidak pandai membaca al-Quran.

Tetapi ustaz dan ustazah hanya pandai berpolitik di sekolah. Ini dosa siapa? Cuba tanya diri sendiri, pernahkah ustaz dan ustazah buat kelas tambahan untuk anak bangsa sendiri bagi menyelesaikan masalah ini? Tidak perlulah mencari kesalahan orang lain kalau tanggungjawab sendiri pun kita abaikan.

Kalau mahu wujudkan negara Islam kita mestilah Islam diri kita dahulu, lepas itu Islamkan keluarga kita, kemudian masyarakat seterusnya negeri dan akhir sekali barulah Islamkan negara.

Ummah mantap negara kuat. Bila kita kuat tidak ada isu murtad, isu kalimah Allah, isu buang kepala babi di kawasan masjid, isu memprotes suara azan dan akhir sekali tidak akan ada isu mengkristiankan umat islam.

Sejarah telah memberi banyak pengajaran dan tidak pernah menipu kita.

Lee Kuan Yew, PM Singapura pertama sanggup masuk kampung Melayu dan pakai songkok bagi mendapat sokongan orang Melayu untuk Singapura berpisah dengan Malaysia.

Akhirnya Melayu dapat hampas saja. Di Selangor DAP sanggup masuk masjid untuk menunjukkan mereka boleh membela Islam dan melayu.

Maka orang Melayu pun tersengeh termasuklah yang pakai serban dan berjanggut. Tetapi DAP kata orang Melayu sudah masuk perangkap.

Ekonomi dalam genggaman. Kuasa politik sebelah tangan. Pulau Pinang sudah tumbang. PKR dan Pas masih berangan-angan.

Percayalah bangsaku. DAP tidak pernah jujur dengan kita. Mereka ada muslihat. Mereka nak ubah seluruh sistem pemerintahan negara supaya menguntungkan mereka. Mereka tidak mahu emas. Mereka tidak mahu jambatan terpanjang. Mereka tidak mahu universiti. Mereka tidak mahu bangsa mereka ramai menjadi jutawan. Tetapi yang mereka mahu ialah Tanah Melayu, kuasa politik dan ekonomi orang Melayu.

Mereka nak buang Perlembagaan yang ada. Mereka mahu jadi perdana menteri. Mereka nak hapus sistem beraja. Mereka nak rampas semua hak orang melayu.

Sebab mereka tahu Melayu bodoh. Wahai bangsaku cuba bayangkan kalaulah orang Cina berada di tempat kita. Adakah mereka akan buat seperti PKR dan Pas buat sekarang. Jangan harap!

GELORA LANGKAWI

Bukit Tinggi, Baling



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130528/fo_01/Guru-ramai-pembangkang#ixzz2Udhan7JA 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ketua Pemuda Tahi Kuda PAS

Penduduk selar Ahli Parlimen Pas

Penduduk mengadakan demonstrasi secara aman menyelar sikap pilih kasih Nasruddin Hassan berhubung bantuan mangsa ribut di Temerloh, semalam.

TEMERLOH 28 Mei - Seramai 30 penduduk rumah pangsa Taman Sri Kemuning di sini hari ini, mengadakan demonstrasi secara aman menyelar tindakan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei lalu.

Beberapa penduduk mendakwa, Nasruddin melalui wakilnya hanya memberikan bantuan kepada ahli Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penduduk yang tidak menyokong parti tersebut diketepikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Megat Segama, Mohd. Nordin Mohd. Sham memberitahu, tindakan mengagihkan bantuan kepada penyokong sendiri sahaja menunjukkan mereka tidak berpegang pada slogan Negara Berkebajikan yang dilaungkan.

"Sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed juga daripada Pas sepatutnya mengetepikan soal parti dalam memberi bantuan kepada semua mangsa tanpa mengira fahaman politik mereka.

"Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Saifuddin Abdullah dan penyelaras Barisan Nasional (BN) Kuala Semantan mengagihkan semua bantuan kepada penduduk yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut, pesakit kronik dan sebagainya tanpa mengira ahli parti mana," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Seorang lagi mangsa, T. Sangamalam, 73, berkata, sebelum ini, ada pihak datang membuat bancian penduduk yang mengalami kerosakan rumah ekoran kejadian ribut itu dan meminta beliau hadir pada majlis menerima bantuan daripada ahli Parlimen.

"Apabila saya hadir pada majlis itu 22 Mei lalu, mereka memberitahu nama saya sudah dipotong daripada senarai penerima bantuan.

"Saya berasa cukup kecewa kerana bantuan itu diharap dapat digunakan untuk membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak akibat bencana tersebut," katanya.

Bagi Roslaini Mohd. Amin, 54, Nasruddin sepatutnya tidak lagi berpegang pada kedudukan parti dalam mengagihkan bantuan kerana beliau kini wakil rakyat untuk seluruh penduduk di Parlimen Temerloh sama ada yang menyokong beliau atau pun BN.

"Beliau sepatutnya tidak boleh mengambil sikap sedemikian, sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, menjadi tugas beliau membantu semua penduduk yang dilanda bencana alam," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130529/po_07/Penduduk-selar-Ahli-Parlimen-Pas#ixzz2UfbhwbN6 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Depa Boleh Boikot, Kenapa Melayu Tak Boleh?

Ini salah satu gerakan boikot perniagaan  orang Melayu yang dilancarkan segelintir 'bastard traitors' sebelum ini. Teman pun tak tahu yer ker MPH tu Syed Mokhtar punya. Tetapi apa yang jelas, sifat kurang ajar mereka terlebih dahulu itu perlulah dibalas hari ini. Kita tengok, kita sahut, kita gerakkan.

Hanya Anwar Spring, Bukan Malaysia Spring

Ia hanya Anwar Spring - Zahid

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau sehubungan itu menasihatkan semua pihak supaya menerima keputusan pilihan raya lalu dan tidak lagi menyertai sebarang perhimpunan haram yang membantah keputusan PRU-13.

Beliau menegaskan, beberapa pemimpin pakatan pembangkang seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta Pas sendiri sudah menerima keputusan itu dan menolak perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis propembangkang.

"Saya tidak perlu memberikan amaran tetapi cuma menasihatkan mereka supaya jangan lakukan provokasi kepada pihak polis dengan menggunakan kaedah Arab Spring, Bulldozer Revolution atau Colour Revolution yang acuannya dari luar negara untuk diaplikasikan di dalam negara kita.

"Ramai yang katakan ini adalah Malaysia Spring, tetapi sebenarnya adalah Anwar Spring sebab beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahu menonjolkan diri.

"Saya fikir ini Anwar Spring. Biarlah dia jadi 'spring' kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pembangkang hanya menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) 133 kerusi pada pilihan raya lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, perhimpunan haram itu sengaja dilakukan sebagai provokasi terhadap pasukan polis serta menarik perhatian media asing.

"Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman tetapi masih cuba menunjukkan kepada dunia, Malaysia tidak aman dan sebagainya. Walaupun perhimpunan itu dibolehkan tetapi perlu dilakukan dengan beradab dan rasional," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang hukuman serta denda bagi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman beliau menegaskan, pihaknya cuma melaksanakan apa yang telah diluluskan Parlimen.

"Jika ada yang mencadangkan hukuman itu patut ditambah, kami sebagai pelaksana amat berterima kasih dengan cadangan tersebut," jelasnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130529/po_01/Ia-hanya-Anwar-Spring---Zahid#ixzz2Ue2zEYqh 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Apa Lancau Dong Zong Mahu?

Akhbar Nanyang Siang Pau semalam menyiarkan kebimbangan persatuan ekstremis Cina iaitu Dong Zong dengan perlantikan dua menteri Cina di dalam kabinet Dato' Seri Najib kerana kedua-dua mereka tidak fasih berbahasa Mandarin.   

Menurut Dong Zong mereka ini yang hanya menamatkan Sekolah Cina separuh jalan tidak mungkin akan dapat mewakili kaum Cina secara efektif sekali gus tidak layak digelar 'wakil kaum Cina'.   Nampaknya, bagi kaum Cina tidak apa jika Zairil Khir Johari yang seratus peratus Cina dijadikan wakil Melayu di dalam DAP, tetapi tidak boleh bagi seratus-peratus Cina dijadikan wakil Cina di dalam BN selagi tidak fasih berbahasa Cina.  
Untuk pengetahuan Dong Zong satu-satunya bahasa yang wajib fasih di Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan.   Untuk apa seorang wakil Cina wajib fasih bahasa Mandarin sedangkan bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu?   Dengan menegaskan bahawa wakil Cina wajib fasih Bahasa Mandarin, maka Dong Zong telah mengesahkan bahawa majoriti kaum Cina negara ini memang tidak fasih berbahasa kebangsaan.  

Sudah menjadi kewajipan bagi seluruh kaum Cina yang mengaku sebagai warganegara Malaysia untuk fasih berbahasa Melayu atau mereka tidak layak mengaku sebagai rakyat negara ini.  

BACAAN LANJUT : KEDAH TIMES

Boikot Tunjuk Kesan Positif Ke Atas Peniaga Melayu

Ekoran tindakan boikot perniagaan kaum yang menyokong agenda penggulingan kerajaan yang memberi kesan positif kepada peniaga Melayu, langkah tersebut disyorkan agar diteruskan lagi sampai bila-bila. 

Menurut beberapa peniaga sayur dan ikan Melayu di Ipoh, hasil jualan mereka kini naik 10% - 20% berbanding sebelum PRU13.

Kesan paling ketara yang dialami oleh peniaga chavinis ini ialah penurunan drastik pelanggan mereka dari kalangan peniaga tomyam yang berasal dari sempadan utara negara.

Begitu juga peniaga-peniaga India Muslim yang keseluruhannya begitu kecewa apabila ada di kalangan mereka dituduh pengundi Bangla.

Rasakan akibat.

Boikot produk bukan kejam

Nadzim Johan (tengah) bersama gabungan NGO Islam menunjukkan risalah untuk memboikot produk syarikat menaja perhimpunan haram dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Mei - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menafikan dakwaan mengatakan tindakan pihaknya memboikot beberapa produk syarikat milik kaum Cina yang dipercayai menaja perhimpunan haram sebagai kejam.

Sebaliknya, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, tindakan memboikot itu adalah isyarat kepada syarikat berkenaan agar berhenti memberikan sokongan kepada sebarang bentuk perhimpunan haram.

"Saya hairan kenapa gabungan NGO Islam ini dituduh kejam memboikot lapan produk terbabit sedangkan tentera siber DAP, Red Bean Army telah melancarkan serangan memboikot produk milik bumiputera sejak 2011 lagi.

"Ini jelas terbukti dalam laman sosial Facebook dan beberapa blog yang mengajak kaum tertentu memboikot produk roti Gardenia yang didakwa milik UMNO," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 14 Mei lalu, Nadzim yang mewakili 85 NGO Islam menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum Cina yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram.

Katanya, orang ramai boleh mengetahui senarai lapan produk itu dengan melayari laman web PPIM di http://ppim.org.my/.

Lebih keterlaluan katanya, apabila kumpulan Red Bean Army yang dipercayai didalangi DAP turut mengatakan hasil jualan roti Gardenia sebanyak 16 sen disalurkan kepada UMNO.

Tambahnya, kumpulan itu juga dikatakan menyerang kopitiam Original Ipoh Old Town White Coffee yang didakwa milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui beberapa blog.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, serangan fitnah dan pembohongan melalui alam siber yang dilancarkan Red Bean Army sangat berbahaya dan menggugat keharmonian serta perpaduan di negara ini.

"Bayangkan apa perasaan kaum lain terutama Melayu jika fitnah yang dilakukan Red Bean Army dengan menggesa kaum Cina memboikot roti Gardenia dan bertukar kepada produk lain.

"Fenomena ini sangat merisaukan kita. Tindakan kita memboikot lapan produk itu bukan berunsur perkauman, sebaliknya memberikan pengajaran kepada syarikat yang dipercayai menyokong perhimpunan haram," katanya.

Nadzim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas dan proaktif ke atas serangan fitnah dan pembohongan tentera siber Red Bean Army itu agar keharmonian serta perpaduan negara sentiasa terpelihara.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga diminta menarik semula lesen penggunaan racun benzoyl peroxide yang terdapat dalam salah satu produk yang diboikot gabungan tersebut.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130529/dn_14/Boikot-produk-bukan-kejam#ixzz2UdaOOn5p 
© Utusan Melayu (M) Bhd